Wednesday, May 1, 2013

2nd Baby in Tummy: Antenatal check-up FPP Putrajaya 30 April 2013

 

Tarikh check-up: 30 April 2013

Semalam aku p check up lagi dengan Doc Azmi. Aku & hubby dah capai kata sepakat untuk bersalin secara c-zer. Haa.. Mesti Doc Azmi tergezuts dengan keputusan aku. Sebelum ni aku yang beria-ia nak beranak normal. **Baca sini** Tapi lepas jumpa Doc Suhaiza kat Hosp Gleneagles **Baca situ**, baru aku tergedik2 ketakutan & nak beranak c-zer bagi mengelakkan penambahan koyakan di sanaa…

As usual, aku sampai jek, hubby drop aku kat Klinik Pakar Hosp Putrajaya & terus mencari parking yang senang susah nak dapat tue.

Pergi daftar, jumpa staff yang sama macam aku datang hari tu. Abang yang buat kerja bagus dengan layanan yang baik tu. Hehehe.

Bagi tahu yang aku nak pergi check-up FPP Doc Azmi, dia mintak buku kuning aku. Bayar RM60 (harga untuk check-up) & pergi ke kaunter O&G.

******

Letak buku merah & tunggu giliran ukur BP & berat. Harap2 tak lama sangat nak tunggu Doc Azmi kali ni. Hihihi.

Tapi aku & hubby check kat white board depan tu, takde pulak nama Doc Azmi yang kerja hari tu. Waa.. Risau nyer aku. Aku dah laa tunggu sangat check-up kali ni untuk bincang pasal elective c-zer tu. Aku tak nak bincang dengan Doc lain. Walaupun diorg akan kasi aku jumpa Doc FPP lain bagi pihak Doc Azmi, aku tak nak! Huhuu..

Tiba2, hubby aku bisik kat aku.

Tuu bukan Doc Azmi ker?

Doc Azmi tengah jalan depan aku bersama2 dengan beberapa orang pegawai lain sambil bincang2.

Waa.. Doc Azmi ada, tapi dia kena wat hal lain pulak ker? Sedih nyer…

******

Masa aku p toilet untuk check urine pulak, aku tanya staff nurse kat situ. Doc Azmi bertugas tak hari ni?

Nurse bagi tahu Doc Azmi ada, tapi dia kena buat akreditasi. Jadi belum tentu dia ada untuk check patient dia hari ni. Huhuu.. Sadis..

Aku berdoa sangat2 supaya Doc Azmi sempat datang untuk check aku.

******

Tunggu 10 minit lepas tu, tetiba nurse announce. Sesiapa patient FPP under Doc Azmi, boleh masuk terus sekarang. Tunggu kat dalam (Area aku p toilet ambik urine tadi). Hehehe. Dah nampak kelibat Doc Azmi dalam bilik tu. Dia tengah siap2kan bilik dia & cakap kat nurse yang dia nak minum jap. Cian dia tak sempat breakfast kut tadi.

Alhamdulillah! Happy aku & hubby!

Tak sampai 5 minit, aku dipanggil untuk jumpa Doc.

Aku bagitahu dia yang aku nak c-zer.

Seperti dijangka, dia tergezuts.

Aku bagitahu yang aku dah fikir masak2 & dah tanya pandangan Doc kat Gleneagles, aku pilih c-zer. Doc Azmi cakap, kalo aku setuju, hubby setuju, dia tiada masalah untuk teruskan dengan pilihan aku.

Huh! Legaa aku!

Sebab hospital gov selalunyer akan cuba elakkan c-zer. Diorg pentingkan beranak semulajadi/normal. Tapi dalam kes macam aku, ngeri nak lalui koyak2 creepy tu. Nasib baik aku under FPP & Doc Azmi pun ada history yang baik (korg Google sendiri yeh) dalam bab2 jahit-menjahit ni. Ramai yang cakap jahitan nyer kemas.

Jadi, Doc Azmi tanya tarikh yang aku nak. Dia nak c-zer masa 38weeks. Aku due 30 May 2013. Kalo 38weeks, tengah bulan. Nombor tak cantik. Tak nak lah. Aku nak 39weeks hari Jumaat 24 May 2013 (bersamaan Hari Wesak).

Hehehe. Dia terus call Operation Theatre (OT) dan bagi tahu nama penuh aku & nak booking tarikh 24 May 2013 untuk c-zer. Kalo korg tengok cara dia buat kerja, sangat professional & cekap jek.

 

Insya Allah, ini plan yang Doc Azmi bagi:

  • Daftar kat Wad 5A pada 24 May 2013 pukul 8 pagi
  • Breakfast & start puasa dari pukul 9 pagi ~ 3 petang
  • 3 petang c-zer

Setakat ni, kitorg puas hati dengan memilih Doc Azmi untuk bersalinkan 2nd baby ni.

Next check-up: Tiada

Tarikh beranak: 24 May 2013

 

:) Yeay!! Syukur..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...