Monday, August 29, 2011

Fenomena Raya Aidilfitri 2011

Tanggal 26 Ogos 2011 (Jumaat) lepas, aku sempat merakamkan gambar keadaan jalanraya kat Federal Highway on the way balik ke rumah dari office ku di PJ. Perrghh! Memang semua org berpusu2 balik ke rumah nak kejar masa untuk berbuka. Tak kurang jugak yang merancang membeli belah saat akhir sebelum pulang ke kampung. Maklumlah, raya tahun ni jatuh pada tarikh yang best!

Kenapa?

Sebab raya kali ni jatuh pada 29 Ogos 2011 pada hari Selasa. Rabu pulak 2nd day raya, Khamis dah Hari Merdeka. Jumaat confirm ramai yang apply cuti untuk mencukupkan seminggu beraya. Hah! Menarik kan?

Tapi kalo nak balik rumah serentak, ini laa jadi nyer..

P1040121 P1040122  

 

Agak berjam2 jugak laa dok dalam kereta nak menunggu sampai ke rumah. Hehehe. Kritikal kan?

P1040125 P1040126

Nasib baik hubby yang drive. Kalo tak, jenuh jugak nak menekan minyak & brek sepanjang jalan. Kakakaka..

P1040127 P1040128  

Yang nyatanya, Katak Keroppi kat dashboard tetap maintain dok tersengih sandar kat sofa dia. Rileks aje..

Namun dua hari kemudian..

 P1040177  P1040179 P1040180  P1040178P1040184P1040185  

Jalan kosong, takde kenderaan. Jangan terkejut!

Ini memang KL!

Adakah anda sedang terlopong?  :0

Thursday, August 25, 2011

Hadiah Saguhati Majalah Pa&Ma

Hahaha.. Masihkah korang ingat entri yang dulu pasal aku berjaya menang hadiah saguhati Peraduan Ibu Hamil Menawan?

Hari ni aku baru terima hadiah dari Karangkraf melalui pos.

P1040114a  

Hihihi. Aku dah abis pantang baru dapat hadiah. Boleh bagi kat kengkawan yang preggy.

P1040116

Surat sukacita dari Majalah Pa&Ma. Tahniah! Tahniah!

P1040115

Aku dapat barangan TYT bernilai RM50 :

  • Mandian Herba X2
  • Minyak Daun Ubat (Herbal Medicated Oil) X2
  • Tuala kecil
  • Beg kain
  • Carta Refleksologi kaki

Dapat laa jugak aku hadiah saguhati. Nanti next time preggy, aku nak cuba lagi. Chaiyo! Chaiyo!

Wednesday, August 24, 2011

Rezeki anak di bulan Ramadhan

 

Hari ni dah hari ke-24 kita berpuasa. Sejak dari pantang lagi, aku dah mula risau macam mana nak perah susu masa bulan Ramadhan. Office pulak tak bagi masa untuk rehat. Puasa, dah confirm minum air masa sahur & berbuka jek. Sangat2 risau stock susu tak cukup untuk baby Aina. Tambah pulak, aku habis pantang tepat2 start Ramadhan. First day kerja, terus puasa.

 

Allah Maha Berkuasa…

 

Walaupun sibuk, aku cari jugak masa untuk mengepam susu 3x sehari masa bulan Ramadhan. Alhamdulillah, walaupun macam tu, aku tak terasa haus atau penat pun. Semuanya untuk bagi baby Aina fully breastfeed.

 

Rutin harian aku di bulan puasa..

 

4.30am

Bangun, masak air, panaskan lauk untuk bersahur.

5.30am

Bersahur sambil tengok citer ‘Dia Bukan Maryam’ lakonan Lisdawaty, Eja & Fahrin.

6.00am

Solat Subuh & sediakan barang untuk ke office

  • Basuh & steril breastpump, bottle storage & botol susu
  • Gosok baju & tudung (Nasib baik ada tudung awning & syria- tak payah gosok!)
  • Sediakan beg medela- Letak chiller, bottle storage & susun breastpump dalam beg

7.00am

Mandi & siapkan baby Aina.

8.00am

Sebelum bertolak ke office, susukan baby Aina seberapa lama yang boleh.

9.00am

Start kerja.

11.00am

Sesi mengepam susu di surau.

2.00pm

Sesi mengepam susu kali ke-2 dan solat Zohor.

4.00pm

Balik kerja & sesi mengepam susu kali ke-3 di dalam kereta.

5.30pm

Sampai rumah, mandi, solat Asar, simpan susu dalam freezer & direct breastfeed baby Aina.

 

Awal2 lagi mak aku dah cakap, jangan risau pasal stock susu. Bulan Ramadhan bulan berkat. Susu mesti ada & cukup punya. Terima kasih mak!

Buktinya?

 

24082011346

Hasil perahan sesi pertama di office

 

** Ucapan terima kasih kepada hubby yang sentiasa membantu & menyokong aku. Kalo tak, mana sempat nak buat semuanya sendiri. Muah!

Monday, August 15, 2011

Senarai Keperluan Bakal Ibu&Ayah #1

 nursing pillow bl 

1. BabyLove Nursing Pillow

Bantal penyusuan ni sangat2 berguna untuk aku memandangkan baby Aina sangat suka menyusu sejak dari awal lagi. Ini mengelakkan belakang badan menjadi sakit disebabkan terlalu lama duduk tegak semasa menyusukan baby. Dari experience aku, baby Aina pernah menyusu straight 12 jam semasa dlm pantang. Tak percaya bukan? Luckily, corak penyusuan baby Aina berubah sekarang (2bln ++). 2-3jam sekali minum 3.5oz. Mungkin disebabkan sekarang baby Aina mudah kenyang & tak kembung perut. Nasib baik bantal ni membantu. Berguna semasa breastfeed di rumah dan dalam kereta pun sama.

 P1040049

Kadang2, baby Aina lebih selesa tidur menggunakan bantal ni :)

bubchen  2. Bubchen Care Cream

Kulit muka baby Aina pernah berbiji2 ruam dan merah. Tambah lagi dengan cuaca yang cukup panas sekarang. Sebelum bertambah teruk, kitorang memilih untuk pakaikan krim Bubchen ni kat area muka dan kepala baby Aina. Alhamdulillah, dalam masa 4 hari, ruam hilang dan pipi baby Aina licin berseri2! Lembut pulak tu. Waah!

car seat3. My Dear Carriageable Car Seat

Masa My Dear buat jualan gudang kat Puchong hari tu, kitorg p ushar car seat untuk baby Aina. Memang payah nak cari car seat untuk newborn sebenarnya. Bila jumpa My Dear Carriageable Car Seat ni, hati terus tertawan. Sebab bukan sahaja boleh diletak dalam kereta. Masa baby Aina tidur, kitorg bawak carrier ni sekali masa pergi shopping. Letak je dalam troli. Hehehe.

P1030940

Aina sempat ‘posing’ dalam car seat terbarunya!

medela 

4. Breastpump Medela Freestyle

Gadget yang sangat2 aku suka dan sangat penting untuk aku meneruskan niat untuk exclusively breastfeeding baby Aina at least 6 bulan. Walaupun harganya mencapai 4 angka, tapi Breastpump Medela Freestyle ni sangat praktikal sebab mempunyai rechargeable battery. Jadi aku dapat pam susu di pejabat, rumah dan dalam kereta dengan mudah tanpa perlu mencari switch elektrik. Pam bersaiz kecil yang mudah dibawa kemana2 dan dapat mengepam kedua2 belah dada serentak, menjimatkan lagi masa. Selain tu, Medela Freestyle Breastpump ni mempunyai 2 fasa mengepam di mana ia menyamai cara baby minum susu. Mula2 fasa stimulate, kemudian bila susu mula mengalir, fasa kedua iaitu expression dimulakan. Ini mempercepatkan pengeluaran susu. Jimat lagi masa, bukan? I likee!!

autumnz storage

5. Autumnz Bottle Storage

Masa menyediakan barang2 keperluan sebelum bersalin, kitorg beli botol simpanan susu Autumnz ni lebih kurang 20 botol. Masa 3 minggu sebelum start kerja, aku dah mula pam susu simpanan untuk baby Aina. Aku akan simpan 2oz sebotol dan disusun dalam peti sejuk. Setiap kali nak guna, guna kaedah FIFO(First In-First Out). Guna dulu susu yang paling lama disimpan dalam peti sejuk. Sekarang masa dah kerja, aku ada lagi tambahan 20 botol lagi. Lebih kurang 60 botol susu yang aku dah gunakan dan setiap botol mengandungi 3oz sebab baby Aina demand lebih banyak susu setiap kali penyusuan. Terdapat banyak lagi jenama bottle storage dipasaran yang BPA Free macam Autumnz ni. Contohnya Bumble Bee, Safety Plus dan Jingle Jungle. Aku gunakan jenama ni sebab adik aku, Saniah turut breastfeed baby Azim dan dia menggunakan botol Bumble Bee.

P1040098

Susu perahan yang disimpan mengikut susunan

 

P1030183

Anak adikku Saniah- Baby Azim

 

Buat kali ini, aku senaraikan 5 barang dalam keperluan bakal Ibu&Ayah. Next time, aku akan top up lagi 5 barang2 lain yang kitorg gunakan. Tungguuu….Hehehe..

Cowboys & Aliens

 

cwboy alien

 

 

Semalam pergi nonton wayang ngan hubby dan Nur Aina kat Cathay Cineleisure Damansara.

Hahaha..

 

Citer Cowboys Vs Aliens ni:


Plot: 5/10 - Bole tahan, tapi tak berapa menarik. Jalan citer yang simple. Trailer berdentam dentum mcm best. Padahal biasa jek

Pelakon: 6/10 - Biasa jek, takde yang menarik. Hero kurus kering (Daniel Craig)

Overall: 5/10 - Citer yang takde climax yang best dan ada jugak part bosan. Huhuhu

*** Baby Aina masa start iklan, diam jek dia tengok wayang terkebil2. Start jek citer, terus menangis. Nasib dapat pujuk sampai dia tertidur :)

Wednesday, August 10, 2011

Captain America – The First Avenger

 

cptain america

 

Last week dah berjaya p nonton citer Captain America ni. Sangat2 berharap citer ni best. Berbulan jugak tunggu citer ni keluar wayang. As usual, trailer mmg best.

Hasilnya:


Pelakon: 7/10 - Ramai pelakon popular dalam citer ni

Plot: 6/10 -Mula2 mmg best, tapi ending tak best laa. Sibuk jek nak sambung ke citer Iron Man. Org jahat mati dgn sangat senang

Overall: 6/10 - Rasa membazir gak tengok citer nih. Hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...