Monday, December 20, 2010

Ngangkung

72058_180039205359031_100000588585006_545325_4067970_n

Selepas nonton Kak Limah, esok nyer aku p tgk citer ni pulaks.

Ada peningkatan utk filem hantu kita.

Byk benda leh dapat dari citer nih.


Pelakon: 8/10 - Bagus, byk yg pandai blakon & menjadi

Plot: 8/10 -  Lawak yg kena pada tempat, hantu yg kuar tanpa kita expect, Jln citer yg byk moral value

Overall: 8/10 - Hehehe.. aku suka citer ni. Cuma ending agak mendater sket

Hantu Kak Limah Balik Rumah

157000_180038562025762_100000588585006_545320_4784927_n

Last 2 weeks telah berjaya menonton citer ni.

Hmm.. kurang daripada expectation yg aku harapkan.

Maybe aku ni jenis lain kot?


Pelakon: 7/10 - Semua boleh berlakon, tapi banyak watak yang tak berapa nak penting

Plot: 6/10 - Ada adegan lawak beberapa kali, tapi overall citer, tak berapa nak ok

Overall: 5/10 - Aku prefer citer Zombie Kampung Pisang

Monday, November 29, 2010

Rapunzel

76850_174741909222094_100000588585006_509421_5684732_n

Malam Ahad kelmarin aku dah pergi nonton citer kartun nih!

Best jgk & tak rugi kalo p tengok byk kali pun. Hehehe..

Tapi Shrek lebih menarik aa..


Plot citer: 9/10 - Bagus sebab jalan citer takde tiru citer2 lain

Grafik: 8/10 - Macam citer kartun biasa yg lain, tp warna n pemandangan cantik

Overall: 8/10 - Menarik, tertarik, mmg da bom

Sunday, November 14, 2010

Unstoppable

74854_170937659602519_100000588585006_484335_8104268_n

Inspired By TRUE EVENT!

Perrgghh!

Must-See-Movie!

Denzel Washington memang best! Rugi kalo korg tak tgk.

X perlu komen byk2, korg p beli tiket citer ni dgn pantas, ok?


Plot: 9/10 (Bagus tahap critical)

Pelakon: 8/10

Overall: Rating aku bagi 9/10 (Setanding Avatar- w/pun berlainan genre)

Skyline

76215_170933119602973_100000588585006_484236_2178686_n 

Semalam aku dah p nonton citer Skyline ni.

Awal2 citer memang gempak tahap nak melarikan diri keluar dari wayang, sebab mamang lain dari yg lain.

Malang nyer, ending TIDAK menepati tahap pencapaian yg diingini oleh penonton!

Plot: Awal(8/10), Akhir (1/10)

Pelakon: 7/10

Overall: Rating aku bagi 3/10 (JANGAN tgk kalo korg syg $$ korg)

Sunday, October 31, 2010

You Again

69362_167075886655363_100000588585006_459807_1974694_n

Perrgghh!!! Citer yang aku & hubby memang dah tunggu sebulan lebih.

Akhirnya aku dapat gak tengok & sangat2 berpuas hati dengan citer ni. Kekeke..

Sangat lawak & gelak2 satu wayang secara beramai2..

Enjoyyyzz!


Plot: 8/10 - Best! Jln citer relax & byk moral value

Watak: 8/10 - Byk pelakon utama, tp smua bagus & ada yg leh wat air mata aku menitik 2 kali- Percaya Tak?

Overall Rating aku 8/10 - Sila pergi nonton! Korg akan gelak sampai scene yg terakhir pun!

RED

72730_167073533322265_100000588585006_459789_4507908_n

Malam semalam dah p tengok citer RED yang Bruce Willis berlakon.

Hmm..

Bagi aku, jalan citer agak slow & tak nampak apa2 yang special sgt.


Plot: 6/10 - Biasa jek, ada unsur action+comedy jugak

Watak: 7/10 - Pelakon bagus, ada watak masing2 tapi tak banyak berkembang

Overall Rating aku: 6/10 - Kalo tak tengok pun, tak rugi

Sunday, October 17, 2010

The Switch

72434_163210950375190_100000588585006_438374_4182282_n

Semalam, ni la citer yang aku dok tgk. Kakakaa..

Jalan citer slow sket.

Banyak moral values & kasih sayang dalam family, terutama peranan seorg ayah yang memang sangat penting ditonjolkan dalam kehidupan kita pada masa kini.


Plot: 7/10

Comedy: 6/10 - Agak lawak kat beberapa plot penting

Overall: 7/10 -Bagus utk sesapa yang ingin berkeluarga

Sunday, October 10, 2010

Dinner For Schmucks

33657_161225947240357_100000588585006_427070_1066641_n

Khamis lepas dah p nonton citer nih. Best jugak.

Jln citer memang x expect cenggitue.

Lawak sgt2 sampai hujung citer aku dok gelak dengan begitu kuat nyer.


Plot: 7/10 - Mula2 slow, pastu bertambah2 best!

Pelakon: 9/10 - Best giler

Overall Rating: 7/10

Sunday, October 3, 2010

Enthiran

62992_159475910748694_100000588585006_417619_5511671_n

Must-See-Movie!

Perrgh! Best Movie of 2010- Enthiran & Avatar!

Tak perlu nak komen banyak2.. Tengok dulu, baru tahu.

Citer yang byk guna CGI tapi jalan citer boleh kalahkan kebanyakan movie Hollywood.

Cth-iRobot (Will Smith) Citer pasal robot jgk, tapi plot simple jek.

Endhiran lebih menarik & berbaloi sangat utk ditonton!


Plot: Terbaik!

Pelakon: Terbaik!

Cinematography: Perfect!

Overall ranking: 10/10

Sunday, September 19, 2010

Resident Evil - Afterlife

62231_155664657796486_100000588585006_394474_1337913_n

Last week malam 1st day raya aku & family pergi tengok wayang.

Citer kesukaan aku nie laa.

Hmmm... Jalan citer ok jek laa. Tapi below expectation aku.

Plot: 6/10 - Better ending please!

Pelakon: 9/10 - Mila jovovich mmg layak ambik watak tue

Rate aku: 6/10 - Resident evil 1,2,3 Much more better!

Saturday, September 4, 2010

Going The Distance

58893_151608194868799_100000588585006_372898_6344590_n

Must-See-Movie!

Waaah!! Tadi aku baru jek tengok citer nih.

Best! Best!

Sesuai untuk loving couple yang bercinta jarak-jauh tahap PJJ.

Tapi.. sila jgn bawak kanak2 riang yea... Ehem!

Pelakon: 9/10 - Semua pandai berlakon

Plot: 8/10 - Sangat bagus & sangat2 lawak!

Rate aku: 8/10 - Berbaloi-baloi

Friday, September 3, 2010

Vampire Sucks

41067_151604118202540_100000588585006_372706_4547999_n

Hari ape entah aku n hubby tengok citer Vampire Suck nie.

Citer lawak aneh2 tapi takder laa best sgt.

Jln citer sebijik mcm twilight/eclipse yang dah dirosakkan.

Disaster Movie & Superhero Movie 150% lagi best dari citer nih.

Rate aku: 2/10

Sunday, August 22, 2010

Grown Ups

40229_148256961870589_100000588585006_350743_7073310_n

Hmm.. Malam tadi dah tengok kat GSC Midvel.

Citer lawak paling bosan aku pernah tengok

Ada sikit jek part yang boleh buat korg tergelak sampai nak tkeluar anak tekak. Yg lain:

Boo-riiingg!


Skrip: 3/10- Cakap berjela2 & konon2 nyer lawak laa

Plot: 4/10 -Mendatar tahap cipan, taip ada moral values

Overall Ratting aku: 5/10 -Citer Comedy Old Dogs, Date Night, Get Smart Lagi Best!

Sunday, August 8, 2010

Salt

39092_144609792235306_100000588585006_329028_1402788_n

Perihal garam.

Hmm.. Citer okey, pelakon okey, overall okey.

Means, nih citer yang memang biasa dilakonkan oleh orang yang okey dengan watak ni-Kak Angie Jo.

Aksi tembak2, lompat2 sana sini.

Sila beri watak lain kepada Kak Angie bole dak?

Rate aku: 5.5/10

Saturday, August 7, 2010

Inception

40479_144413878921564_100000588585006_327711_6740510_n

Perrggh! Aku sendiri tak tahu, aku tengah taip sekarang nih dalam alam mimpi atau realiti?

Pelik.

Totem aku still berpusing dari td..

Kenapa?

Tak paham?

Confirm anda still tak tengok lagi Inception!


Plot: 8/10 - Sangat complicated, tapi tersusun

Pelakon: 9/10 - Banyak pelakon, tapi semua ada portfolio sendiri. BAGUS

Overall Rating: 8.5/10 -Walaupun citer agak berat, dimensi sangat banyak, aku tabik Tuan Director!

Thursday, August 5, 2010

The Last Air Bender

38597_143907182305567_100000588585006_324856_1021002_n

Aku KECEWAAAAA!!! Movie yg aku dok tunggu dari last year, hasil nyer cenggini?

Pengolahan element Fire/Water- Takder kick langsung! X mencengkam jiwa tol laa! ;(


Watak smua pelakon: 3/10 - Tahap tak pandai blakon ler tuh

Pemilihan pelakon: 2.5/10 – Hancur lebur

Plot citer: 6/10 - Ok sbb leh wat sbijik cam dlm kartun Avatar

Overall Rating Aku: 4/10 - Critical nyer teruk

 

Friday, July 30, 2010

The Sorcerer’s Apprentice

39748_142385205791098_100000588585006_314837_4515513_n

Abbraa.. Ka Dabbraa....

All Right! Baru laa masyuk kalo tgk citer nie.. Kakaka..

Aku pun mcm tetiba dah ada kuasa sihir2 nih =)

Plot : Ok, tak byk cintan-cintun & jln citer tak berat sgt.

Rate aku: 8/10

Sunday, July 25, 2010

Chloe

37911_141057599257192_100000588585006_307366_5499264_n

#$WTH@%!! Waaarghh!

Aku & hubby dah tgk citer Chloe kat GSC@Tropicana City.

Please!!! Jangan tgk citer nih tau. Tak Best tahap CIPANzi..

Rate aku: 2/10 (Markah kesian)

Saturday, July 10, 2010

Predators

36980_137243119638640_100000588585006_284446_2676032_n

Bom sana. Tembak sini! Hiyah! Hiyaaah!

Aku berjaya membunuh sekor Predator. Ada lagi dua ketul. Huih. Huh!

Citer dia wokeh.

Rating aku: 6/10 jek.

Best lagi citer yang Arnold Shwarzenegger berlakon tuh

Thursday, June 24, 2010

Avatar- Filem Paling Mahal & Terlaris di Dunia

Info terbaik pasal Avatar yg korang mmg kena tahu:




- Filem fiksyen yang paling dinantikan tahun ini.
- Kos yang sangat mahal untuk filem sepanjang selama 161 minit.
- Jalan cerita dan visualnya sungguh menarik. Effect suara serta teknologi grafik yang menakjubkan.
- Teknologi 3D membuat penonton berasa puas dan terpesona mengikuti keindahan filem 'Avatar' dari mula sampai akhir.
- Penyanyi pop asal Inggeris, Leona Lewis diberi penghargaan menyanyikan tema 'Avatar' yang berjudul 'I See You'.
- 'Avatar' mendapat sambutan hangat hampir semua pengkritik filem. Malah langsung tidak kedengaran yang mengkritik. Komen tentang Avatar baik, sangat baik dan pujian yang tinggi.
- Setakat ini, 'Avatar' telah mendapat penghargaan Best Picture dari New York Film Critics Online. Broadcast Film Critics Association memberi penghargaan 'Avatar' dalam sembilan kategori yang dipertandingkan.
- Filem ini juga termasuk dalam 67th Golden Globe Awards pada kategori Best Motion Picture - Drama", Best Director, Best Film Score dan Best Film Song bersaing dengan 'Inglourious Basterds'.
- Secara keseluruhan, 'Avatar' layak mendapatkan lima bintang penuh dan menjadi filem terhebat dan wajib ditonton!
- Filem yang hampir sempurna.

Sunday, June 20, 2010

The Karate Kid

37216_131912166838402_100000588585006_256410_2332826_n

Haiyaaak! Iyah! Iyah! (Jerit2 sambil karate laptop).

Hmm.. citer bole tahan. Watak Jaden Christopher Syre Smith (Anak Will Smith) tak mengecewakan.

Part bercakap memang byk, tapi karate2 ada laa dua tiga kerat.

Rating aku: 6/10 or less..

Sunday, June 6, 2010

Killers

28343_128160193880266_100000588585006_235742_3189417_n

Dah tgk citer KILLERS td. ok jek laa. Tak best mcm Mr&Mrs Smith.

Apa pun, percayalah kat suami anda.

Ada apa2, bincang elok2 yek.

Syurga bwh tapak kaki dia dah skrg. Hik Hik :)

Friday, May 28, 2010

Prince Of Persia – The Sand Of Time

31243_125710584125227_100000588585006_223972_6065510_n

A must-see-movie!

Kalo korg cakap Avatar tu best, ni pun best giler babeng.

Sluruh penduduk bumi, mesti tgk citer ni kay! Wajib tau.

Tengok dulu, baru korg paham. Takat caakp pakai air liur aku jek, tarak cukup wooo...

Monday, May 17, 2010

What To Expect Before You’re Expecting

27943_122655507764068_100000588585006_209420_1696846_n

Ini lah buku yang aku dah habis baca, dan galakkan kepada pasangan yang sedang mencuba (trying to conceive-TTC) dan yang sedang mengandung untuk membacanya.

Sebab?

Masa kita mengandung, macam2 benda aku nak tahu. Jadi aku pergi kedai buku seluruh KL ni nak cari buku yang boleh terangkan info2 mengenai kehamilan yang perlu aku tahu. Iya lah, mengandung ni satu benda baru untuk aku. Apa yang aku akan rasai masa mengandung, apa yang perlu dimakan supaya janin kita sihat, kenapa perlu elakkan makanan tertentu, dll. Semua aku nak tahu.

Setelah mencari selama beberapa bulan, baru aku jumpa buku ni. Buku yang aku betul2 nak baca. Aku dah cari merata kat MPH, Popular, Borders dan kedai buku biasa. Semua takde jual buku yang penuh info macam ni. Akhirnya, jumpa kat Kinokuniya.

Mengapa buku ni?

Setelah aku belek & baca buku What To Expect Before You’re Expecting ni, aku dapati:

  • Buku ni menggunakan bahasa Inggeris yang mudah difahami
  • Mempunyai pelbagai info menarik tentang kehamilan yang TIDAK diketengahkan oleh buku2 lain
  • Menerangkan secara saintifik dengan cara pendekatan yang berbeza. Orang yang tak belajar biologi pun boleh faham dengan senang
  • Penulisan yang ringkas, tapi padat. Buka macam sesetengah buku lain yang tulis panjang berjela, sakpai naik bosan membacanya

Jadi, carilah buku ini dan korg pasti tidak akan berasa rugi..

Malu bertanya, sesat jalan

Banyak membaca, luas pengetahuan

Saturday, March 27, 2010

How To Train Your Dragon

 

 27002_107994559230163_100000588585006_145727_3518640_n

 

Baru lps tgk movie How To Train Your Dragon. Syok nyeeerrr!! Lbh kurang Avatar, cuma versi bdk2 sket.

Plot: 7/10 – Jalan citer yang bagus dan sesuai untuk budak2 jugak

Grafik: 7/10 – Gambar lawa. Sebab gambar kartun kan

Rating dari aku : 7/10

Monday, February 22, 2010

Ayam Penyet AP (KLCC)

Dinner 18 Feb 2010 ~ Thursday

Aku balik keje trus p KLCC. Nak cari hadiah utk x-change give dorg wat kat opis sok. Smpat laks mkn kat Food Court Signature. Ada kdai Ayam Penyet AP kat situ.







Beli 2 set, ada bagi kuah jgk. Slalu tmpt lain aku p mcm WangsaWalk, Ayam penyet (Lucky Plaza @Spore), 1Utama atau kat Wong Solo takder pun? Tapi mmg tak ok sgt laa rasa dia. Tp yg best, chili dia tak pedas sgt. Tp pakcik yg mkn kat meja sblh kitorg asyik lap2 peluh non-stop. Bg dia pedas kut?

Subway (Aeon AU2)

Monday 15 Feb 2010

Hari ni 2nd day CNY. Cuti! P mkn thari kat Subway @ Aeon AU2. Tak lapar sgt. So oder 1 jek mknn.



Makan set

Roti (Parmesan bread ~ Roast Beef)
Ice Lemon Tea
Potato Chips

Waffle Stop (Alamanda)

14 Feb 2010 ~ Sunday

Jalan2 kat Alamanda. Carik fridge baru, hadiah utk adik aku Saniah yg baru kahwin. Pastu jenjalan ngan Fairuz kat situ. terjumpa plak Waffle yg menarik perhatian aku. Kekeke.


Terletak kat food court@ Alamanda. Harga berpatutan ngan rasa dia ( less Rm5). Keh keh keh.


Waffle #1 Ice cream + Blueberry


Mmg kritikal punye sedap! Perrgghh..


Waffle #2 Chocolate Classic


Boleh tahan sedap. Coklat dia pun rasa cambest jgk. Lain sket.

Laksa Shack@ Aeon AU2


Dinner 12 Feb 2010 ~ Friday

Mlm ni mkn luar lagi ngan Fairuz. Kat Laksa Shack@ Aeon AU2.

Mknn yg sama kitorg order setiap kali p Laksa Shack kat memana branch pun. Takde idea nak makan apa. Hehehe.

Laksa Johor



Laksam



Drinks Asam Boi ngan Ice Lemon Tea

Leo's @ Aeon AU2

Dinner 10 Feb 2010 ~ Wednesday


Makan malam kali ni kat Leo's @ Aeon AU2. Kaka 1st time mkn kat kedai ni. Mcm best lak gambar2 mknn dia aku usha dari luar. ahaks. Jom check it out!


Aku n Fairuz mkn Special Combo Meal. Murah jek set dia.


Special Combo Meal #1 Chicken Chop + Ice Lemon Tea + Fruits @ rm7.90



Ni Fairuz nyer (mknn kesukaan dia). Hehehe.. Smua sdap, tp sauce dia sikit jek. Tak cukup utk mkn ngan ayam tu. Rasa ok.


Special Combo Meal #2 BBQ Chicken Bucket Rice + Ice Lemon Tea + Fruits @ rm7.90


Menu pilihan aku. Ahaks. mmg sedap. Cuma kuah ayam bbq dia kalo dpt lbh sket, perfect! Sedap jgk. Lain kali nak try menu Leo's yg lain plaks.

Drinks + Mango Pudding


Mango Pudding dia ok jek laa. Aku tak fancy sgt. biasa jek. Rupa dia pun tak comel sgt. kekeh keh keh. Kalo dia bg free ice-cream, baru aku ckp sdap kot? hahahahaa :)

Saturday, February 13, 2010

Percy Jackson And The Olympians: The Lightning Thief

 


 

Citer ni ok jek. Boley tahan laa. Citer fantasy yg tak masuk akal sket. Aku kurang berminat citer dewa2 nih. Sekadar hiburan, ok laa. Jalan citer yang simple & senang nak paham.

My Rating: 5/10

Monday, February 8, 2010

Wow! Discover New Food in Sabah

Seronok nyer bercuti! Sabah 1 feb 2010 till 6 feb 2010

Yg paling best, kat Sabah seafood dia mmg sdap n fresh! Hehehe.. Tp ada 2 mknn cambest yg baru 1st time aku mkn kat sana.

Cambest Sabah #1 Siput tarik


Kakaka. Nyam! Nyam! Siput ni tak dijumpai di KL tau. hehehe. Ni fresh. Baik punyer! Kena grg masa dia ngah idup terketar2 kat dalam kuali. 2x rebus, pastu baru leh grg ngan sos tiram. Perrgghhh... menitik air liur aku sehh..


Yg best nyer, siput tarik ni dipanggil camtu sbb masa nak mkn dia, bkn mcm siput sedut. slurp.. slurp sedut dah kuar. Tp kena tarik dia pakai jarum peniti tuh. kena tarik keluar dari cengkerang. kena ada skill tue. baru dapat tarik cpt. hehehe.. Mkn ngan nasi putih jek pun dah cukup.. Amacam? Ada brani nak coba?


Cambest Sabah #2 Corn in cup Mayonnaise + Raisin


Hehee.. aku baru 1st time mkn ni jgk. Mmg pelik pun kan? Tp ramai org Sabah oder, aku pun try jgk laa rm3 per cup. Hehehe.. raisin aku tak mkn (nasib tunang aku mkn, tak laa bazir). So aku mkn corn mayo tu jek. mmg rasa dia berbeza. Dah laa aku suka corn cenggini. Dah cari kat KL, tak sedap mcm yg aku rasa kat Sabah. hehehe..


Belakang Pasar Filipina



Ni plak salah satu seafood stall yg ada tetiap ptg kat sana. Hehehe.. leh pilih2 kedai mana kita nak. Sedap tuh! Tetiap hari masa kat sana, kitorg mkn mlm kat sini. Lain2 stall kitorg cuba. kakakaa.. sbb tu aku leh membesar bagai johan kalo dok 3-4 hari lagi kat sana. keh keh keh :P


Saturday, January 23, 2010

Mak Tim @ bulatan AU2

Dinner ~Restoran Mak Tim

Hari ni plaks, aku, Fairuz, mak n akak dia p mkn mlm kat kedai Mak Tim @ bulatan AU2.

Perrggh.. Mmg sedap laa mknn Johor yg kitorg mkn. Keh keh keh.. (kecur air liur kn?)

Nasi Beryani Gam Ayam


Nasi Tomato

Kuey Tiow Goreng


Dan.. sbg dessert laa konon...

Murtabak Special Singapore

Kakakaa.. sbnr nye, aku sengaja mkn kat kedai ni sbb dah tahu murtabak Spore dia mmg sedap. Tergezut bakal mak mertua aku sbb dia br 1st time mkn cni. Siap bgtahu aku lg, nak dtg lain kali ajak sedara mara. Ahaks.. Betul ke korg tak nak cuba? =)

Date Night, Old Dogs, Avatar


 
date night
My rating : 7/10

Kakaaka.. ni mmg citer yang sangat2 lawak. Non stop kitorg 1 wyg gelak. Kering jgk laa anak tekak ngan mcm2 ragam dorg berdua ni. Yg best nye, jln citer simple. Tp unsur komedi dia, menarik. Baik tgk cpt! Jgn ketinggalan..


old dog

My rating : 9/10

Ni pulak citer kedua aku tgk midnight. 20 min lps citer Old Dogs td tu abis. Citer ni mmg menarik. Grafik, plot, bunyi, pencahayaan... smua aku suka. Mmg berbaloi kalo tgk citer ni. Byk bnda kita belajar. Kena teliti dlm wat sesuatu kerja. Leh bukak minda kita jgk.


Last 2 weeks

My rating : 10/10

Citer ni aku tgk 2X ngan Fairuz. Movie yang tul2 bagus. Aku tak tahu nak komen -ve utk citer ni. Aku tabik spring kat James Cameron dapat wat citer ni. Tak yah aku nk terangkan byk2. 1 dunia tahu kat mana kedudukan citer ni berbanding citer2 lain. Official website dia ada byk lg bnda leh explore. Mcm kita sndiri tinggal kat HomeTree tu. http://www.avatarmovie.com/

Friday, January 22, 2010

Mango Chilis @Wangsa Walk

Dinner ~ Nyam2!

Buat ke sekian kali nyer.. aku mkn lg kat Mango Chilis @Wangsa Walk. Ngeee...~

(Nasib baik laa Fairuz pun suka mkn cni) *_^



Juadah yang menyelerakan! Sampai jek kat kedai tu, Bang.. trus order yea...

Nasi putih jasmin 2x
Tomyam ayam 1x
Ikan talapia 3 rasa 1x
Telur dadar 2 org mkn..

Heheehe.. sambil wat muka mcm teror sbb dah hafal =)

Tomyam ayam + cendawan



Ice Mango Tea & Manggo Frizz


Again... Mango Sticky Rice sbg penutup kata.. keh keh keh..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...