Friday, July 22, 2011

Baby Nur Aina dah jadi model

Sudah menjadi lumrah, bila ada baby baru lahir, kita cepat2 akan datang melawat ibu & baby tersebut. Semestinya cenderahati berbentuk hadiah mahu pun angpow akan diberikan sebagai ucapan tahniah.

Begitu juga Aina.

28062011230

24062011219

Sebahagian hadiah yang diterima Aina

Salah satu daripada  banyak2 hadiah yang Aina terima, ada sehelai kain bedung (baby swaddle) warna pink bercorak yang sangat cantik dan selesa. Material fabriknya sangat lembut dan baby pasti akan suka.

Baby swaddle tu dihadiahkan oleh Puan Siti Zubaidah, Pengurus blog & Pereka Cloth Diaper Jenama BabyHanan. Apabila gambar Aina diupload kat Facebook aku, Puan Siti terus SMS dan memberi tahu ingin menggunakan gambar Aina sebagai model baby swaddle tu di dalam blog nya.

Terima kasih Puan Siti!

Kami juga happy bila diberitahu, baru beberapa hari gambar Aina diupload di blognya, sudah ada tempahan masuk. Waah!! Bagus nya!!

04072011233 Gambar Aina yang dijadikan model Baby Swaddle

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...