Monday, May 17, 2010

What To Expect Before You’re Expecting

27943_122655507764068_100000588585006_209420_1696846_n

Ini lah buku yang aku dah habis baca, dan galakkan kepada pasangan yang sedang mencuba (trying to conceive-TTC) dan yang sedang mengandung untuk membacanya.

Sebab?

Masa kita mengandung, macam2 benda aku nak tahu. Jadi aku pergi kedai buku seluruh KL ni nak cari buku yang boleh terangkan info2 mengenai kehamilan yang perlu aku tahu. Iya lah, mengandung ni satu benda baru untuk aku. Apa yang aku akan rasai masa mengandung, apa yang perlu dimakan supaya janin kita sihat, kenapa perlu elakkan makanan tertentu, dll. Semua aku nak tahu.

Setelah mencari selama beberapa bulan, baru aku jumpa buku ni. Buku yang aku betul2 nak baca. Aku dah cari merata kat MPH, Popular, Borders dan kedai buku biasa. Semua takde jual buku yang penuh info macam ni. Akhirnya, jumpa kat Kinokuniya.

Mengapa buku ni?

Setelah aku belek & baca buku What To Expect Before You’re Expecting ni, aku dapati:

  • Buku ni menggunakan bahasa Inggeris yang mudah difahami
  • Mempunyai pelbagai info menarik tentang kehamilan yang TIDAK diketengahkan oleh buku2 lain
  • Menerangkan secara saintifik dengan cara pendekatan yang berbeza. Orang yang tak belajar biologi pun boleh faham dengan senang
  • Penulisan yang ringkas, tapi padat. Buka macam sesetengah buku lain yang tulis panjang berjela, sakpai naik bosan membacanya

Jadi, carilah buku ini dan korg pasti tidak akan berasa rugi..

Malu bertanya, sesat jalan

Banyak membaca, luas pengetahuan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...