Monday, August 15, 2011

Senarai Keperluan Bakal Ibu&Ayah #1

 nursing pillow bl 

1. BabyLove Nursing Pillow

Bantal penyusuan ni sangat2 berguna untuk aku memandangkan baby Aina sangat suka menyusu sejak dari awal lagi. Ini mengelakkan belakang badan menjadi sakit disebabkan terlalu lama duduk tegak semasa menyusukan baby. Dari experience aku, baby Aina pernah menyusu straight 12 jam semasa dlm pantang. Tak percaya bukan? Luckily, corak penyusuan baby Aina berubah sekarang (2bln ++). 2-3jam sekali minum 3.5oz. Mungkin disebabkan sekarang baby Aina mudah kenyang & tak kembung perut. Nasib baik bantal ni membantu. Berguna semasa breastfeed di rumah dan dalam kereta pun sama.

 P1040049

Kadang2, baby Aina lebih selesa tidur menggunakan bantal ni :)

bubchen  2. Bubchen Care Cream

Kulit muka baby Aina pernah berbiji2 ruam dan merah. Tambah lagi dengan cuaca yang cukup panas sekarang. Sebelum bertambah teruk, kitorang memilih untuk pakaikan krim Bubchen ni kat area muka dan kepala baby Aina. Alhamdulillah, dalam masa 4 hari, ruam hilang dan pipi baby Aina licin berseri2! Lembut pulak tu. Waah!

car seat3. My Dear Carriageable Car Seat

Masa My Dear buat jualan gudang kat Puchong hari tu, kitorg p ushar car seat untuk baby Aina. Memang payah nak cari car seat untuk newborn sebenarnya. Bila jumpa My Dear Carriageable Car Seat ni, hati terus tertawan. Sebab bukan sahaja boleh diletak dalam kereta. Masa baby Aina tidur, kitorg bawak carrier ni sekali masa pergi shopping. Letak je dalam troli. Hehehe.

P1030940

Aina sempat ‘posing’ dalam car seat terbarunya!

medela 

4. Breastpump Medela Freestyle

Gadget yang sangat2 aku suka dan sangat penting untuk aku meneruskan niat untuk exclusively breastfeeding baby Aina at least 6 bulan. Walaupun harganya mencapai 4 angka, tapi Breastpump Medela Freestyle ni sangat praktikal sebab mempunyai rechargeable battery. Jadi aku dapat pam susu di pejabat, rumah dan dalam kereta dengan mudah tanpa perlu mencari switch elektrik. Pam bersaiz kecil yang mudah dibawa kemana2 dan dapat mengepam kedua2 belah dada serentak, menjimatkan lagi masa. Selain tu, Medela Freestyle Breastpump ni mempunyai 2 fasa mengepam di mana ia menyamai cara baby minum susu. Mula2 fasa stimulate, kemudian bila susu mula mengalir, fasa kedua iaitu expression dimulakan. Ini mempercepatkan pengeluaran susu. Jimat lagi masa, bukan? I likee!!

autumnz storage

5. Autumnz Bottle Storage

Masa menyediakan barang2 keperluan sebelum bersalin, kitorg beli botol simpanan susu Autumnz ni lebih kurang 20 botol. Masa 3 minggu sebelum start kerja, aku dah mula pam susu simpanan untuk baby Aina. Aku akan simpan 2oz sebotol dan disusun dalam peti sejuk. Setiap kali nak guna, guna kaedah FIFO(First In-First Out). Guna dulu susu yang paling lama disimpan dalam peti sejuk. Sekarang masa dah kerja, aku ada lagi tambahan 20 botol lagi. Lebih kurang 60 botol susu yang aku dah gunakan dan setiap botol mengandungi 3oz sebab baby Aina demand lebih banyak susu setiap kali penyusuan. Terdapat banyak lagi jenama bottle storage dipasaran yang BPA Free macam Autumnz ni. Contohnya Bumble Bee, Safety Plus dan Jingle Jungle. Aku gunakan jenama ni sebab adik aku, Saniah turut breastfeed baby Azim dan dia menggunakan botol Bumble Bee.

P1040098

Susu perahan yang disimpan mengikut susunan

 

P1030183

Anak adikku Saniah- Baby Azim

 

Buat kali ini, aku senaraikan 5 barang dalam keperluan bakal Ibu&Ayah. Next time, aku akan top up lagi 5 barang2 lain yang kitorg gunakan. Tungguuu….Hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...