Wednesday, May 15, 2013

Pengalaman bersalin baby Muhammad Hadi [Part II]

 

Bersambung dari entri Pengalaman bersalin baby Muhammad Hadi.

Khamis 09.05.13

11.15 am

Lepas sign surat kebenaran bius2 tu, aku ditolak masuk ke OT. Sebelum tu aku mintak ampun maaf kat hubby atas semua salah silap & perangai raksasa udang aku. Dia maafkan & cakap semuanya akan OK & senyum2 buat muka ala2 happy gitue. Padahal aku tahu dia pun cuak2 ngeri jugak. Kekekee.

Walaupun aku patient FPP, itu untuk pilih doktor pakar & dapat duduk ward eksekutif jek. Bila beranak, kena beranak kat dewan bersalin macam semua orang. Jadi, hubby tak boleh teman laa. Jangan korg ingat hubby leh masuk kalo c-zer kat hospital kerajaan pulak yea.

Masa masuk dalam OT, tahap kesejukan memang kritikal. Tak boleh digambarkan pakai baju nipis sehelai tu dengan duduk kat kutub utara. Rasa macam polar bear pun ada. Hahahaa.

Aku diletakkan kat bawah lampu besar bulat yang kita tengok dalam tv tu. Sebijik! Bila diorg ‘on’ jek lampu tu, memang terang sangat. Sambil tu nurse semua tolong siap2kan aku. Letak blanket atas badan aku supaya tak sejuk. Prob nyer.. still sejuk jugaak!

Masa tu aku dah start fikir macam2. Aku fikir kenapa lah aku pilih nak c-zer? Ngeri nyer! Naper aku boleh mengandung? Boleh tak nak cancel beranak & buat lain kali? Boleh tak bius aku satu badan supaya aku tak payah fikir pelik2? Memang takut bila hubby takde kat sebelah & kita sorg2 dlm OT tak kenal sesaper pun.

Jarum kat tangan kanan aku pulak tetiba terbukak. Doc bius tu bising siapa laa yang tak pandai pasang kat aku. Time tu aku biar jek laa diorg bukak2 jarum tangan kanan tu & doc bius masukkan jarum baru kat sebelah kiri. Nurse pulak dok pasang2 tiang kat kiri kanan katil aku untuk letak tirai supaya aku tak nampak masa operate nanti.

Jangan lupa yea.. aku nye sakit contraction tu still ada tau. Punya lah aku berdoa sepanjang masa supaya masa doktor nak bius nanti, takde contraction. Kalo tak mana aku leh dok diam masa dia cucuk belakang aku nanti. Bahaya sehh kalo gerak2..

Pastu doktor bius tadi suruh aku duduk dibantu oleh 2 nurse kiri kanan aku untuk tolong aku bangun. Dia bagitahu yang dia nak bius kat belakang aku & suruh luruskan kaki melunjur ke depan & peluk bantal yang diberi.

Alhamdulillah.

Doktor bius tu cucuk memang tak sakit & takde contraction pun time tu. Happy jugak aku masa tu bila dia cakap dah siap & boleh baring semula.

Masa dah settle down baring dengan selesa, aku terdengar suara Doc Azmi. Hah! doktor dah sampai! Jap agi nak c-zer dah. Macam mana laa agak nyer yea?

Bila Doc Azmi cakap smua dah bersedia? Kita nak mulakan procedure sekarang. Aku terus berdoa & nampak pulak reflection perut aku kat lampu besar atas tu. Waa.. ngeri nyer! Dah laa aku takut darah!

Aku pandang kiri aku, ada nurse tengah duduk jek sambil perhatikan aku. Maybe dia takut aku pengsan terus kot. Sama macam masa aku jahit 3rd degree time Aina dulu. Ada doc bius yang perhatikan aku sepanjang kat OT tu. Kanan takde orang. So, aku pandang jek sebelah kanan sepanjang masa. Risau aku nak tengok. Pastu diorg tinggikan lagi tirai. Aku tengok, Alamak! Still nampak sket2. Takde makna nyer aku nak pandang atas lagi. Hahaha..

Doc Azmi cakap nak test aku. Dia tanya aku leh gerakkan kaki x? Aku cakap tak. Dia buat apa tah. Aku cakap tak rasa apa2. So, kiranya bius tu dah berjalan lancar laa kan. Risau gak aku.

Dia baca Bismillah kuat2 & aku tahu laa yang projek X dah bermula. Masa tu aku fikir cepat laa semua ni settle. Aku tengah sejuk sangat nih! Menggigil2 aku. Tangan menggeletar jek sepanjang masa. Aku tutup2 mata jap2 sbb rasa ngantuk sket. Tapi bangun balik perhati kanan kiri.

Masa tu ada nurse & doktor2 lain tengah cakap2. Aku pun tak berapa dengar. Tapi ada nurse yang panggil doc bius tu Ustaz. Haa.. Kan betul aku fikir masa tengah sign tadi. Doc tu ada muka ala2 ustaz gitue. Tenang sikit jiwa raga aku nih.

11.37 am

Tak berapa lama pastu, doc bius tu berdiri belakang kepala aku. Dia cakap. Haa. Siti Khatijah, sekarang doktor tengah keluarkan baby kamu. Aku dapat rasa perut aku bergoyang2 & ada orang tekan sikit atas perut aku. Rasa pressure kat perut jek, tapi tak sakit pun laa.

Aku cakap la.. Naper saya tak dengar suara baby pun? Doc bius cakap. Belum. Baru kepala dia jek keluar. Belum satu badan lagi. Pastu baru aku dengar bunyi baby nangis. Aku time tu dah happy sangat. Tetiba bunyi tu makin jauh. Makin jauh. Laa.. Dorg p bersihkan dulu laa kot. Huhuhu.. Tak dapat jumpa baby lagi ker.

Masa tu aku tahu Doc Azmi & da geng tengah jahit jelujur halus ke insang pari tah kat perut aku. Kakkaa.. Aku tunggu jek mana baby aku tak sampai lagi nih? Tapi terfikir jugak. Masa aku blog walking dulu, ada jgk blogger yang bagitahu pengalaman dia bersalin c-zer. Masa nak keluarkan baby, dia rasa bawah badan dia basah dek air ketuban. Tapi aku takde rasa basah pun? Macam mana tah Doc Azmi keluarkan baby tanpa air ketuban aku pecah kan? Wallahualam.

Tetiba dengar suara kuat baby aku lagi sekali. Kali ni baby dibawa jumpa aku terus. Masa nurse tunjuk baby, terus aku ucapkan Assalammualaikum kat baby. Nurse tunjuk be-bird baby kat aku, suruh cakap baby apa. Aku cakap baby boy!Pastu baru dia tunjuk muka. Hihihi. Happy sangat. Tapi nurse bukak kain bhgn badan dia, dia tunjuk ada bintik2 kecik. Nurse cakap nanti paediatrician akan check baby aku dulu.

Lepas sesi jahit menjahit, Doc Azmi berdiri kat sebelah aku & bagitau. Siti Khatijah, operation tadi semua berjalan lancar. Kamu menggeletar sejuk kan? Bilik operation memang macam ni. Sekarang nurse akan bawak kamu ke tempat pemulihan. Kat situ ada warmer & awak akan rasa selesa jek. Aku terus ucapkan terima kasih berkali2 kat Doc Azmi. Happy aku dengan layanan dia.

Kat tempat pemulihan tu memang dah tak menggeletar pun. Best jek. Tapi sekejap pastu aku terus dibawa naik ke ward. Aku mmg dapat stay kat ward eksekutif. Cuma sebilik 2 org. Bilik single penuh. Ala.. tak best nyer. Aku harap dapat tukar ke bilik single ASAP. Tapi sebab rasa ngantuk2 ubat lagi, aku tak kisah jek la. Hubby ada jugak kat ward. Dia dah azan baby & hantar barang2 aku naik atas. Seronok jek muka dia.

 

Bersambung lagi laa yea. Penat den menaip :)

 

IMG_1505  IMG_1500
IMG_1497  IMG_1503 

Muhammad Hadi Bin Mohd Fairuz

p/s: Lagi gambar2 menarik dalam entri seterus nyer..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...