Saturday, May 18, 2013

Pengalaman Bersalin Baby Muhammad Hadi [Part III]

 

Sambung dari sana..

mknn hosp putrajaya

Entri ni dimulakan dengan makan malam aku yang disediakan lebih kurang pukul 6 petang. Time ni aku nak bangun dari katil pun tak larat lagi. Hubby yang suapkan. Makanan yang disediakan adalah makanan pantang. So, menu western memang hubby aku tak benarkan untuk pilih laa. Prob nyer, aku dapat bubur nasi berlauk sup ikan. Makanan yang paling aku suka tidak gemar! Even bubur Mc D pun aku tak makan, inikan bubur hospital pulak? Sup ikan pulak tu! Mana aku suka! Haa.. tengok tu. TAK BERSYUKUR! Hubby aku sengih2 sebab dia tahu aku mesti takkan habis nyer semangkuk bubur tu. Bagi laa bubur durian ke, bubur cha cha ker. Memang feveret aku laa. Huhuu..

Hubby suap jek, aku terus muntah makan dengan lahap nyer. Mak oi! Sedap nyer! Naper tak pernah org bagi aku makan bubur nasi sedap cenggini? Pelik kan? Aku telah berjaya menghabiskan semangkuk penuh bubur tu. Wa cakap sama lu! Hubby aku pun aneh jugak. Kui kui kui. Bukan sebab kelaparan jek. Tapi memang betul2 sedap. Ni yang best stay kat hospital ni. Ada makanan yang boleh dimakan! Ahaks.

Kan aku dok kat bilik 2 orang. Roomate aku tu pulak preggy anak 1st. Malam tu nak tidur memang kesian kat dia. Anak aku nangis2 nak susu. Aku pulak nak breastfeed bangun slow2 hubby tegakkan katil tu. Nasib katil tu auto. Mesti org tu tak selesa nk tido sbb baby aku nangis2. Hubby aku & hubby dia dapat teman sepanjang malam. Cian dorg tak dapat tido lena kan. Sebab tu aku tak nak bilik kongsi. Bukan sebab privacy jek, tapi benda2 camni laa yang aku nak elakkan. Kalo aku kat tmpt dia pun tension kot. Dah laa perut sakit contraction. Tak dapat tido lak tu. Bertambah2 laa sakit dibuat nyer.

Malam tu lepas Doc Azmi datang check condition aku, nurse bukak tiub kencing aku. Dia cakap kena try bangun tengah mlm ni untuk p toilet sendiri dibantu hubby. Terkejut jugak aku. Baru c-zer tgahari tadi, kena bukak tiub kencing dah? Waa… Ngeri jek laa. Aku ckp kat nurse, try tanya Doc Azmi balik. Nurse datang semula & bagitahu Doc Azmi suruh bukak supaya kaki tak kejang & darah mengalir lancar dalam badan. Dia suruh bangun slow2 & jangan pergi toilet sendiri. Kena hubby tolong atau tekan button panggil nurse datang. OK laa. Kalo Doc Azmi cakap cenggitue, aku yakin ada sebab nyer. So aku pasrah jek laa. Bukak tiub kencing tak rasa apa pun. Maybe sebab bius still ada. Hik hik hik.

Tengah malam tu memang ada rasa nak p toilet, Kejut hubby. Dia papah aku slow2 p toilet sebelah katil aku. Nasib baik dekat jek.

Berjaya!!

Jumaat 10.05.13

7.30 am

Pagi2 aku dihidangkan dengan makanan. Bubur nasi lagi? Yeay!!

  IMG_1508IMG_1507

Hubby lap badan aku & suap aku makanan. Dia siapkan aku cepat2 sebab nak balik KL ambik barang2 pakaian dia. Lagipun hari ni Jumaat. Dia solat kat Keramat jek laa. Petang baru dia datang jumpa aku balik. Huhuhu. Sedey aku berjauhan dangan dia. Ahaks.

9.00 am

Doktor handsome yang ada kat OT semalam datang check baby. Waah!

Baru nak sedih ditinggalkan hubby. Hehehe. Dia datang & check badan baby & nadi semua bagai. Pastu siap sign lagi kat dalam buku kesihatan baby aku. Waah! Nakal kan aku nih?

9.30 am

Ada sorang akak nurse datang. Dia cakap nak check pendengaran baby.

Huh?

Memang ada procedure cenggini yek? Aku pun tak tahu. Sebab masa time Aina dulu, aku kat HDU & Aina kat NICU. So, maybe nurse sana ada buat laa kot? Aku pun benarkan jek laa sambil curi2 ambik gambar. Kakaka.

IMG_1510 IMG_1511
IMG_1509 hearing test putrajaya

Gambar yang last tu boleh nampak kat laptop tulis Left Ear kan? Graf tu akan bergerak dari bawah ke atas sampai ke bahagian kaler hijau. Tu maksud nyer telinga baby OK.

Alhamdulillah. Nurse check & bagitau yang kedua2 telinga baby takde masalah. Pastu dia tulis2 result kat dalam buku baby jugak.

10.15 am

Nurse datang & mandikan baby. Pastu nurse lain ada jugak datang & bawak baby untuk bagi BCG pulak. Pastu kitorg tidur sama2 berehat2 gitue.

IMG_1514

Ni gambar drip yang doc bius buatkan masa kat OT

12.00 pm

Ini dinamakan sesi makan-tido, makan-tido.

Lepas syok2 tido siang dengan baby, makanan tengahari sampai. Apa lagi? Kelam kabut aku bangun p check makanan.

Waah!

Bubur nasi lagi? Bosan Best nyer!

IMG_1515

IMG_1516

Burrp!

Habis jugak? Tak macam raksasa ke aku ni? Kakakaa..

Doc Azmi & the gang datang. Dia lawat2 & tanya khabar. Dia bgtau yang aku dah boleh keluar esok.

Yeah!

Super Frenzy!

Pastu sambung tido lagi.

Zzz..

4.00 pm

Tetiba nurse datang & bagitahu yang aku dapat pindah bilik single.

Waaah!!

Aku kemas barang2 sumer & sorang nurse tolong bawak barang ke bilik baru. Sorang lagi nurse pulak tolong tolak baby cot. Aku lenggang2 laa masuk bilik baru. Kekeke.

Bilik ni sebaris jek ngan bilik 2 orang tadi.

Ada 3 jek bilik single. Aku dapat bilik 12A.

IMG_1521 IMG_1520

5.30 pm

Hubby sampai. Risau jugak aku kalo otw datang tu jalan jem. Sebab ni kan time balik kerja. Tapi dia bagitahu OK jek jalan. Hehehe.

8.00 pm

Makan & makan lagi!!

IMG_1519 Terlupa bukak bekas lauk. Tu lauk ayam yang mmg sedap marvelous! Ubat belang2 sebelah bubur tu ubat tahan sakit. Buah oren sangat manis & anggur sedap. Seedless lagi!

Bersambung Part Terakhir..

Ada banyak lagi gambar dalam ward yang akan aku masukkan dalam n3 akan datang.

Tunggu..

1 comment:

  1. Dah macam schedule pulak entri ni..Hihi

    Free2 singgah la online store saya Baby Shop Malaysia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...