Thursday, May 9, 2013

2nd Baby In Tummy : Dah Nak Bersalin Ker?

 

Last week dah jumpa Doc Azmi. Check entri ni.

Set tarikh c-zer 24 May 2013 Jumaat.

Tengah malam tadi aku rasa macam sakit perut. Maybe angin jek kot. Aku pun pergi makan panadol & ubat angin.

Selalu nyer kalo dah makan ubat, mesti aku terus sihat jek. Tapi pukul 4 am dah rasa makin sakit pulak perut. Memulas2 laa pulak. Pelik nyer. Bila check masa, macam setiap 5 minit, sakit.

 

Eh?

Takkan nak beranak pulak kot?

Hari ni baru jek genap 37weeks. Aku patut c-zer lagi 2 weeks.

Aina lahir dulu pun kena induce sebab 40 weeks still tak rasa sakit & takde pecah air ketuban pun. Baca entri Pengalaman Bersalin Nur Aina dulu.

Masa nak dekat subuh tu aku bagi tahu hubby yang perut aku sakit makin kerap.

Dia pun dah ngeri sebab kitorg tak pack satu benda pun untuk beg hospital aku, beg baby & beg pakaian Aina.

 

Waa…

Pagi tu aku tanya hubby. Maybe kejap jek kot sakit. Larat lagi pergi kerja ni. Aku confirm bukan sebab contraction. Hehhe.

Sebab masa induce dulu, sakit contraction memang kerap & sakit dari belakang pinggang sampai ke depan perut.

Kali ni sakit kat abdomen jek. Bawah perut jek. Mesti takde apa2. Aku bagi tahu mak & adik aku, Saniah. Aku cakap yang perut sakit bahagian bawah jek. Adik aku cakap yang masa dia beranak anak ke-2 dia pun, sakit bawah perut jek. Bukan seluruh perut.

Huh?

Hubby cakap. Dah. Tak payah pergi kerja. Dia siapkan baju Aina untuk hantar Aina ke rumah mertua dulu sebelum pergi hospital.

Beg barang baby & beg hospital aku termasuk termos & makanan2 3 in 1 pun baru jek nak kemaskan.

Kakaka..

Kelam kabut macam nak beranak jek gamak nyer!

Memang aku tak jangka akan kena pergi hospital awal macam nih. Sebab tu laa kiotrg tak pack awal2. Lagi pun, hujung minggu ni ada baby expo kat Midvalley. Ada lagi barang baby & baju yang kitorg nak beli lagi.

Takper laa. Hubby suruh pergi hospital, ikut jek laa.

Mesti kena balik rumah jugak tengahari nanti. Hehehe.

 

Sambil tengah tahan sakit perut tu, aku call Doc Azmi.

Aku bagitahu nama aku & cakap yang aku baru jumpa dia untuk check up last week. Tarikh c-zer dah set 24 May, tapi aku rasa perut sakit pulak sekarang.

 

Doc Azmi cakap, suruh datang jek kat hospital. Dia akan check aku.

 

On the way pergi hantar Aina rumah mertua, aku SMS boss & kawan2 aku bagi tahu yang aku tak datang office & terus ke hospital. Diorg sumer pelik sebab aku elok jek kat office semalam. Siap gelak2 gembira dengan sangat kuat & jalan kaki makan kat kafe lagi taw.

Apa pun, aku bagi tahu diorg yang aku akan update dari semasa ke semasa.

 

Lepas hantar Aina, hubby terus pecut ke Hospital Putrajaya.

 

Bersambung…

2 comments:

  1. Alaaa..cepatler update...buat suspender jelah..huhu

    ReplyDelete
  2. hehehe.. tengah pantang, busy sikit nak ke hulu ke hilir. kakaa. tu yg lambat update **konon nyer**

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...