Wednesday, June 8, 2011

Pengalaman Bersalin Baby Nur Aina 04.06.11

 31052011133

Aku ada diabetis & asma time preggy. Jadi untuk deliver, aku kena laa ikut EDD aku 2 June 2011@ 40weeks gestation. Untuk pengetahuan korang, sesiapa ada diabetes memang kena beranak ikut EDD untuk keselamatan baby. Risiko tinggi ditakuti baby mati dalam perut. Doc suruh aku p hospital walaupun tak rasa sakit apa2 & takde tanda pun keluar darah @ air ketuban pecah.

Khamis 02.06.11

Pagi-pagi selepas breakfast dengan Fairuz, terus siap2 nak pergi hospital. Salam tangan mak ayah dan mintak diorg doakan keselamatan aku dan baby. Sebab kita tak tahu bila Allah akan tarik nyawa kita. Time tu perasaan memang takut dan sedih bercampur-baur. On the way pergi Hospital Ampang, aku borak2 perkara yang happy jek dengan Fairuz. Dia pun tahu aku takut sebenarnya. Cakap pasal seronok nyer bila dah ada baby, nanti lepas ni balik hospital, kitorg dah bertiga, nanti nak keluar jalan2 dengan baby & beli baju cantik2. Semua supaya aku relaks dan tak fikir macam2.

Sampai hospital, terus pergi daftar & bayar deposit masuk wad Tingkat 4. Masuk dalam wad, nurse check buku merah aku & tunjukkan katil. Lepas salin pakaian pink hospital, Fairuz dah kena balik sebab tu bukan waktu melawat. Dia tunggu jek kat lobby sampai kul 12.30pm untuk datang & jumpa aku lagi. Hehehe. Baru jek kejap tak jumpa, aku dah rindu2. Petang tu tangan aku kena drip supaya senang masuk ubat/air/darah in case ada apa2 berlaku kat aku. Sakit sikit bagi aku. Sebab aku sememangnya takut darah & jarum :9

drip

Aku ingat dah boleh deliver hari ni jugak, rupa2nya aku perlu rehat sepanjang hari sebab induce pertama hanya akan diberikan esok. Punya lah aku ngeri dari pagi tadi. Waa.. kena duduk hospital la malam ni...

Jumaat 03.06.11

8.00 am

Awal pagi nurse dah suruh mandi & siap2 sebab doktor akan datang untuk cek bukaan & induce. Masa cek bukaan & masukkan ubat induce, Memang tak sakit apa pun time tu. Semua org tak sama. Ada yang skali induce jek, terus sakit, bukaan terus ada, terus branak. Tapi aku leh pusing2 tawaf sekeliling wad tu. Dengan harapan ada bukaan cepat dan aku boleh beranak hari tu jugak. Siapa yang tak nak beranak hari Jumaat kan? Akak2 yang ada kat wad tu pun pelik camna aku leh gelak2, borak2 & jalan2 lelaju lagi. Semua orang cakap aku kuat semangat dan boleh bersalin normal. Aku kuatkan hati dan tak henti2 berzikir doa Nabi Yunus.

2.00 pm

Lepas makan tengahari, doktor datang dan cek lagi. Dah ada bukaan 3-4cm. Aku punyalah hepi. Ada progress jugak walaupun x sakit langsung. Pastu doktor terus induce 2nd time. Petang tu aku berjalan2 lagi macam sebelum tu. Semangat aku. Harap2 bukaan jadi 8 cm malam tu. Hehehe. Dah ada peluang untuk beranak malam ni.

8.00 pm

Tapi masa 8pm cek, bukaan still 4-5cm. Sedih aku sebab tak banyak beza dengan tengahari tadi. Fairuz bagi sokongan, msg2, call aku bagi semangat supaya tak sedih2. Fairuz cakap, kalo Allah cakap tak bersalin malam ni, tak jadi jugak.. Aku harap sangat dapat bersalin hari Jumaat. Tapi aku redha, tambah lagi bila Fairuz sokong jek aku walaupun dah berapa hari pergi balik hosp jaga aku. Dengan tak cukup tido nyer dia lg. Cian aku tgk.

Sabtu 04.06.11

Bersamaan 2 Rejab 1432 H

Bersamaan Hari Keputeraan Agong 2011

8.00 am

Doktor datang dan cek bukaan lagi. Bukaan tak berubah. Doktor induce 3rd time. Aku rileks jek lagi. Jalan2 pusing2 lagi. Berdoa banyak2 harap aku rasa sakit contraction supaya boleh bersalin. Tapi still tak sakit jugak. Aku pulak yang risau. Macam mana nak bersalin normal kalo takde cntraction? Aku doa & zikir2 lagi sepanjang masa.

 

12.30 pm

Sekarang waktu melawat, so Fairuz datang teman aku. Oleh sebab hari ni Sabtu, masa melawat lebih panjang. Dari 12.30pm sampai 7pm. Happy laa aku dapat borak2 lelama dengan Fairuz. Tetiba aku rasa belakang aku sakit sampai ke depan perut. Rasa mcm senggugut kot. Sebab aku x pernah rasa senggugut. Hehehe. Sakit sikit jek. Aku bagitahu Fairuz. Kitorg sama2 hepi. Aku jenjalan lagi kat wad tu tapi Fairuz suruh aku tidur dan rehat. In case kejap lagi bersalin, ada tenaga. Aku pun tido jap ada laa lebih kurang sejam.

 

3.00 pm

Perut aku dah rasa makin sakit. Time tu ada kuih cara berlauk 3 bji hosp bagi untuk minum petang. Sebijik jek aku mampu makan, tu pun ambik masa stgh jam nak habiskan. Sebab menahan perut yg sakit. Masa sakit tu, Fairuz akan cek contraction aku setiap berapa minit, dan berapa lama. Time tu aku memang tak nak bercakap dengan sesiapa. Aku duduk jek kat kerusi tepi katil sambil tahan sakit. Takde la sampai jerit2. Praktikkan jugak cara pernafasan Lamaze yang diajar masa Antenatal dulu. Memerlukan kekuatan mental & psikologi yang tinggi. Selain tu, aku hanya mampu genggam tangan aku & ketap gigi aku kuat2 jek. Fairuz nak pegang pun aku tak bagi. Sementara tahan sakit contraction tu, nurse memang akan datang buat CTG scan untuk cek contraction & heart beat baby. Memang sakit giler sebab aku kena baring sambil tahan sakit. Nurse tu dah laa kena goyang2kan perut aku supaya baby banyak gerak. Baru graf tu ok. Fairuz sedih jek tengok aku time tu sebab dia leh bagi sokongan jek. Tak dapat nak tolong aku.

 

5.00 pm

Doktor datang cek bukaan aku. Alhamdulillah bukaan dah 8cm. Dah boleh pergi labour room. Aku tak tahu nak fikir apa lagi time tu dengan sakit nyer. Nurse tolak naik wheelchair. Kat labor room pulak, Fairuz dah ada kat sebelah aku. Doktor dan nurse ramai jugak dalam 4-5 orang. Diorg takde pun kelam kabut. Maybe sebab dah biasa. Aku pulak dan2 kat atas katil labor tu, tak rasa sakit dah. Rasa tenang jek. Doc cek, bukaan dah 10cm, fully dilate. Aku hepi campur tak tahu nak buat apa time tu. Doc suruh aku push bila ada contraction. Prob is, aku tak rasa sakit dah. Macam mana nak teran. So, bila sorang doc ni cakap ada contraction, aku push jek pakai hentam. Tak payah jerit2 pun. Kena teran kuat2 ikut perut, bukan teran kat tekak jek. Aku ketap gigi aku kuat2 sambil push. Fairuz pulak pegang & tolak belakang tengkuk aku ke depan supaya aku daapt push dan tak penat sangat. Dia memang sangat2 membantu time tu. Aku teran dah sehabis2 nafas banyak kali lak tu. Still kepala baby tak keluar betul2 lagi.

 

5.30 pm

Last2 dah lebih 20min aku teran, aku tak larat sebab tak rasa contraction untuk push pun. Tak sakit, tapi ko try push, mana nak jadi kan? Aku cakap “Doktor, tolong saya. Saya tak larat dah!”. Doktor tu risaukan baby. Dia terus arahkan untuk prosedur vacuum. Dia cakap jangan teran dulu. Hold sampai dia suruh teran. Sebab diorg nak sediakan alatan untuk vacuum pulak. Doktor perempuan yang bidankan aku tu macam garang dan serius. Dia suruh Fairuz keluar sebab husband tak boleh ada dalam labour room kalau buat prosedur yang menggunakan alatan. E.g ceaser, vacuum dan forseps. Aku agak risau jugak tetiba Fairuz tak boleh teman aku. Maybe sebab dia nak buat dengan cepat dan tepat, dia siap cakap lagi “Saya nak orang yang pernah buat prosedur ni sahaja yang tolong saya. Saya tak nak houseman yea!”

 

5.45 pm

Tak smpai 2 minit, aku nampak baby aku dia tengah pegang. Jam 5.47pm Aina siap nangis2 kuat pulak tu. Aku terus menjerit “Allahu Akhbar! Alhamdulillah!”. Aku gembira dan bersyukur sangat2. Diorg tanya aku “Tengok ini baby apa?” Aku cakap “Baby girl”. Terus dia letak Aina atas dada aku lebih kurang 1 minit. Then ambik untuk bersihkan dan Fairuz iqamatkan. Berat baby 3.4kg. Sekejap jek aku dapat jumpa Aina sebab jahitan aku kena buat kat dewan bedah (OT) pulak. 3rd degree tear. Kira teruk jugak laa- Guna vacuum, koyak dia banyak sikit. Aku terus kena pergi jahit kat OT tu 3 jam laa jugak. Mamai2 jek sebab aku kena bius spinal.

 

10.00 pm

Dah settle prosedur jahit-menjahit, aku di bawa masuk ke High Density Unit (HDU). Ni satu bilik, sorang. Sebab wad ni hanya untuk kes berat sahaja. Aku third degree tear, memang kena masuk sini dulu la. Dapat jugak jumpa Fairuz balik. Time tu dia ucapkan terima kasih dan cium pipi aku banyak kali. Dia nampak ada 2 baby kat depan bilik HDU tu. Tapi dia tak berani nak pegang. Risau baby orang lain. Lagipun dua2 baby mata sepet macam anak orang Cina. Tapi ada aku dan sorang akak Chinese ni jek yang baru lepas bersalin. Mesti salah satu tu anak kitorg. Dia pun pergi kat baby tu balik & check tag kat kaki baby. Ada tulis Baby of Siti Khatijah. Hehehe. Terus didukung dan cium Aina. Lama jugak dia tersengih2 dan borak2 dengan Aina. Keh keh keh. Aku pun happy jugak tengok Fairuz camtu. Ku Bahagia..

 

11.30 pm

Aku terbaring jek kat katil. Tangan kiri kanan ada drip. Kencing pun pakai tiub. So, aku memang tak boleh nak gerak memana. Aku sendiri dah takde tenaga. Rasa letih sangat2 & satu badan lemah. Fairuz tolong ikat rambut aku dan sanggul dengan paku. Tu untuk elak benda2 halus dekat dengan aku yang tengah lemah & berbau hanyir darah lagi. Dia dah kena balik umah. Dia tak boleh stay situ. Lagipun sepanjang hari ada dengan aku, memang tersangat penat dah dia. Bila dia balik, dia suruh aku rehat dan jangan banyak berfikir. Try tidur walaupun rasa tak ngantuk. Dia nak badan aku segar balik dan cukup rehat. Dia dah tengok macam mana aku bertarung nyawa masa kat dalam labour room tu. Dia sendiri cakap tak sanggup kalo dia yang kena beranak. Heheh. Tu yang buat dia lebih menghargai aku. Kakaka.. Oleh sebab aku kat HDU, Aina kena hantar ke NICU. Baby tak bole ada kat HDU. Dia nak pesakit rehat betul2 dan tak terganggu.

Sedih aku tak dapat jumpa Aina dan menyusukan dia awal2 kelahiran dia. Tapi, bila aku fikir balik sekarang, ada bagusnya jugak. Sebab bayangkan laa badan kita tengah lemah, dengan drip masuk air kiri kanan dan tak berdaya nak angkat badan pun, baby nangis nak menyusu, confirm kita akan tension sebab tak dapat nak ambil pegang dia cepat2 masa dia nangis. Tambah lagi time tu susu baru stimulate untuk keluar, confirm baby akan nangis kehausan sepanjang malam. Kita tidak dapat cukup rehat & berkemungkinan akan hadapi depression.

 

Kalo ada apa2 korg nak tanya, boleh jek. Aku sedia membantu. Sebab aku dulu pun dok baca forum pasal pengalaman bersalin jugak. Yang penting, kena think positif sepanjang hamil, terutama time kena contraction. Alhamdulillah, aku sakit lebih kurang 5 jam jek, terus beranak petang tu pukul 5.47pm. Contraction aku dapat rasa, tapi time beranak pulak tak rasa contraction, tak sakit n tak takut. Itu pengalaman aku n aku bersyukur sebab dah bersalin dengan selamat n baby sihat.

 

Dan betul ckp smua org, bila korg dah dengar baby nangis atau nampak baby kuar, terus kat situ jugak korg rasa tenang & tak teringat pun sakit contraction tadi. Memang anugerah Allah yang paling2 bernilai. Semoga entri ini dapat memberi manfaat kat korg. Lagi satu, semoga korg dipermudahkan utk preggy n dapat beranak dengan selamat. Insya Allah!

Doa Nabi Yunus a.s

doa nabi yunus “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”

 

05062011160 Nur Aina Binti Mohd Fairuz masa berumur 2 hari. Semoga Aina jadi anak yang solehah. Insya Allah.

26 comments:

  1. hi dear,

    samalah I pun 3rd tear jugak. berpindah pindah bilik dari OT ke recovery room ke observation room. esoknya baru boleh tengok baby. I normal tapi sebab baru 8cm dah teran habis.

    sekarang I nak deliver 2nd baby. doc bagi option normal ke czer. dilemma sangat ni. :(

    salam perkenalan ye :)

    ReplyDelete
  2. 3rd degrees tear.... mcmana pnjagaan dlm pantang tu? Agar luka n jahitan cepat sembu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan happylink( kotak hijau kuning) bli kat farmasi

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kencing manis bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan .Kita mestilah peka akan Tanda tanda kencing manis dan tips untuk mengatasinya. Bukankah meencegah itu lebih baik dari mengubatinya ??

    ReplyDelete
  7. Salam..sy vacuum.n 3rd degree juga..da 3week belum sembuh..masih sakit nak duduk semua..nk buat mcmana? Xnormal ke mcm ni

    ReplyDelete
  8. Wsalam. Luka tu mmg agak lambat nk sembuh. Kalo dpt, beli happylink kat farmasi. Serbuk royal jelly. Bancuh ngan air kosong stgh cwn & pkai sudu plastik. Kotak hijau kuning. Mnum 2x shari. Lps 2-3 mnggu mnum 1x jek shari. Insya Allah membantu. Tp susah nk carik. Kat bangsar ada frmasi nama alpha ke apa(area lucky garden) ada jual.

    ReplyDelete
  9. Sy pun baru bersalin scr vacuum & 3rd degree jgk. Huhu. Takut nak tengok luka sendiri

    ReplyDelete
  10. sy pun baru 3 hr lepas 3rd degree gak...nak tnye berak camne..sy xberak lg...sbb takut satu sbb tak rase nak berak lg...lebih pada buang angin...

    ReplyDelete
  11. Better makan lactul (cecair) atau senokot (pil) yg ada jual kat frmasi. Ikut masa makan ubt tu ye. Lebih lawas & x perlu teran sgt masa membuang. Bahaya kalo tlebih teran sbb luka jahitan x pulih lg

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Wsalam. Nnt email sy yeah.
    green_aries0413@yahoo.com

    ReplyDelete

  14. Salam, nak tanya benang utk 3rd degree die luruh atau serap dlm dgg yer. . N proses pemyembuhan amek mse brp lama?? Kalau kte tk rasa skt mse jalan or ddk Maksdnya tiada mslh lah kan di bhgian jhtn? ? Sy bru 38 hr

    ReplyDelete
  15. kalau 3rd degree tear boleh bersalin normal lagi atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc yg jahit 3rd degree tu suggest jgn normal dlu sbb risau parut tu tkoyak smula & lg payah nk kawal berak or kentut. Lps anak 1st 3rd degree ni, sy 2x czer. Pastu patut czer lg, tp dh terberanak normal anak ke 4 kena 2nd degree tear

      Delete
  16. Wsalam. Maaf tlepas pandang soalan awak. Benang tu hilang sndrik. Kira x yah bukak jahitan. Kalo jalan or duduk ok, means makin baik. Cuma jgn trlalu lasak. Sbb luaran dh ok. Biar dalaman jahitan pun ok jgk yeah

    ReplyDelete
  17. Salam.. tq utk pengalaman ini.. cuma sy nk tya.. apakah treatment pd awk dan bb sbb awk ibu hamil diabetes kan? berapa lama kena tahan di hospital awak dan bb kerana kencing manis itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tiada apa2 treatment. Hanya kena jaga bacaan gula dlm darah semasa hamil. Utk elak baby terlebih besar atau menjadi hipo lps dia dilahirkan sbb kurang gula dlm darah

      Delete
  18. as salam..nk tnye ambil masa brpe lama untuk betul2 sembuh ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. sebenarnya agak lambat utk sembuh lps beranak koyak 3rd degree.lps 6 bulan pun ada gak kdg2 rasa sakit tp x teruk

      Delete
    2. sbb sye 3rd deg tear jgk..bru 18hari hri ini..ank first..selalu terpkir tempoh sembuh tu..lps 6 bulan msih ada rasa ye sis..

      Delete
  19. Assalamualaikum sy pom 3rd degree jgk ank first...Kalo kite nak bersalin lagi untuk normal susah ye sis?Ambik mase berapa tahun ye?

    ReplyDelete
  20. sy bersalin vacuum dan 3rd tear. buat mase skrg masih menajalani rawatan fisio utk kuatkan otot. otot masih lemah. blh sy tau 3rd degree tear blh ganggu hubungan seks?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...