Tuesday, May 31, 2011

Kenangan sebelum bersalin @ office

241476_222772211085730_100000588585006_862127_3381938_o

Semalam bergambar dengan kawan2 pejabat sebelum pergi hospital. Hehehe.. Sempat lagi ambik gambar, risau kena admit hospital pulak. Jumpa lagi 2 bulan ye kawan2.. Hehehe.

Sebenarnya semalam kena refer hosp sebab dah 2 hari low fetal movement. Dua org doc dah check & scan smua. Alhamdulillah, ok. Tapi doc suruh admit jugak sebab due Khamis ni (2 June 2011) dah dekat.

Waa..sedey jek masa tu. Mintak tolong nurse2 dengan doc tu. Aku cakap laa..

“Bagi la saya balik, saya janji Khamis ni due, saya terus pergi hosp. Lagi pun saya tak tengok lagi citer Kungfu Panda.”

Diorg gelak2 dan suruh aku janji datang balik Khamis pagi pukul 8 kat hospital. Aku terus janji kat depan2 kaunter tu jugak sambil melompat2 gembira. Siap tunjuk peace lagi kat hubby. Muka hubby cuak. Aku pelik laa. Aku p kat hubby nak bagi tahu, boleh balik. Tapi dia ingat peace td tu maksud bukaan dah 2cm. Patut laaa.. Kakaka..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...