Tuesday, May 10, 2011

Antenatal Class Satu Keperluan?

Memang menjadi suatu kemestian, semua pasangan yang pertama kali bakal dikurniakan cahaya mata mempunyai pelbagai persoalan sepanjang mengandungkan anak sulung mereka. Banyak yang nak dibaca & dipelajari untuk menghadapi era baru dalam hidup mereka. Terutamanya apa yang akan berlaku saat kelahiran. Sebab tu terdapat banyak kelas antenatal yang disediakan oleh pihak hospital & badan2 perubatan yang lain untuk membekalkan pelbagai maklumat mengenai proses kelahiran, penjagaan bayi & penyusuan susu ibu kepada pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Pengalaman aku ke dua buah kelas antenatal banyak membantu dan mempersiapkan aku. Secara tak langsung aku rasa lebih bersedia.

Kelas antenatal pertama, aku pergi Hospital Pantai, Ampang pada 5 March 2011. Kelas dianjurkan secara percuma dan diadakan pada sabtu & ahad. Sebab tu dengan pantas aku attend kelas ni. Itu pun aku kena ambik cuti sebab sabtu tu aku keje. Penceramah pun sangat bagus terutama Dr Suhaimi yang fokus tentang labour dan Dr Khairul Zaman yang menerangkan tentang breastfeeding. Senaman ibu mengandung pun ditunjukkan. Ada 3-4 orang peserta volunteer untuk bersenam kat depan. Jadi kalo nak p antenatal class, sila pakai pakaian bersesuaian yek. Seboleh2 nyer pakai seluar yang ada grip kat kaki supaya bahagian betis terlindung masa angkat2 kaki nanti. Masa sesi Q & A pun best dan informatif. Kitorg jugak berpeluang untuk tengok labour room kat hospital ni. Time tu fikir jek camna laa keadaan aku masa deliver tu yek? Bukan setiap bulan ada kelas ni. Jadi kena la selalu check web Hospital Pantai dan call awal untuk book tempat. Bilangan pasangan untuk setiap kelas terhad yea kawan2.

hosp pantai ampgHosp Pantai Ampang berdekatan bangunan MPAJ

05032011036 Peserta sedang mengikuti senaman

Kelas Antenatal ke-2 pulak aku pergi kat Hospital KPJ Selangor @ Shah Alam 7 May 2011. Kelas ni dikendali oleh Pn Faridah. Bagi aku, ini kelas Antenatal yang sangat bagus. Aku recommend korg datang kat sini. Harga RM80/couple. Makan tengahari & minum petang pun disediakan. Penerangan para doktor pun bagus. Memang ramai yang nak attend class kat sini sebab setiap kali aku kol, kelas ni penuh. Dihadkan kepada 10 pasangan jek bagi setiap sesi dari 9pg smpai 5ptg. Masa aku tempah pun bulan Mac. Hehehe. 2 bulan jugak tunggu, baru ada tempat kosong. Tu pun sebab ada couple tu cancel sebab tak dpt datang tarikh tu. Senaman ada diajar dan semua pasangan diwajibkan turut serta. Kawalan pernafasan Lamaze pun diajar dengan sangat teliti. Satu per satu step ditunjukkan dan kitorg semua ikut. Selain tu, CD untuk baby massage ada diberi percuma. Kelas ni enjoy dan lebih tumpuan diberikan kepada kitorg memandangkan pencermah hanya perlu menumpukan kat kitorg 20 org jek. Jadi Q&A session pun lagi best. Takde la rasa malu2 nak tanya soalan. Pn Faridah tak ikut sangat nota bulat2. Lebih kepada penerangan dari pengalaman beliau sendiri. Itu yang buat kelas ni lebih bermanfaat & tak bosan langsung. Ada jugak peluang tour dalam hospital untuk tengok ward & labour room dan untuk pengetahuan korg, hosp ni Rakan Bayi jugak.

kpj sgor

P1030142 Puan Faridah

P1030139 Sebelum mula bersenam
P1030140
Relaks luruskan kaki
Bagi aku, bakal parents digalakkan attend kelas antenatal. Banyak kepentingan & kelebihan kalo kita attend sebab time ni laa kita nak tanya kat doc2 tu bius apa yang nak digunakan. Macam mana dorg wat bius epidural & spinal tu. Kenapa buat episiotomy dan cara mengawal pernafasan semasa contraction. Breastfeeding session pun ada diajar teknik memerah dengan betul supaya breast tak luka/sakit. Bukan bole main perah jek. Kalo kita just baca forum & tanya kawan2  jek, bagi aku tak cukup. Baik tanya kat gynae sendiri keadaan masa kita contraction & nak deliver tu. Baru lebih bersemangat & yakin untuk deliver kan? Kalo berminat, sila rajin2kan diri call contact number yang aku sediakan bawah ni. Sorry kalo phone number tu dah berubah yek. Aku kongsi apa yang aku ada jek.

Senarai no telefon hospital yang mungkin mengadakan kelas antenatal :

 

Nama Hospital No Telefon Harga/pasangan
Hosp Pantai Ampang 0342892877 FREE
Hosp KPJ Selangor 0355431111 ext 4018 RM90
Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) 0380624073 -
Jenlia Maternal Services 0377267002 RM200++
Al Islam Hospital 0326931007 RM60
Hosp Pantai Cheras 0391322022 FREE
Hosp Az Zahra ** 0389212525 -
Hosp KPJ Kajang 0387692816/2820/2893 -
Pusat Perubatan Uni Malaya (PPUM) 0379492713 RM50
Hosp KPJ Damansara 0377222692 -
** Keutamaan diberi kpd ibu2 yang check-up di hospital tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...