Thursday, April 25, 2013

Getaways: My 29th Birthday Celebration @ Gold Coast Morib Resort 13 April 2013 [Part II]

 

Sambung dari Part I.

Lepas maghrib kitorg siap2 nak p makan malam buffet kat cafe. Set dulu timer camera..

SnaP!!

DSCN4594

 

Masuk jek kat cafe tu dah pukul 8pm. Kat pintu masuk, aku bagitahu staff situ yang aku under Birthday Package. Kat sebelah dia ada banyak sijil2 Malaysia Book Of Records. Aku masuk dulu sebab staff tu macam sibuk jek.

Cari tempat duduk, banyak yang dah penuh sebab ada 3 company yang buat event kat Gold Coast malam tu. Jauh laa jugak meja tmpat kitorg duduk dengan area buffet tu.

Aku jaga Aina, hubby p ambik makanan. Bagi aku, pilihan makanan buffet kat sini tak banyak. Jadi tak menarik pun makan buffet dinner sini. Lain kali nak makan kat Pantai Morib jek laa. Lagi best & meriah makanan situ.

Ada waitress kat situ, aku panggil & bgtahu pasal pakej birthday aku. Dia cakap, p jek jumpa staff kat pintu depan. Nanti dorg bagi sijil & hadiah. Kek pulak akak tu hantar kat meja aku. Hehehe.

 IMG_1451

 gold coast morib 4596

Bergambar Sempena Harijadi

sijil birthday malaysia book of records

Sijil Malaysia Book Of Records. Bangga weh ada sijil bila dah tua2 camni. Hehehee

IMG_1446

Hadiah yang Gold Coast bagi ni, bear yang boleh nyanyi lagi birthday sambil goyang2 badan & ada kipas kat atas kek tu yang akan timbul perkataan ‘Happy Birthday To You’ masa nyanyi2 tu. Best sangat!

Settle makan, terus naik bilik & mandi jakuzzi lagi sebelum tido. Hahaha. Best jek hidup kitorg. Mandi sepanjang hari.

 

Ahad 14 April 13

Bangun pagi, p breakfast.

Haa.. breakfast kat sini memang menarik. Tempat pun besar & berhampiran pantai. Sejuk laa sikit. Pilihan makanan lebih banyak berbanding makan malam semalam sebab stall makanan diletakkan kat sekeliling area tmpat makan. Takde laa crowded sangat kalo nak beratur ambik makanan.

Dah makan, p pantai jap & bukak kasut Aina supaya dia rasa kelembutan pasir pantai.

Dah jangka dah!

Dia mesti geli & tak nak jalan atas pasir. Wakaka..

Pastu, bawak dia naik bilik & kitorg semua tukar baju & turun p mandi lagi kat theme park. Kali ni sewa tube jugak. Rasanya x sampai RM10 untuk sewa tube ni.

gold coast morib 4600 gold coast morib 4603

  gold coast morib 4606

Ni gambar slide 3 berkembar yang agak laju. Slide pusing2 kaler kuning sebelah tu yang AIna dok naik lebih 10 kali.

gold coast morib4613 gold coast morib4617

Lazy river yang aku sangat suka. Tak berapa panjang, tapi memang aku suka jenjalan dalam air cenggini.

gold coast morib4626

 

Slide besar punyer. Bentuk macam piramid. Budak2 kecik buat aksi pelbagai gaya kat sini. Ngeri jek aku tengok. Mak bapak pun boleh main jugak. Laju sangat & kalo pakai pelampung atau tube lagi laa macam terbang jadik nyer. Yang ni Fairuz bawak Aina naik sekali jek. Sebab dia pun ngeri kot nak pegang Aina. Risau melantun tak pasal2.

gold coast morib4622 gold coast morib4625
gold coast morib4628 gold coast morib4629
gold coast morib4630 gold coast morib4631

Aina berlatih berenang. Nak jadi perenang negara satu hari nanti. Kih Kih Kih.

gold coast morib4656

 

gold coast morib4641 gold coast morib4642

Haha. Aina yang dah makin berani jalan sendiri dalam air. Selalunyer tak mungkin dia nak lepaskan tangan kitorg masa dalam air. Kali ni ada peningkatan sket. Aku berbangga! Chewaah!

 

gold coast morib4645

Fairuz dah nak duduk atas slide sambil pegang Aina. Tak sempat snap. Fairuz nyer muka & kepala Aina jek nampak kat celah2 pokok tu. Cer cari kalo jumpa. Hehehe. Ambik gambar guard jek laa.

gold coast morib 4648

Aina buat muka selamba jek turun dari slide pusing2 nih. Aku kena tunggu kat bawah jek laa. Dh sarat2 8 bulan, still nak naik lagi? Jangan harap dapat naik la. Kakaka.

 

Dah mandi theme park sampai kul 11am, naik bilik cepat2 untuk mandi jakuzzi pulak. Perfect hidup kitorg dengan mandi manda jek dua hari ni.

Kul 12.15pm kitorg p lobby utk check out. Perghh! Ramai giler org beratur. Sangat panjang & crowded area lobby hotel ni. Nasib baik ada tempat sofa yang leh aku duduk jaga Aina sebab Aina dah mengantuk + kepenatan mandi.

Fairuz tak beratur check out dulu. Dia p re-park kereta supaya boleh load barang dekat sikit. Luar lobby area tu memang dah sesak dengan kereta. Nasib baik dapat parking jugak dekat ngan lobby. Hubby masuk kuar anta barang kat kereta.

Bila dah settle, beratur check-out dah tak berapa panjang. Hehehe.

 

Pastu baru gerak balik Kl dengan sangat gembira.

Insya Allah, kami akan datang lagi ke sini.

 

Bessst!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...