Monday, April 1, 2013

2nd Baby in Tummy: Antenatal check-up Hospital Gleneagles KL

 

Tarikh check-up: 27 March 2013

Last 2 weeks aku dah buat check up kat FPP Putrajaya. Kali ni nak try sini pulak.

Masa appointment pukul 9am. Kitorg terkedek2 keluar dari rumah pukul 8.45am. Rumah dekat katanya..

Nasib baik sempat sampai tepat2 kat Hospital Gleneagles pukul 9. Itu pun baru masuk parking kat atas sekali bangunan. Sangat penuh parking walaupun pagi2 camtu. Banyak staff ke, patient yang parking, aku pun tarak tau.

Turun lif, pergi counter kat lobby ‘hotel’ tu. Aku bagi tahu ada appointment dengan Ob Gyn nama Doktor Suhaiza. Akak tu cakap, klinik antenatal ada kat bangunan sebelah.

Aku, hubby & Aina bergegas p bangunan sebelah yang ada bank CIMB kat groundfloor. Dekat jek pun. Hahaa..

Jumpa receptionist kat situ, diorg bagi tahu Klinik Doc Suhaiza kat Tingkat 7. Naik lif & terus jumpa staff situ. Sementara tunggu Doc Suhaiza, aku kena tulis details sebab baru 1st time buat appointment. Siap kena pilih cara pembayaran. Aku pilih GL, Credit Card, Cash, Cheque. Pakai tabung ayam katanya. Kakaka..

Time ni aku tengok ada 2 famly jek yang ada kat situ selain aku. Satu couple Malay, satu lagi Chinese family yang ada hubby, mak,kakak sekali teman.

Hmm.. sikit org jek. Mesti cepat dapat jumpa Doc, sebab situ ada jugak bilik doktor2 ob gyn lain selain Doc Suhaiza.

Pastu nurse minta check BP, berat, tinggi & urine test. Layanan sangat mesra rakyat yea kawan2. Setiap kali nak suruh aku sign ke, ukur ke, siap mintak maaf dulu & terima kasih tak lekang dibibir. Waah.. Aku siap bisik kat hubby “Abang, saya jadi tuan puteri taw hari ni”. Fairuz sengih2 jek.

Kul 9.30am ada sorg lady masuk. Aku cakap kat hubby.. Waah! Lawa nyer org tu. Kurus, tinggi & pakaian sangat cantik & moden. Patient kat Gleneagles sumer up-to-date sehh!!

Hubby aku ckp.. “Tuu laa Doc Suhaiza”

Huh? Mana abg taw??

“Abg dah check semua dalam net. Hehehe”

Dalam hati, berbunga2 rasa. Baik nyer hubby aku tolong check semua benda dlm net utk aku, pergi kuhulu kehilir cari hosp bersalin utk aku. Alhamdulillah. Bersyukur dapat hubby yang memahami.

Tetiba nama aku dipanggil.

Masuk jek bilik, Doc Suhaiza bagi salam & bersalaman ngan aku. Fairuz masuk, dia bagi salam jek kat hubby & suruh kitorg duduk. Happy aku sebab layanan elok jek setakat ni.

Doc Suhaiza check history aku dalam buku merah jugak & tanya pasal 1st time beranak dulu. Macam masa jumpa Doc Azmi kat FPP, aku cakap pasal: 3rd degree tear, GBS, asma, blood transfusion(darah banyak hilang) & gestational diabetes(diabetes masa mengandung Aina) yang aku ada dulu.

Bila bgtau jek pasal 3rd degree tear, Doc Suhaiza tanya soalan yang sama dgn Doc Azmi. Adakah Doc yang jahit tear kat Hospital Ampang dulu cakap aku boleh beranak normal untuk 2nd baby?

Jawapan aku: Ya!!

Doc Suhaiza tak terkejut. Tapi dia terus terangkan kat aku apa akibat nyer kalo aku beranak normal jugak kali ni.

  1. Episiotomy akan dibuat, tapi tear yang lama tak semestinya tidak terkoyak semula.
  2. Tear 3rd degree yang lama boleh jadi 4th degree (Aku mungkin lps ni tak dapat kawal kent*t & berak maybe selamanya. Sebab dah ganggu otot rektum)
  3. Oleh sebab aku maybe ada diabetes lagi kali ni, ada kemungkinan 2nd baby pun besar, bahu lebar & still koyak banyak kalo normal delivery.

Ngeri kan?

Semuanya hanyalah kemungkinan2 yang mungkin berlaku. Tapi Allah yang menentukan qada’ & qadar.

Doc siap lukis gambar tempat bakal koyak nanti. Aku memang tak tengok laa. Fairuz jek sanggup dengar penjelasan Doc. Kakaka. Tak sanggup aku. Kang makin ngeri aku nak beranak.

So, Doc Suhaiza suggest buat elective c-zer. Memandangkan aku bayar secara tunai, aku tanya jugak rate yang akan dikenakan. Kalo company tanggung, lain laa. Takyah susah2 aku cari hosp. Pergi jek Prince Court. Kikiki. Lain doc, lain harganya. Sebab tu akak receptionist yang aku tanya hari tu bagitau yang kita kena tanya sendiri kat Doc. Oleh sebab Doc Suhaiza ni Consultant Ob Gyn. Jadi harga nyer haruslah setanding dengan kepakarannya. Hahaha. Menurut Doc Suhaiza..

Normal: RM5K - RM6K

Elective c-zer: RM7K - RM9K

Emergency c-zer: RM10K++

Cuba korg tengok kat entri2 hospital yang aku dah review sebelum ni. Lebih kurang jek kan harganya? Sebab tu aku rasa nak pilih jugak Hosp Gleneagles ni. Doc Suhaiza punye penjelasan pun dah cukup buat aku & hubby yakin dengan Doc ni untuk sambut baby kitorg nanti. Serius! Sangat best!Doktor, layanan nurse DAN keadaan bilik nyer!!

Harap Aina OK jek masa beberapa jam aku beranak nanti. Dia tersangat rapat dengan aku & hubby sebab breastfeed & tak pernah anta kat mana2 nursery. Aina rapat dgn MIL aku jek kalo aku & hubby xde. Sebab tu kitorg cari jugak hospital yang boleh benarkan Aina ada dalam wad & hubby aku stay sekali.

 kad appointment gleneagles edit 

Kad appointment aku

namecard doc suhaiza ob gyn gleneagles

Kad Doktor Suhaiza

Apa pun, aku kena bincang dulu ngan hubby, family & MIL samada nak teruskan dengan beranak normal atau elective c-zer.

Huhuhu.. masalah hospital dah nak settle.

Skrg kena pikir nak normal ke, c-zer?

Aku tak nak pergi hospital swasta & beranak normal, pastu last minute terpaksa buat emergency c-zer. Pergh.. memang melompat harga nyer kan?

Aku akan fikir & tanya pendapat semua, baru aku dapat buat keputusan.

Takpe, nanti aku akan ada appointment dengan Doc Azmi lagi. Aku tanya dia dulu lah kot sebagai pendapat terakhir.

Wish me luck!

2 comments:

  1. good entry... sangat bermanfaat utk mereka yg tengah mencari cari hospital yang sesuai :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, cik lavender. Kalo x bersalin putrajaya hari tu, Hosp gleneagles ini laa pilihan terbaik bg sy

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...