Thursday, April 18, 2013

Getaways: My 29th Birthday Celebration @ Gold Coast Morib Resort 13 April 2013

 

Kakaka.. aku dah tempah hotel ni last week. Tengok kat entri ni.

 

Sabtu 13 April 13

Kitorg bertolak dari KL pukul 1.15pm. Sebab dari hari Khamis hari tu, area Selangor xde air sebab empangan pecah. Ni dah hari ke-3, baru ada air. So, kitorg p tadah air untuk back-up sebelum kuar umah. Lambat laa keluar hari ni. Check in kul 3pm.

Sampai kat Gold Coast pukul 2.45pm sebab Fairuz bawak slow coz tak tahu jalan ke sana. Google Map yang tolong tunjukkan.

Sampai jek terus p check-in. Ramai jugak kat lobby tengah tunggu untuk check-in. Aku beratur jer laa sebab aku yang kena check-in sendiri memandangkan kena guna IC aku untuk birthday promotion tu.

Sampai jek turn aku, aku tunjuk booking details dari phone jek. Malas nak print2. Staff tu mintak IC aku & settlekan check-in.

Nasib baik aku bgtau nak katil King. Sebab untuk bilik Studio Suite, akan dapat samada 1 katil King atau 2 Double Bed. Takkan Aina nak kena tido tengah2 katil double bed yang disambungkan?

Kalo bilik katil King penuh, tak dapat laa. Aina ada kat situ. Aku letak atas counter. Maybe sebab dia tengok ada budak kecik, dia check & bagi tahu ada kosong.

Sebelum aku, ada jgk akak preggy ni check in. Tapi dia ckp nak katil King, staff ckp dah habis. Pastu dia bgtahu ada budak kecik jugak, baru staff tu bagi bilik King. Ikut nasib laa kot.

gold coast morib

Nasib baik aku dapat bilik 3357. Nak tahu kenapa aku happy? Sebab..

3- No. blok tempat kita stay

3- Tingkat

57- No. bilik

 

Blok 3 adalah blok yang sama dengan lobby tempat check-in & pintu masuk ke water theme park. Jadi, aku just naik lif ke bilik. Tak payah keluar lobby & pergi blok lain. Tak jauh pun blok-blok lain tue. Tapi untuk aku yang preggy ni takde laa sesak sangat nak jalan bawak Aina.

Kalo mandi pun bole pakai baju basahan dari bilik > Turun lif p mandi theme park > Tak yah tukar baju> Naik lif ke bilik.

Tak payah susah2 sewa locker untuk bawak baju kering & towel. Kih Kih Kih.

Tips: Kalo korg p sana, mintak nak katil King & blok 3 yea.

 

gold coast morib DSCN4558

DSCN4573

gold coast morib DSCN4561

    

Lepas kitorg dah terkejut2 happy masuk dalam bilik yang best nih, rehat2 jap sambil usik barang itu ini. Bukak tingkap dari toilet ke katil. Waah! Mesti jakun2 dulu. Hehehe.

Dah settle semua, dalam pukul 4pm, kitorg turun pergi makan ‘tengahari’ kat Pantai Morib. Dekat jek dengan resort ni. Banyak pilihan makanan jugak. Nyum nyum nyum..

Balik jek resort, terus pergi mandi kat water theme park. Pakaikan Aina baju mandi baru dengan gambar Hello Kitty kesukaan dia. Hihihi.

DSCN4579 DSCN4582 DSCN4581

gold coast morib theme parkPemandangan theme park dari koridor depan bilik kitorg

 

Kali ni Aina mandi dengan sangat gembira sebab air tak berapa sejuk. Melompat2 dia dalam air. Dah berani pulak jalan sendiri dalam air tanpa pegang tangan kitorg. 1st time aku dapat tengok Aina mandi dengan seronok & tak takut air.

Malam ni nak sambut birthday kat buffet dinner yang termasuk dalam pakej ni.

Apa cer?

Bersambung… ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...