Thursday, May 23, 2013

Pengalaman Bersalin Baby Muhammad Hadi [Final Part]

 

Bersambung dari Part III

 

Entri ini dijanjikan dengan gambar hotel ward tempat aku tinggal sebagai pesakit yang ambik FPP. Apa maksud FPP? Cari kat entri2 aku yang lepas kay. Bermula dari entri Hosp Bersalin Area Selangor & KL Part III

Sabtu 11.05.13

7.30 am

Pagi2 lagi hubby dah keluar p turun bawah beli makanan dia kat cafe. Hehehe. Dah beberapa hari dia beli makanan kat situ dan turut berasa kagum dengan makanan2 bungkus nyer. Sedap katanya & dia enjoy jek makan.

IMG_1522IMG_1523 

Percaya tak? Ni jek satu2 nyer menu kat Hosp Putrajaya ni yang aku tak makan? Baked bean memang aku kurang gemar. Pendek kata memang aku tak makan laa. So, aku just buat air coklat yang diberi jek laa. Tak makan pun. Membazir jek kan? Nasib hubby ada beli pau kacang sedap dari cafe tadi. Kenyang laa jugak aku pagi ni.

9.00 am

Terdengar suara Doc Azmi datang dengan nurse2. Masa tu aku tengah menyusu baby. Doc Azmi cakap dia pergi check bilik lain. Dia suruh menyusukan baby dulu. Bagus kan?

Lepas 10 minit, Doc Azmi & nurse datang. Ngeri jek aku bila diorg nak check tempat c-zer. Aku ni kan penakut. Pastu dia cakap nak bukak pelekat yang ada kat tempat c-zer tu. Lagi laa aku ngeri.

Masa bukak pelekat tu, rasa sakit sikit jek. Macam letak handyplast kat kulit, pastu bukak. Tapi tak laa sakit sangat. Still leh tahan. Bukan nak takutkan. Jangan korg ngeri pulak, OK?

Lepas bukak pelekat, Doc Azmi cakap nak spray macam antiseptic kot. Aku pun tak tau. Bentuk botol tu macam spray nyamuk. Kakaka. Tapi sejuk jek rasa. Sebelum spray, Doc suruh aku tutup mata dulu, risau spray tu masuk mata laa kut?

Dan2 jek dah spray, Doc Azmi keluarkan cermin tah dari mana. Dia letak cermin kat atas perut aku. Cermin tu besar macam buku tulis sekolah tu. Dia halakan ke muka aku & terus cakap..

Cuba awak tengok jahitan c-zer..

Aku terus jerit & pandang arah lain. Eh! Eh! Doktor!! Saya tak nak tengok! Abang! Abang tengok lah yer! Saya ngeri. Tak sanggup tengok!

Tergezut Doc Azmi. Terus dia tak hala cermin tu arah aku lagi. Kakaka. Nurse situ sumer sengih2 jek laa. Dia terangkan kat hubby aku apa tah. Aku tak tau aku tutup telinga tak time tu. AKu memang cepat ngeri. Dengar luka jek pun aku dah rasa berdenyut2 taw. Huhuhu..

Dah terangkan segala benda. Doc Azmi bagitahu boleh makan macam masa pantang normal yang 1st dulu. Tambah dengan menu ikan haruan & gamat jek. Pastu Doc Azmi minta maaf lagi sekali pasal kitorg kena tolak ke hulu ke hilir masa datang Hosp Putrajaya untuk bersalin kelmarin. Padahal bukan kena tolak memana pun. Aku yang silap bagitahu nurse kat Dewan Bersalin. Hihii.

Bagus jek layanan Doc Azmi kan? Hubby aku memang cakap, next baby kita pilih FPP Doc Azmi lagi. Haa?

Next?

Lagi 3 years.. Hehhee Insya Allah!

10.00 am

Nurse datang & mandikan baby. Aku lepak2 tengok TV. Hubby pulak tolong kemas2 beg.

Dia pergi ke kaunter depan & bagitahu nurse pukul berapa boleh check out? Nurse suruh settlekan bayaran bil kat bawah dulu.

 DSCN4678DSCN4679

Gambar baby lebih handsome selepas mandi..

11.00 am

Sementara tunggu masa nak keluar, aku sambung tido dulu untuk ganti tidur malam tadi yang tak pernah cukup. Hehhe. Hubby yang kena jaga baby.

 IMG_1527 IMG_1528

Hehhe. Untuk bilik single, ada sofa bed yang disediakan. Memang selesa jek laa. Tuu.. tengok atas tu. Hubby aku siap tido2 lagi sambil pegang baby. Bantal nursing memang sangat2 membantu. Kalo tak memang jenuh nak menyusu baby. Ke sana sini aku sorong bantal nursing tu. Sejak tima Aina dulu, kalo menyusu dalam kereta pun pakai. Mummy tak sakit pinggang, baby pun selesa jek.

12.00 pm

Makanan tengahari pun sampai. Hahha. Sempat lagi aku menikmati makanan sedap di sini..

IMG_1531IMG_1532  Yummy.. Bubur + Ayam + Sawi (Tak pahit)

12.30 pm

Mak Guard datang & suruh sign borang pelepasan untuk rekod. Dia check tag kat aku & baby sama tak.

Nurse datang & bagi ubat2 termasuk buku rekod kesihatan baby & borang untuk daftar sijil beranak.

IMG_1530

1.00 pm

Yeay! Dah berjaya mengeluarkan diri dari hospital. Jalan slow2 yea kawan2. Baru lepas c-zer, jangan nak dok berlari pulak. Kui Kui kui..

*****************

Jeng jeng jeng..

Mempersembahkan..

Bilik Single Ward Eksekutif 5A Putrajaya

wad 5A putrajaya

Pintu Gerbang

IMG_1536Karpet merah biru ke bilik

IMG_1534Pintu Masuk Bilik 12A

DSCN4673Name Tag

DSCN4671Aksesori Bilik

 

wad single putrajaya FPPKelebihan bilik single berbanding bilik 2 orang yang aku masuk semalam:

- Fridge (Kat bawah tv tu)

- Sofa bed

- 2 Kerusi tambahan untuk tetamu (Tepi tingkap tu)

- Toilet sendiri dalam bilik (Lebih privacy)

DSCN4667 DSCN4668

 

DSCN4675

DSCN4674
Panduan Kemasukan Ke Wad

DSCN4687
Toilet pintu kiri. Pintu masuk yang straight tu

DSCN4690 DSCN4689

Pemandangan dari bilik aku sangat indah yea..

DSCN4692 DSCN4693
DSCN4696 DSCN4695
DSCN4694 DSCN4697

Info tambahan untuk waktu melawat

IMG_1539

Waah! Akhirnya settle jugak entri beranak yang tak habis2 nie kan?

Jenuh nak menaip.

Korang jangan pulak jenuh membaca.

C ya!!

Saturday, May 18, 2013

Pengalaman Bersalin Baby Muhammad Hadi [Part III]

 

Sambung dari sana..

mknn hosp putrajaya

Entri ni dimulakan dengan makan malam aku yang disediakan lebih kurang pukul 6 petang. Time ni aku nak bangun dari katil pun tak larat lagi. Hubby yang suapkan. Makanan yang disediakan adalah makanan pantang. So, menu western memang hubby aku tak benarkan untuk pilih laa. Prob nyer, aku dapat bubur nasi berlauk sup ikan. Makanan yang paling aku suka tidak gemar! Even bubur Mc D pun aku tak makan, inikan bubur hospital pulak? Sup ikan pulak tu! Mana aku suka! Haa.. tengok tu. TAK BERSYUKUR! Hubby aku sengih2 sebab dia tahu aku mesti takkan habis nyer semangkuk bubur tu. Bagi laa bubur durian ke, bubur cha cha ker. Memang feveret aku laa. Huhuu..

Hubby suap jek, aku terus muntah makan dengan lahap nyer. Mak oi! Sedap nyer! Naper tak pernah org bagi aku makan bubur nasi sedap cenggini? Pelik kan? Aku telah berjaya menghabiskan semangkuk penuh bubur tu. Wa cakap sama lu! Hubby aku pun aneh jugak. Kui kui kui. Bukan sebab kelaparan jek. Tapi memang betul2 sedap. Ni yang best stay kat hospital ni. Ada makanan yang boleh dimakan! Ahaks.

Kan aku dok kat bilik 2 orang. Roomate aku tu pulak preggy anak 1st. Malam tu nak tidur memang kesian kat dia. Anak aku nangis2 nak susu. Aku pulak nak breastfeed bangun slow2 hubby tegakkan katil tu. Nasib katil tu auto. Mesti org tu tak selesa nk tido sbb baby aku nangis2. Hubby aku & hubby dia dapat teman sepanjang malam. Cian dorg tak dapat tido lena kan. Sebab tu aku tak nak bilik kongsi. Bukan sebab privacy jek, tapi benda2 camni laa yang aku nak elakkan. Kalo aku kat tmpt dia pun tension kot. Dah laa perut sakit contraction. Tak dapat tido lak tu. Bertambah2 laa sakit dibuat nyer.

Malam tu lepas Doc Azmi datang check condition aku, nurse bukak tiub kencing aku. Dia cakap kena try bangun tengah mlm ni untuk p toilet sendiri dibantu hubby. Terkejut jugak aku. Baru c-zer tgahari tadi, kena bukak tiub kencing dah? Waa… Ngeri jek laa. Aku ckp kat nurse, try tanya Doc Azmi balik. Nurse datang semula & bagitahu Doc Azmi suruh bukak supaya kaki tak kejang & darah mengalir lancar dalam badan. Dia suruh bangun slow2 & jangan pergi toilet sendiri. Kena hubby tolong atau tekan button panggil nurse datang. OK laa. Kalo Doc Azmi cakap cenggitue, aku yakin ada sebab nyer. So aku pasrah jek laa. Bukak tiub kencing tak rasa apa pun. Maybe sebab bius still ada. Hik hik hik.

Tengah malam tu memang ada rasa nak p toilet, Kejut hubby. Dia papah aku slow2 p toilet sebelah katil aku. Nasib baik dekat jek.

Berjaya!!

Jumaat 10.05.13

7.30 am

Pagi2 aku dihidangkan dengan makanan. Bubur nasi lagi? Yeay!!

  IMG_1508IMG_1507

Hubby lap badan aku & suap aku makanan. Dia siapkan aku cepat2 sebab nak balik KL ambik barang2 pakaian dia. Lagipun hari ni Jumaat. Dia solat kat Keramat jek laa. Petang baru dia datang jumpa aku balik. Huhuhu. Sedey aku berjauhan dangan dia. Ahaks.

9.00 am

Doktor handsome yang ada kat OT semalam datang check baby. Waah!

Baru nak sedih ditinggalkan hubby. Hehehe. Dia datang & check badan baby & nadi semua bagai. Pastu siap sign lagi kat dalam buku kesihatan baby aku. Waah! Nakal kan aku nih?

9.30 am

Ada sorang akak nurse datang. Dia cakap nak check pendengaran baby.

Huh?

Memang ada procedure cenggini yek? Aku pun tak tahu. Sebab masa time Aina dulu, aku kat HDU & Aina kat NICU. So, maybe nurse sana ada buat laa kot? Aku pun benarkan jek laa sambil curi2 ambik gambar. Kakaka.

IMG_1510 IMG_1511
IMG_1509 hearing test putrajaya

Gambar yang last tu boleh nampak kat laptop tulis Left Ear kan? Graf tu akan bergerak dari bawah ke atas sampai ke bahagian kaler hijau. Tu maksud nyer telinga baby OK.

Alhamdulillah. Nurse check & bagitau yang kedua2 telinga baby takde masalah. Pastu dia tulis2 result kat dalam buku baby jugak.

10.15 am

Nurse datang & mandikan baby. Pastu nurse lain ada jugak datang & bawak baby untuk bagi BCG pulak. Pastu kitorg tidur sama2 berehat2 gitue.

IMG_1514

Ni gambar drip yang doc bius buatkan masa kat OT

12.00 pm

Ini dinamakan sesi makan-tido, makan-tido.

Lepas syok2 tido siang dengan baby, makanan tengahari sampai. Apa lagi? Kelam kabut aku bangun p check makanan.

Waah!

Bubur nasi lagi? Bosan Best nyer!

IMG_1515

IMG_1516

Burrp!

Habis jugak? Tak macam raksasa ke aku ni? Kakakaa..

Doc Azmi & the gang datang. Dia lawat2 & tanya khabar. Dia bgtau yang aku dah boleh keluar esok.

Yeah!

Super Frenzy!

Pastu sambung tido lagi.

Zzz..

4.00 pm

Tetiba nurse datang & bagitahu yang aku dapat pindah bilik single.

Waaah!!

Aku kemas barang2 sumer & sorang nurse tolong bawak barang ke bilik baru. Sorang lagi nurse pulak tolong tolak baby cot. Aku lenggang2 laa masuk bilik baru. Kekeke.

Bilik ni sebaris jek ngan bilik 2 orang tadi.

Ada 3 jek bilik single. Aku dapat bilik 12A.

IMG_1521 IMG_1520

5.30 pm

Hubby sampai. Risau jugak aku kalo otw datang tu jalan jem. Sebab ni kan time balik kerja. Tapi dia bagitahu OK jek jalan. Hehehe.

8.00 pm

Makan & makan lagi!!

IMG_1519 Terlupa bukak bekas lauk. Tu lauk ayam yang mmg sedap marvelous! Ubat belang2 sebelah bubur tu ubat tahan sakit. Buah oren sangat manis & anggur sedap. Seedless lagi!

Bersambung Part Terakhir..

Ada banyak lagi gambar dalam ward yang akan aku masukkan dalam n3 akan datang.

Tunggu..

Wednesday, May 15, 2013

Pengalaman bersalin baby Muhammad Hadi [Part II]

 

Bersambung dari entri Pengalaman bersalin baby Muhammad Hadi.

Khamis 09.05.13

11.15 am

Lepas sign surat kebenaran bius2 tu, aku ditolak masuk ke OT. Sebelum tu aku mintak ampun maaf kat hubby atas semua salah silap & perangai raksasa udang aku. Dia maafkan & cakap semuanya akan OK & senyum2 buat muka ala2 happy gitue. Padahal aku tahu dia pun cuak2 ngeri jugak. Kekekee.

Walaupun aku patient FPP, itu untuk pilih doktor pakar & dapat duduk ward eksekutif jek. Bila beranak, kena beranak kat dewan bersalin macam semua orang. Jadi, hubby tak boleh teman laa. Jangan korg ingat hubby leh masuk kalo c-zer kat hospital kerajaan pulak yea.

Masa masuk dalam OT, tahap kesejukan memang kritikal. Tak boleh digambarkan pakai baju nipis sehelai tu dengan duduk kat kutub utara. Rasa macam polar bear pun ada. Hahahaa.

Aku diletakkan kat bawah lampu besar bulat yang kita tengok dalam tv tu. Sebijik! Bila diorg ‘on’ jek lampu tu, memang terang sangat. Sambil tu nurse semua tolong siap2kan aku. Letak blanket atas badan aku supaya tak sejuk. Prob nyer.. still sejuk jugaak!

Masa tu aku dah start fikir macam2. Aku fikir kenapa lah aku pilih nak c-zer? Ngeri nyer! Naper aku boleh mengandung? Boleh tak nak cancel beranak & buat lain kali? Boleh tak bius aku satu badan supaya aku tak payah fikir pelik2? Memang takut bila hubby takde kat sebelah & kita sorg2 dlm OT tak kenal sesaper pun.

Jarum kat tangan kanan aku pulak tetiba terbukak. Doc bius tu bising siapa laa yang tak pandai pasang kat aku. Time tu aku biar jek laa diorg bukak2 jarum tangan kanan tu & doc bius masukkan jarum baru kat sebelah kiri. Nurse pulak dok pasang2 tiang kat kiri kanan katil aku untuk letak tirai supaya aku tak nampak masa operate nanti.

Jangan lupa yea.. aku nye sakit contraction tu still ada tau. Punya lah aku berdoa sepanjang masa supaya masa doktor nak bius nanti, takde contraction. Kalo tak mana aku leh dok diam masa dia cucuk belakang aku nanti. Bahaya sehh kalo gerak2..

Pastu doktor bius tadi suruh aku duduk dibantu oleh 2 nurse kiri kanan aku untuk tolong aku bangun. Dia bagitahu yang dia nak bius kat belakang aku & suruh luruskan kaki melunjur ke depan & peluk bantal yang diberi.

Alhamdulillah.

Doktor bius tu cucuk memang tak sakit & takde contraction pun time tu. Happy jugak aku masa tu bila dia cakap dah siap & boleh baring semula.

Masa dah settle down baring dengan selesa, aku terdengar suara Doc Azmi. Hah! doktor dah sampai! Jap agi nak c-zer dah. Macam mana laa agak nyer yea?

Bila Doc Azmi cakap smua dah bersedia? Kita nak mulakan procedure sekarang. Aku terus berdoa & nampak pulak reflection perut aku kat lampu besar atas tu. Waa.. ngeri nyer! Dah laa aku takut darah!

Aku pandang kiri aku, ada nurse tengah duduk jek sambil perhatikan aku. Maybe dia takut aku pengsan terus kot. Sama macam masa aku jahit 3rd degree time Aina dulu. Ada doc bius yang perhatikan aku sepanjang kat OT tu. Kanan takde orang. So, aku pandang jek sebelah kanan sepanjang masa. Risau aku nak tengok. Pastu diorg tinggikan lagi tirai. Aku tengok, Alamak! Still nampak sket2. Takde makna nyer aku nak pandang atas lagi. Hahaha..

Doc Azmi cakap nak test aku. Dia tanya aku leh gerakkan kaki x? Aku cakap tak. Dia buat apa tah. Aku cakap tak rasa apa2. So, kiranya bius tu dah berjalan lancar laa kan. Risau gak aku.

Dia baca Bismillah kuat2 & aku tahu laa yang projek X dah bermula. Masa tu aku fikir cepat laa semua ni settle. Aku tengah sejuk sangat nih! Menggigil2 aku. Tangan menggeletar jek sepanjang masa. Aku tutup2 mata jap2 sbb rasa ngantuk sket. Tapi bangun balik perhati kanan kiri.

Masa tu ada nurse & doktor2 lain tengah cakap2. Aku pun tak berapa dengar. Tapi ada nurse yang panggil doc bius tu Ustaz. Haa.. Kan betul aku fikir masa tengah sign tadi. Doc tu ada muka ala2 ustaz gitue. Tenang sikit jiwa raga aku nih.

11.37 am

Tak berapa lama pastu, doc bius tu berdiri belakang kepala aku. Dia cakap. Haa. Siti Khatijah, sekarang doktor tengah keluarkan baby kamu. Aku dapat rasa perut aku bergoyang2 & ada orang tekan sikit atas perut aku. Rasa pressure kat perut jek, tapi tak sakit pun laa.

Aku cakap la.. Naper saya tak dengar suara baby pun? Doc bius cakap. Belum. Baru kepala dia jek keluar. Belum satu badan lagi. Pastu baru aku dengar bunyi baby nangis. Aku time tu dah happy sangat. Tetiba bunyi tu makin jauh. Makin jauh. Laa.. Dorg p bersihkan dulu laa kot. Huhuhu.. Tak dapat jumpa baby lagi ker.

Masa tu aku tahu Doc Azmi & da geng tengah jahit jelujur halus ke insang pari tah kat perut aku. Kakkaa.. Aku tunggu jek mana baby aku tak sampai lagi nih? Tapi terfikir jugak. Masa aku blog walking dulu, ada jgk blogger yang bagitahu pengalaman dia bersalin c-zer. Masa nak keluarkan baby, dia rasa bawah badan dia basah dek air ketuban. Tapi aku takde rasa basah pun? Macam mana tah Doc Azmi keluarkan baby tanpa air ketuban aku pecah kan? Wallahualam.

Tetiba dengar suara kuat baby aku lagi sekali. Kali ni baby dibawa jumpa aku terus. Masa nurse tunjuk baby, terus aku ucapkan Assalammualaikum kat baby. Nurse tunjuk be-bird baby kat aku, suruh cakap baby apa. Aku cakap baby boy!Pastu baru dia tunjuk muka. Hihihi. Happy sangat. Tapi nurse bukak kain bhgn badan dia, dia tunjuk ada bintik2 kecik. Nurse cakap nanti paediatrician akan check baby aku dulu.

Lepas sesi jahit menjahit, Doc Azmi berdiri kat sebelah aku & bagitau. Siti Khatijah, operation tadi semua berjalan lancar. Kamu menggeletar sejuk kan? Bilik operation memang macam ni. Sekarang nurse akan bawak kamu ke tempat pemulihan. Kat situ ada warmer & awak akan rasa selesa jek. Aku terus ucapkan terima kasih berkali2 kat Doc Azmi. Happy aku dengan layanan dia.

Kat tempat pemulihan tu memang dah tak menggeletar pun. Best jek. Tapi sekejap pastu aku terus dibawa naik ke ward. Aku mmg dapat stay kat ward eksekutif. Cuma sebilik 2 org. Bilik single penuh. Ala.. tak best nyer. Aku harap dapat tukar ke bilik single ASAP. Tapi sebab rasa ngantuk2 ubat lagi, aku tak kisah jek la. Hubby ada jugak kat ward. Dia dah azan baby & hantar barang2 aku naik atas. Seronok jek muka dia.

 

Bersambung lagi laa yea. Penat den menaip :)

 

IMG_1505  IMG_1500
IMG_1497  IMG_1503 

Muhammad Hadi Bin Mohd Fairuz

p/s: Lagi gambar2 menarik dalam entri seterus nyer..

Saturday, May 11, 2013

Pengalaman bersalin baby Muhammad Hadi

 

Korang mesti tertanya2 lepas baca entri yang lepas kan? Hehehe..

Khamis 09.05.13

10.00 am

Sampai Hosp Putrajaya lebih kurang pukul 10am. Hubby terus hantar ke Dewan Bersalin yang kat atas bukit tu.

Aku bg tahu kat staff situ yang aku nak daftar masuk ward (Seperti yg Doc Azmi suruh masa jumpa last week). Dia suruh pergi kat lobby utama, naik lif & daftar kat Ward 5A untuk patient FPP.

Aku terus call hubby yang sibuk mencari parking yang dah tentu penuh tue. Dia patah balik & jemput aku untuk ke lobby.

Sampai lobby, aku terus kol Doc Azmi. Tapi takde line Digi pulak kat sana. Kejap OK kejap tak. Try jugak kol banyak kali sebab rasanya Doc Azmi ada kat Klinik O&G kat situ. Boleh direct tanya dia nak pergi ward dulu ke, pergi beranak dulu, baru masuk ward. Masa tu fikiran dah kacau bilau & tak dapat fikir sorang2 memandangkan hubby meneruskan perjuangan mencari parking lagi.

Last2 nampak hubby datang. Aku bagi tahu yang aku still tak dapat kol Doc Azmi sebab takde line. Nak menapak ke depan sikit keluar lobby pun aku rasa tak larat memandangkan perut aku bertambah2 laah sakit nyer.

Hubby ambik phone aku & try kol Doc Azmi lagi kat luar lobby. Aku dok menahan perut sorg2 kat situ sambil wat muka macam biasa. Kang aku wat muka tahan sakit, berlari pulak patient2 lain yang ada kat situ. Mesti diorg ngeri + kesian kat aku kan? Hehehe. Teror jugak aku berlakon yea..

Bila hubby dah kol, dia bgtahu yg Doc Azmi suruh masuk jek kat Klinik O&G dan tunggu depan bilik dia.

Apa lagi?

 

Mencanak laa kitorg jalan p bilik dia & bgtahu pembantu dia yang aku ada call Doc Azmi tadi, bgtahu yang aku sakit perut sangat.

Pembantu dia suruh tunggu jap sbb Doc Azmi tengah ada patient.

Aku sengih2 laa tahan sakit lagi sambil tengok akak2 pregnent lain yang tengah beratur nak ambik sample urine kat situ. Hehee.

Tetiba Doc Azmi panggil masuk.

Aku terus bagitahu yang perut aku sakit dari malam tadi. Paling kuat sakit pukul 4am sampai sekarang. Dia cakap, memang boleh operate laa hari ni memandangkan aku dah 37 weeks.

Doc Azmi tanya, kenapa staff kat Dewan Bersalin tadi bagitahu suruh datang lobby dulu? Naper diorang tak check aku? Tahu tak siapa nama staff yang suruh aku p lobby?

Aku bagitahu yg aku tak tengok pun nama nyer. Aku cakap aku nak daftar wad, maybe sebab tu dia suruh patah balik p lobby. Pastu muka aku kan sweet manis jek macam tak sakit perut. Mana laa staff tu nak tahu aku nak beranak ke, apa ke.

Doc Azmi kol balik Dewan Bersalin & tanya siapa yang suruh aku datang lobby. Semua tak mengaku kata nyer. Memang dia marah betul sebab suruh patient ke hulu ke hilir. Waah? Aku rasa bagai puteri raja pulak dengan layanan Doc Azmi macam nih? Dia tak suka org buat kerja macam tu. Kekee. Aku rasa bukan silap staff, tapi aku yg ngengada cakap nak daftar wad. Bagi laa tahu perut sakit rasa nak beranak. Mesti diorg terus check aku kan? Tak boleh laa nak salahkan pihak hospital. Sorry yea.. My Bad… ;)

Anyway..

Doc Azmi mintak maaf kat aku bagi pihak staff tu & mintak nurse tolong ambik wheelchair & hantar aku ke Dewan Bersalin ikut laluan ‘dalam’ a.k.a laluan staff. Hubby pun dapat ikut aku sekali & tak payah p keluar & masuk ikut laluan biasa sebab Doc Azmi tak nak kitorg diusung sana sini lagi. Waah? Lagi sekali aku happy. Sakit perut pun boleh hilang tau kalo dapat doktor yang perihatin macam nih.

 

 

10.45 am

Nurse hantar kitorg naik ke dewan bersalin & bila sampai jek, hubby kena tunggu kat luar. Aku duduk laa & tak tahu nak kena tunggu apa. Staff yang aku jumpa pagi tadi pun aku tak ingat muka.

Tetiba ada 2 orang student perempuan tengah interview 2 orang kakak preggy pasal history pregnancy diorg sambil tulis2 kat buku nota. Aku dengar jek laa.

Pastu salah sorg dari student tu dok sebelah aku & tanya aku tengah tunggu check up ker. Aku bagi tahu laa yang aku sakit perut pagi tadi & tak tahu nak beranak ke, sakit perut biasa jek.

Dia tanya history beranak aku yang dulu & sekarang. Aku citer laa A-Z. Pastu ada staff lain bagi tahu yang aku patient Doc Azmi. Terkejut student tu. Aku rasa kalo FPP patient memang tak boleh kena ganggu kot. Sbb doc yang boleh check aku hanya Doc Azmi atau 3 doc FPP yang lain.. Orang lain tak boleh usik aku. Terus dia minta maaf kat aku. Aku bagitahu student tu, takper. Tanya jek laa. Sebab budak tu nak belajar kot? Aku tak kisah. Bukan luak pun kalo tolong diorg kan.

 

11.00 am

Ada sorg doc Chinese lelaki tolong masukkan jarum kat tangan kanan aku. Time ni aku dah bersedia. Memang nak kena operate dah jap agi nih. Aku dah ngeri2 ayam.

Nurse panggil masuk bilik untuk tukar pakaian. Dia bagi baju putih yang tutup depan, belakang terbukak tue. Semua barang kemas memang dah tak pakai. Siap pakai baju, nurse suruh baring kat katil. Aku tanya laa nak buat apa. Dia nak kena cukur sikit area sana sebab itu procedure untuk c-zer. Wawawa.. dapat pulak tukang cukur free pepagi buta ni yek. Pastu dia cakap nak masukkan tiub air kencing.

Huh?

Aku bagitahu nurse, boleh tak tiub air kencing tu tak payah masukkan. Aku takut sakit laa. Huhuhu.

Nurse cakap ni pun procedure jugak. Sakit sikit jek katanya. Aku pasrah jek laa. Best thing is.. aku tak rasa apa2 pun masa dia masukkan tiub tu. Hehehe. Dia suruh tarik nafas slow2 & tadaa~ SETTLE! Happy laa aku sebab tak sakit pun. Hihiihi..

Pastu hubby datang untuk ambik pakaian aku tadi. Katil aku ditolak ke OT(Operation Theatre) diikuti dengan hubby.

Sampai kat OT, aku dipindah ke katil lain dengan dibantu 3-4 orang staff. Sejuk gilerr tempat nih. Ada pulak sorg doc lelaki ni handsome mak aii! Sempat lagi cuci mata tuh! Kakaka. Ada sorg doc lelaki berjanggut datang. Muka dia macam ustaz2 jugak. Dia perkenalkan diri sebagai doc bius & terangkan kat aku pasal bius. Dia bagitahu yang aku akan dibius half-body. Jadi akan kebas dari pinggang ke bawah. Bius tu untuk 3-4 jam. Operation makan masa 1-2 jam jek. Bius untuk tahan sakit pulak tahan 24jam. Kena sign surat kebenaran tu dalam keadaan aku baring. Sempat lagi aku bagitahu yang sign aku tak cantik sebab sign sambil baring & tempat tu sejuk. Takpe ker? Doc cakap takpe sambil senyum2. Aku takut tak valid pulak.

 

Bersambung lagi. Hehehe..

Thursday, May 9, 2013

2nd Baby In Tummy : Dah Nak Bersalin Ker?

 

Last week dah jumpa Doc Azmi. Check entri ni.

Set tarikh c-zer 24 May 2013 Jumaat.

Tengah malam tadi aku rasa macam sakit perut. Maybe angin jek kot. Aku pun pergi makan panadol & ubat angin.

Selalu nyer kalo dah makan ubat, mesti aku terus sihat jek. Tapi pukul 4 am dah rasa makin sakit pulak perut. Memulas2 laa pulak. Pelik nyer. Bila check masa, macam setiap 5 minit, sakit.

 

Eh?

Takkan nak beranak pulak kot?

Hari ni baru jek genap 37weeks. Aku patut c-zer lagi 2 weeks.

Aina lahir dulu pun kena induce sebab 40 weeks still tak rasa sakit & takde pecah air ketuban pun. Baca entri Pengalaman Bersalin Nur Aina dulu.

Masa nak dekat subuh tu aku bagi tahu hubby yang perut aku sakit makin kerap.

Dia pun dah ngeri sebab kitorg tak pack satu benda pun untuk beg hospital aku, beg baby & beg pakaian Aina.

 

Waa…

Pagi tu aku tanya hubby. Maybe kejap jek kot sakit. Larat lagi pergi kerja ni. Aku confirm bukan sebab contraction. Hehhe.

Sebab masa induce dulu, sakit contraction memang kerap & sakit dari belakang pinggang sampai ke depan perut.

Kali ni sakit kat abdomen jek. Bawah perut jek. Mesti takde apa2. Aku bagi tahu mak & adik aku, Saniah. Aku cakap yang perut sakit bahagian bawah jek. Adik aku cakap yang masa dia beranak anak ke-2 dia pun, sakit bawah perut jek. Bukan seluruh perut.

Huh?

Hubby cakap. Dah. Tak payah pergi kerja. Dia siapkan baju Aina untuk hantar Aina ke rumah mertua dulu sebelum pergi hospital.

Beg barang baby & beg hospital aku termasuk termos & makanan2 3 in 1 pun baru jek nak kemaskan.

Kakaka..

Kelam kabut macam nak beranak jek gamak nyer!

Memang aku tak jangka akan kena pergi hospital awal macam nih. Sebab tu laa kiotrg tak pack awal2. Lagi pun, hujung minggu ni ada baby expo kat Midvalley. Ada lagi barang baby & baju yang kitorg nak beli lagi.

Takper laa. Hubby suruh pergi hospital, ikut jek laa.

Mesti kena balik rumah jugak tengahari nanti. Hehehe.

 

Sambil tengah tahan sakit perut tu, aku call Doc Azmi.

Aku bagitahu nama aku & cakap yang aku baru jumpa dia untuk check up last week. Tarikh c-zer dah set 24 May, tapi aku rasa perut sakit pulak sekarang.

 

Doc Azmi cakap, suruh datang jek kat hospital. Dia akan check aku.

 

On the way pergi hantar Aina rumah mertua, aku SMS boss & kawan2 aku bagi tahu yang aku tak datang office & terus ke hospital. Diorg sumer pelik sebab aku elok jek kat office semalam. Siap gelak2 gembira dengan sangat kuat & jalan kaki makan kat kafe lagi taw.

Apa pun, aku bagi tahu diorg yang aku akan update dari semasa ke semasa.

 

Lepas hantar Aina, hubby terus pecut ke Hospital Putrajaya.

 

Bersambung…

Sunday, May 5, 2013

PRU- 13

 

IMG_1495

 

Baru lepas mengundi. Dakwat kekal kat jari telunjuk kiri.

Hehehe. Sebab preggy, x payah bratur pun. Pergi depaaan skali.

Kui kui kui.

 

Rezeki x yah berpanas.

Thursday, May 2, 2013

Iron Man 3

 

iron man 3

Kelmarin 30 April 3013 aku adah pergi tengok Iron Man 3 kat Sunway Pyramid lepas balik dari check up FPP Putrajaya.

Semalam Labor Day, aku bawak Aina & anak buah, Ali pergi tengok citer ni lagi sekali kat Cap Square Mall.

Perrghh!!

Plot: 8.5/10 - Jln citer sgt best. Tak semestinyer Hero akan menang sentiasa kan? Sifat ego pun ada dalam diri seorang Hero. Sebab? Iron Man pun manusia jugak. Iron Man banyak menggunakan CGI. Tapi banyak jugak plot yang tidak dijangka & susunan cerita agak mantap.

Watak: 9/10 - Perangai Tony Stark semakin matang berbanding cerita dulu. Perangai kebudak-budakan berkurangan, tetapi unsur kelakar masih banyak & lakonan sangat bersahaja.

Tahap kelakar: 8/10 - Cerita ni dari dulu memang kelakar. Jadi memang tak dinafikan lagi.

Overall: 8.5/10 - Sangat kelakar & tak jemu utk nonton byk kali. Adakah aku akan menonton kali ke-3? Hehehe..

Wednesday, May 1, 2013

2nd Baby in Tummy: Antenatal check-up FPP Putrajaya 30 April 2013

 

Tarikh check-up: 30 April 2013

Semalam aku p check up lagi dengan Doc Azmi. Aku & hubby dah capai kata sepakat untuk bersalin secara c-zer. Haa.. Mesti Doc Azmi tergezuts dengan keputusan aku. Sebelum ni aku yang beria-ia nak beranak normal. **Baca sini** Tapi lepas jumpa Doc Suhaiza kat Hosp Gleneagles **Baca situ**, baru aku tergedik2 ketakutan & nak beranak c-zer bagi mengelakkan penambahan koyakan di sanaa…

As usual, aku sampai jek, hubby drop aku kat Klinik Pakar Hosp Putrajaya & terus mencari parking yang senang susah nak dapat tue.

Pergi daftar, jumpa staff yang sama macam aku datang hari tu. Abang yang buat kerja bagus dengan layanan yang baik tu. Hehehe.

Bagi tahu yang aku nak pergi check-up FPP Doc Azmi, dia mintak buku kuning aku. Bayar RM60 (harga untuk check-up) & pergi ke kaunter O&G.

******

Letak buku merah & tunggu giliran ukur BP & berat. Harap2 tak lama sangat nak tunggu Doc Azmi kali ni. Hihihi.

Tapi aku & hubby check kat white board depan tu, takde pulak nama Doc Azmi yang kerja hari tu. Waa.. Risau nyer aku. Aku dah laa tunggu sangat check-up kali ni untuk bincang pasal elective c-zer tu. Aku tak nak bincang dengan Doc lain. Walaupun diorg akan kasi aku jumpa Doc FPP lain bagi pihak Doc Azmi, aku tak nak! Huhuu..

Tiba2, hubby aku bisik kat aku.

Tuu bukan Doc Azmi ker?

Doc Azmi tengah jalan depan aku bersama2 dengan beberapa orang pegawai lain sambil bincang2.

Waa.. Doc Azmi ada, tapi dia kena wat hal lain pulak ker? Sedih nyer…

******

Masa aku p toilet untuk check urine pulak, aku tanya staff nurse kat situ. Doc Azmi bertugas tak hari ni?

Nurse bagi tahu Doc Azmi ada, tapi dia kena buat akreditasi. Jadi belum tentu dia ada untuk check patient dia hari ni. Huhuu.. Sadis..

Aku berdoa sangat2 supaya Doc Azmi sempat datang untuk check aku.

******

Tunggu 10 minit lepas tu, tetiba nurse announce. Sesiapa patient FPP under Doc Azmi, boleh masuk terus sekarang. Tunggu kat dalam (Area aku p toilet ambik urine tadi). Hehehe. Dah nampak kelibat Doc Azmi dalam bilik tu. Dia tengah siap2kan bilik dia & cakap kat nurse yang dia nak minum jap. Cian dia tak sempat breakfast kut tadi.

Alhamdulillah! Happy aku & hubby!

Tak sampai 5 minit, aku dipanggil untuk jumpa Doc.

Aku bagitahu dia yang aku nak c-zer.

Seperti dijangka, dia tergezuts.

Aku bagitahu yang aku dah fikir masak2 & dah tanya pandangan Doc kat Gleneagles, aku pilih c-zer. Doc Azmi cakap, kalo aku setuju, hubby setuju, dia tiada masalah untuk teruskan dengan pilihan aku.

Huh! Legaa aku!

Sebab hospital gov selalunyer akan cuba elakkan c-zer. Diorg pentingkan beranak semulajadi/normal. Tapi dalam kes macam aku, ngeri nak lalui koyak2 creepy tu. Nasib baik aku under FPP & Doc Azmi pun ada history yang baik (korg Google sendiri yeh) dalam bab2 jahit-menjahit ni. Ramai yang cakap jahitan nyer kemas.

Jadi, Doc Azmi tanya tarikh yang aku nak. Dia nak c-zer masa 38weeks. Aku due 30 May 2013. Kalo 38weeks, tengah bulan. Nombor tak cantik. Tak nak lah. Aku nak 39weeks hari Jumaat 24 May 2013 (bersamaan Hari Wesak).

Hehehe. Dia terus call Operation Theatre (OT) dan bagi tahu nama penuh aku & nak booking tarikh 24 May 2013 untuk c-zer. Kalo korg tengok cara dia buat kerja, sangat professional & cekap jek.

 

Insya Allah, ini plan yang Doc Azmi bagi:

  • Daftar kat Wad 5A pada 24 May 2013 pukul 8 pagi
  • Breakfast & start puasa dari pukul 9 pagi ~ 3 petang
  • 3 petang c-zer

Setakat ni, kitorg puas hati dengan memilih Doc Azmi untuk bersalinkan 2nd baby ni.

Next check-up: Tiada

Tarikh beranak: 24 May 2013

 

:) Yeay!! Syukur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...