Saturday, May 11, 2013

Pengalaman bersalin baby Muhammad Hadi

 

Korang mesti tertanya2 lepas baca entri yang lepas kan? Hehehe..

Khamis 09.05.13

10.00 am

Sampai Hosp Putrajaya lebih kurang pukul 10am. Hubby terus hantar ke Dewan Bersalin yang kat atas bukit tu.

Aku bg tahu kat staff situ yang aku nak daftar masuk ward (Seperti yg Doc Azmi suruh masa jumpa last week). Dia suruh pergi kat lobby utama, naik lif & daftar kat Ward 5A untuk patient FPP.

Aku terus call hubby yang sibuk mencari parking yang dah tentu penuh tue. Dia patah balik & jemput aku untuk ke lobby.

Sampai lobby, aku terus kol Doc Azmi. Tapi takde line Digi pulak kat sana. Kejap OK kejap tak. Try jugak kol banyak kali sebab rasanya Doc Azmi ada kat Klinik O&G kat situ. Boleh direct tanya dia nak pergi ward dulu ke, pergi beranak dulu, baru masuk ward. Masa tu fikiran dah kacau bilau & tak dapat fikir sorang2 memandangkan hubby meneruskan perjuangan mencari parking lagi.

Last2 nampak hubby datang. Aku bagi tahu yang aku still tak dapat kol Doc Azmi sebab takde line. Nak menapak ke depan sikit keluar lobby pun aku rasa tak larat memandangkan perut aku bertambah2 laah sakit nyer.

Hubby ambik phone aku & try kol Doc Azmi lagi kat luar lobby. Aku dok menahan perut sorg2 kat situ sambil wat muka macam biasa. Kang aku wat muka tahan sakit, berlari pulak patient2 lain yang ada kat situ. Mesti diorg ngeri + kesian kat aku kan? Hehehe. Teror jugak aku berlakon yea..

Bila hubby dah kol, dia bgtahu yg Doc Azmi suruh masuk jek kat Klinik O&G dan tunggu depan bilik dia.

Apa lagi?

 

Mencanak laa kitorg jalan p bilik dia & bgtahu pembantu dia yang aku ada call Doc Azmi tadi, bgtahu yang aku sakit perut sangat.

Pembantu dia suruh tunggu jap sbb Doc Azmi tengah ada patient.

Aku sengih2 laa tahan sakit lagi sambil tengok akak2 pregnent lain yang tengah beratur nak ambik sample urine kat situ. Hehee.

Tetiba Doc Azmi panggil masuk.

Aku terus bagitahu yang perut aku sakit dari malam tadi. Paling kuat sakit pukul 4am sampai sekarang. Dia cakap, memang boleh operate laa hari ni memandangkan aku dah 37 weeks.

Doc Azmi tanya, kenapa staff kat Dewan Bersalin tadi bagitahu suruh datang lobby dulu? Naper diorang tak check aku? Tahu tak siapa nama staff yang suruh aku p lobby?

Aku bagitahu yg aku tak tengok pun nama nyer. Aku cakap aku nak daftar wad, maybe sebab tu dia suruh patah balik p lobby. Pastu muka aku kan sweet manis jek macam tak sakit perut. Mana laa staff tu nak tahu aku nak beranak ke, apa ke.

Doc Azmi kol balik Dewan Bersalin & tanya siapa yang suruh aku datang lobby. Semua tak mengaku kata nyer. Memang dia marah betul sebab suruh patient ke hulu ke hilir. Waah? Aku rasa bagai puteri raja pulak dengan layanan Doc Azmi macam nih? Dia tak suka org buat kerja macam tu. Kekee. Aku rasa bukan silap staff, tapi aku yg ngengada cakap nak daftar wad. Bagi laa tahu perut sakit rasa nak beranak. Mesti diorg terus check aku kan? Tak boleh laa nak salahkan pihak hospital. Sorry yea.. My Bad… ;)

Anyway..

Doc Azmi mintak maaf kat aku bagi pihak staff tu & mintak nurse tolong ambik wheelchair & hantar aku ke Dewan Bersalin ikut laluan ‘dalam’ a.k.a laluan staff. Hubby pun dapat ikut aku sekali & tak payah p keluar & masuk ikut laluan biasa sebab Doc Azmi tak nak kitorg diusung sana sini lagi. Waah? Lagi sekali aku happy. Sakit perut pun boleh hilang tau kalo dapat doktor yang perihatin macam nih.

 

 

10.45 am

Nurse hantar kitorg naik ke dewan bersalin & bila sampai jek, hubby kena tunggu kat luar. Aku duduk laa & tak tahu nak kena tunggu apa. Staff yang aku jumpa pagi tadi pun aku tak ingat muka.

Tetiba ada 2 orang student perempuan tengah interview 2 orang kakak preggy pasal history pregnancy diorg sambil tulis2 kat buku nota. Aku dengar jek laa.

Pastu salah sorg dari student tu dok sebelah aku & tanya aku tengah tunggu check up ker. Aku bagi tahu laa yang aku sakit perut pagi tadi & tak tahu nak beranak ke, sakit perut biasa jek.

Dia tanya history beranak aku yang dulu & sekarang. Aku citer laa A-Z. Pastu ada staff lain bagi tahu yang aku patient Doc Azmi. Terkejut student tu. Aku rasa kalo FPP patient memang tak boleh kena ganggu kot. Sbb doc yang boleh check aku hanya Doc Azmi atau 3 doc FPP yang lain.. Orang lain tak boleh usik aku. Terus dia minta maaf kat aku. Aku bagitahu student tu, takper. Tanya jek laa. Sebab budak tu nak belajar kot? Aku tak kisah. Bukan luak pun kalo tolong diorg kan.

 

11.00 am

Ada sorg doc Chinese lelaki tolong masukkan jarum kat tangan kanan aku. Time ni aku dah bersedia. Memang nak kena operate dah jap agi nih. Aku dah ngeri2 ayam.

Nurse panggil masuk bilik untuk tukar pakaian. Dia bagi baju putih yang tutup depan, belakang terbukak tue. Semua barang kemas memang dah tak pakai. Siap pakai baju, nurse suruh baring kat katil. Aku tanya laa nak buat apa. Dia nak kena cukur sikit area sana sebab itu procedure untuk c-zer. Wawawa.. dapat pulak tukang cukur free pepagi buta ni yek. Pastu dia cakap nak masukkan tiub air kencing.

Huh?

Aku bagitahu nurse, boleh tak tiub air kencing tu tak payah masukkan. Aku takut sakit laa. Huhuhu.

Nurse cakap ni pun procedure jugak. Sakit sikit jek katanya. Aku pasrah jek laa. Best thing is.. aku tak rasa apa2 pun masa dia masukkan tiub tu. Hehehe. Dia suruh tarik nafas slow2 & tadaa~ SETTLE! Happy laa aku sebab tak sakit pun. Hihiihi..

Pastu hubby datang untuk ambik pakaian aku tadi. Katil aku ditolak ke OT(Operation Theatre) diikuti dengan hubby.

Sampai kat OT, aku dipindah ke katil lain dengan dibantu 3-4 orang staff. Sejuk gilerr tempat nih. Ada pulak sorg doc lelaki ni handsome mak aii! Sempat lagi cuci mata tuh! Kakaka. Ada sorg doc lelaki berjanggut datang. Muka dia macam ustaz2 jugak. Dia perkenalkan diri sebagai doc bius & terangkan kat aku pasal bius. Dia bagitahu yang aku akan dibius half-body. Jadi akan kebas dari pinggang ke bawah. Bius tu untuk 3-4 jam. Operation makan masa 1-2 jam jek. Bius untuk tahan sakit pulak tahan 24jam. Kena sign surat kebenaran tu dalam keadaan aku baring. Sempat lagi aku bagitahu yang sign aku tak cantik sebab sign sambil baring & tempat tu sejuk. Takpe ker? Doc cakap takpe sambil senyum2. Aku takut tak valid pulak.

 

Bersambung lagi. Hehehe..

1 comment:

  1. Ya Allah khaty!! sempat lagi ko pk macam2 ek...masa aku ari tu terus sign je...otak jem da tak leh pk.. wakakak.. -Ummi Pu3 (Pn Leha) :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...