Thursday, March 7, 2013

Harga hospital bersalin area Selangor & KL [Part II]

 

Sambung dari entri yang sebelum ni..

 

Pusat Rawatan Islam PUSRAWI KL (Swasta)

image 

Balik kerja Ahad hari tu, aku & hubby bawak Aina sekali p tengok PUSRAWI KL. Hospital ni memang sangat dekat dengan rumah aku kat area Keramat. Adik aku pun kerja kat sini jugak. Dia tengah pantang. So, aku pergi sendiri sini nak tengok rate harga untuk pakej yang disediakan.

Pakej yang ada memang sebijik dengan harga yang korang jumpa kalo Google. Ni pakej yang ditawarkan dalam website Pusrawi.

pakej bersalin pusrawi kl

Aku sampai jek lobby, cakap nak tahu pakej bersalin. Akak tu suruh ke Tingkat 6 dan tanya kat nurse situ. Situ ada wad lepas bersalin & wad kanak2. Labour room ada kat tingkat lain, kitorg tak pergi pun. Hik Hik Hik.

Nurse kat wad tu pun layan baik jek dan tunjukkan bilik single & double room. Untuk single room hubby boleh overnight sebab ada disediakan sofa-bed. Bilik double room pulak hubby tak boleh stay laa.

Keadaan bilik agak selesa, cuma kecik sedikit.

Pakej yang ada ni agak OK harganya. Tapi menurut nurse tu, kalo ada komplikasi lain. Contoh nyer bersalin normal, tapi vacuum atau forcep, harga pakej terus terbatal. Nurse tu tak dapat nak agak RM berapa. Dah laa aku masa time Aina tetiba kena guna vacuum. Risau jugak aku kalo tetiba kena cas harga lain. Walaupun maybe beza sikit jek harga, tapi kitorg memerlukan hosp yang boleh bagi rate harga yang hampir tepat.

Hospital ni kitorg reject dari list jugak.

Website: http://www.pusrawi.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=20&Itemid=112&lang=ms

Darul Ehsan Medical Centre DEMC (Swasta)

image

Hospital ni hubby p dengan MIL & SIL aku jugak. Hospital ni agak besar macam PUSRAWI KL.

Nurse sangat2 peramah & bilik super OK! Diorg sangat happy kalo aku pilih hospital ni. Bilik bersih & selesa. Dah macam hotel katanya. Korg jangan laa banding dengan Prince Court pulak! Hik Hik Hik.

Harga bersalin agak mahal kalo nak banding dengan hospital swasta lain yang lebih OK. Ala2 Hospital Gleneagles nyer harga. Menurut nurse kat situ, harga lebih kurang camni:

Normal : kurang dari RM5K

Elective c-zer : RM8K ~ RM9K

Emergency c-zer : RM11K++

Masa hubby p tanya, diorg cakap takde pakej untuk bersalin. Tapi dalam web diorg ada pulak. Cer tengok kat bawah nie.

pakej bersalin demc

Kitorg pun tak tahu ada pakej tak sebenarnya. Maybe pakej ni dah dimansuhkan ker & tak leh ambik untuk tahun 2013 ni. Aku pun tak tau. Nanti korg p tanya sendiri kay.

Website: http://www.demc.com.my/

Shah Alam Specialist Hospital SALAM (Swasta)

image

Hospital ni hubby cakap besar macam Al Islam. Nurse layan dengan baik masa ditanya pasal hospital. Siap bagi brochure pakej beranak yang ada kat SALAM & kad temujanji yang ada tulis contact number semua bagai.

Keadaan macam kat Al Islam Kampung Baru. Jadi kalo nak dekat dengan rumah, baik p Kampung Baru jek. Tak payah datang sampai Shah Alam. Kih Kih Kih.

Maybe reject jugak.

kad appointment salamKad Appointment

 pakej bersalin salam Pakej bersalin SALAM

Website: http://www.salam.com.my/website/

KPJ Selangor Specialist Hospital (Swasta)

image

Balik dari SALAM, pasukan aku pergi check-it-out kat hospital ni pulak. Diorg tak dapat tengok bilik pun. Tapi diberi brochure yang ada gambar bilik sekali. Dari gambar, memang cantik bilik nyer. Harga agak OK tapi sebab kitorg nak Single Room, harga beza RM400 dari double room. **Tengok kat gambar bawah tu yea**

Padahal beza hanya pada bilik sahaja. Belum termasuk cas2 lain untuk delivery. Hubby tak suggest untuk aku deliver kat sini. Patik menurut perintah, Tuanku. Hehhee..

kpj selangor pakejPakej bersalin KPJ Selangor

harga wad kpj selangor 2 

Website: http://www.kpjselangor.com/KPJ/home.php

Hospital Pantai Ampang (Swasta)

image

Hospital ni antara yang dekat dengan rumah aku. Memang aku agak berminat nak deliver kat sini. Aku, hubby & Aina jek p check hosp ni lepas balik kerja weekends. Parking agak kosong masa kitorg sampai. Aku pernah datang sini untuk Antenatal Class masa mengandung Aina dulu. Tengok kat entri Antenatal Class Satu Keperluan?

Masuk lobby, kaunter information takde orang. Ada tulis “Untuk Pertanyaan, Sila ke Counter Emergency”

Carik counter emergency, tanya akak kat situ pasal delivery package. Akak tu bagi brouchere untuk pakej & terangkan sikit kat kitorg. Berbeza dengan Hospital Pusrawi, kalo ada komplikasi masa beranak: contohnya vacuum atau forcep, harga pakej boleh digunakan & campur jek dengan harga vacuum atau forcep. Bagus jugak kan?

Dr. Suhaimi Isa antara doktor kegemaran di sini. Selain Hosp Pantai Ampang, doktor ni jugak ada kat Hosp Columbia Asia Setapak yang baru dibuka tu. Blog Dr Suhaimi korg leh baca kat sini. Sangat banyak info menarik pasal beranak yang korg leh jumpa.

Aku cakap nak tengok bilik. Akak tu call ward & cakap leh naik atas & tengok.

Apa lagi?

Masuk ward, ada akak India yang layan kitorg. Dia bagi tengok bilik single & double room. Agak kecik & biasa jek keadaan dalam nyer.

Harga agak OK, cuma aku nak try tengok hospital lain dulu.

pakej bersalin pantai ampang

Pekej bersalin Hosp Pantai Ampang

harga bilik pantai ampang

Harga bilik Hosp Pantai Ampang

Website: http://www.pantai.com.my/pantai-hospital-ampang/

 

Waa.. dalam entri ni pun tak dapat jumpa jugak hospital yang aku minati.

Camna nih?

 

Jumpa lagi kat entri lain yea..

3 comments:

  1. bila terlalu banyak survey, sudahnya xdpt bt pilihan.hehe

    ReplyDelete
  2. I emergency c-sec last year kat DEMC kena RM9K.. I dah amik epidural sbb dah tak tahan sakit...mula2 nak bersalin normal last2 kena czer...i letak baby kat nursery dia...total bil RM9K....

    ReplyDelete
  3. Klau hospital pantai...xde booking bersalin dan nk bersalin di disini..cmner ya...????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...