Agak lama aku & hubby mencari hospital bersalin untuk 2nd baby ni. Dari awal bulan Feb 2013 sampai sekarang aku still berkira2 lagi untuk bersalin kat mana nanti. Sekarang dah 27 weeks pun. Tu laa.. dah last minute baru kelam kabut nak mencari. Dah laa sesetangah tempat terutama doktor pakar dari hospital swasta nak kita jumpa diorg at least 2 kali check-up atau sebelum kandungan 30weeks. Nak kena tunggu appointment lagi etc.. etc..
Hospital yang tersenarai dalam list aku:
- Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (Swasta)
- Full Paying Patient (FPP) Putrajaya (Semi)
- Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) KL (Swasta)
- Hospital Pantai Ampang (Swasta)
- KPJ Selangor (Swasta)
- Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) (Swasta)
- Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) (Swasta)
- UKM Specialist Centre (HUKM) (Swasta)
- Al-Islam Specialist Hospital Kampung Baru (Swasta)
- An Nur Specialist Hospital Bangi (Swasta)
- Kajang Plaza Medical Centre (KPMC)(Swasta)
- Hospital Ampang (Gov)
Kalo korang nak tengok pakej bersalin atau rate yang disediakan kat hospital2 lain, boleh tengok kat website yang sangat best ni Hospital Untuk Bersalin.
Oleh kerana aku & hubby akan menggunakan duit tabung ayam sendiri TANPA ada GL sebab kami bukan orang kerajaan, terpaksa mencari hospital yang betul2 kitorg mampu & servis kena setara dengan duit yang dibayar nanti. Hehehe..
Kenapa aku tak pergi jek kat Hospital Ampang (Gov) macam masa aku bersalinkan Nur Aina dulu? Check kat entri Pengalaman Bersalin Baby Nur Aina 04.06.11
Kitorg bukan sengaja nak memilih hospital swasta, tapi kali ni dah ada Aina. Jadi nak hubby & Aina ada sekali tido kat hosp masa lepas aku bersalin. Mak aku & MIL memang ada stay kat KL. Tapi MIL aku takde time aku bersalin 30 May 2013 sebab ada kenduri kahwin kat Kelantan nanti. Mak aku pulak kena jaga ramai cucu & peratus Aina nak tido tanpa aku & hubby sangat tipis.
Jadi hospital yang akan dipilih mestilah ada ciri2 berikut:
- Harga normal delivery, elective c-sect & emergency c-sect mesti dalam range harga yang kitorg
sanggup bayarmampu dan masuk akal. - Bilik mesti single/ double room yang membenarkan hubby & Aina tido sepanjang malam dengan aku.
- Kalo boleh doktor perempuan atau lelaki Islam.
- Bersalin kat Selangor kalo boleh supaya baby leh jadi Anak Selangor & Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) macam Aina dapat. Lihat entri Daftar Aina untuk Tawas.
Hihii.. Sebab tu aku & MIL & SIL sentisa kehulu- kehilir pergi hampir setiap hospital yang aku senaraikan. Aku selalu pergi ngan hubby & Aina jek dalam pencarian hospital2 ni. Tapi kalo sabtu aku kerja, hubby akan bawak MIL & SIL aku jgk untuk ikut sekali tengok hospital & bagi pandangan masing2.
Walaupun sangat banyak hospital yang aku senaraikan, tapi ada beberapa hospital yang aku terpaksa cancel setelah membaca review dari blogger & forumer yang lain tentang pengalaman diorang sendiri.
An Nur Specialist Hospital, Bangi (Swasta)
Untuk hospital ni, masa aku blog walking, terjumpa dengan satu blog yang ada pengalaman pahit masa deliver kat sini. Korang leh tengok kat cari sendiri a.k.a Google pasal pengalaman diorg. Lepas baca, terus rasa ngeri & blacklist pangkah dari senarai hospital pilihan aku. Huhuu..
Tapi itu pangalaman orang tu. Dia sendiri rasai. Maybe orang lain beranak sana tanpa ada masalah atau pengalaman pahit, rezeki masing2 yea.
Website: http://www.annur.com.my/
Al Islam Specialist Hospital, Kampung Baru (Swasta)
Hospital ni terletak sangat dekat dengan Hospital Besar KL. Hubby aku pergi kat hospital ni awal bulan Mac hari tu. Masa tu tengahari. Masa nak parking, semua full. Tempat parking agak kecik. Nak parking tempat lain pun nak cari agak susah & jauh. Kalo emergency aku nak deliver nanti camna entah yek. Hubby tak jadi masuk untuk tanya pakej & melawat bilik kat sini.
Tetiba ada ambulance yang keluar dari hospital ni & hantar patient ke HKL. Hubby aku lagi laa tak berkenan. Kalo boleh dia nak elakkan hal2 macam ni berlaku kat aku. Kena transfer ke hospital lain & nak kena kehulu- kehilir lagi bawak Aina sekali.
Tapi masa BW, aku terjumpa info yang best jugak pasal hosp ni. Ada pancaran ‘laser’ ke, pemanas tah yang digunakan kat area luka jahitan kita supaya cepat sembuh. Tak silap aku, hospital lain xde pun buat camni kecuali Hosp Al Islam & Pusrawi KL.
Kena reject jugak dari list kitorg.
Website: http://www.al-islamhospital.com.my/joomla/
Kajang Plaza Medical Centre KPMC (Swasta)
Hubby bawak MIL & SIL sekali tengok hospital ni. Aku kerja, jadi tak dapat p sekali. Belum pernah datang hospital ni. Jadi ingatkan hospital ni besar. Tapi rupanya hospital ni macam kat shoplot. Lebih kurang saiz Al-Islam, An Nur & Az-Zahrah. Agak kecil dan parking pun susah nak cari.
Masuk dalam, nurse layan agak OK. Diorg dapat tengok bilik yang double room jek. Keadaan bilik bersih cuma berkeadaan lama. Hubby cakap kalo hosp cat bilik & upgrade sikit, dah OK. Sebab dia nampak dinding toilet dalam bilik tu dah itam2 sikit & hampir berkulat.
Balik jek, hubby p makan satay Kajang. Dekat jek katanya..Hehee..
Kitorang terpaksa reject.
-gambar brochure pakej bersalin KPMC-
Website : http://www.kpmc.com.my/
Bersambung lagi pasal banyak lagi hospital yang kitorg pergi kat entri lain kay.
Salam, Blog ni best .Byk maklumat yg bagus skali..terima kasih sharing... byk info menarik and berguna..
ReplyDeleteWsalam. Thanks yea kerana beri sokongan. :)
DeleteOh ruginya reject kpmc....rugi rugi rugiiiii.....
ReplyDeleteMy first son beranak di kpj ampang puteri...2nd daughter di kpmc by dr jamil and the third one juga planning akan come back ke kpmc... tmpt mungkin lama sikit tapi jahit,layanan nurse,anak sejahtera,semua tip top double triple from my expectation. KPJ kalau nak dibandingkan hanya ada hospital yg chantek tetapi tak boleh challenge KPMC !
Ya rugi reject kpmc...anak ke 2 bsalin sana..mmg super duper ok sgt..n puas hati.im wif doc anita
DeleteBagus nyer kalo mcm tu. Thanks sbb bg feedback. Org yg pernah p sana msti lbh tahu servis diorg kn.
DeleteNx time kalo ada rezeki lg, boleh laa sy masukkan kpmc dlm list sy utk bersalin.memandangkan ramai bg feedback yg bagus2. Servis nurse & doc pun bagus. I like!
DeleteHai..nama saya ena.. bersalin kt mana ye? saya pun tengah survey tempat bersalin.. baby first jadi tak ada pengalaman..
ReplyDeleteHi Ena. Sy bersalin di fpp putrajaya. Boleh tgk entri sy utk bln may 2013
Deleteterima kasih.. sy bru je baca tentang fpp. dah call fpp tapi dorang dah tak terima kes sy sbb dah 38 weeks dah..:(
Deleteso insya'allah sy bersalin di kpmc. baru pagi tadi pegi check up dengan dr mimi..
before ni sy check up dkt kpj kajang tp ada bad experience kat sana and i think service tak berapa okay berdasarkan pengalaman check up. so decide utk pegi kpmc walaupun last minit. nasib baik masih diterima tp kena rujuk pakar dulu , dr anita atau prof jamil.
saya harap pilihan saya kali ni tepatlah. rasa nervous sbb ni anak first...semoga allah permudahkn semuanya..
anyway, terima kasih for the info..:)
by the way nak tanya, kalau nak bersalin di kpmc, kena buat check up ke kat sana? skrg sedang buat check up dkt kk sg chua dan kpj kajang..
ReplyDeleteEna, better call kpmc n tny dulu nurse ttg bersalin di sana. Kalo ada masa, try walk in & boleh tgk suasana hosp tu nnt..
Deletekalau nk besalin kat kpmc kne buat checkup sekurang2 nya 3 bulan awal sebelum due. ;) so far kpmc okey. walaupun kecik tempat tu tapi puas ati ;) now my 2nd bby planning kat kpmc jugak hihihi
Deleteterima kasih ye bagi info. baru pg td first check up dkt kpmc. alhamdulillah dorang terima kes tp kena refer dgn doc pakar. bagi sy kpmc mmg bagus.. semoga allah permudahkan semuanya..
Deletejemput jalan2 di blog sy www.annurannacouture.blogspot.com
DeleteYa...saya pun pernah bersalin di kpmc ...with dr jamil..baguss..paed kat situ dr afifah pun sgt baguss...
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
ReplyDeleteWe are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Regards
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com
tq for info sharing
ReplyDeleteBlog menarik...
ReplyDeleteemail and password yang menarik..
security low la admin...
jgn sampai aku tlg uabhkan page ko...
password ko budak skola pun bole teka..
mohon ubah ye admin...
peringatan kasih syg
.:Cod3rDoctor:.
Alamak. Terima kasih. Belum sempat lg sy nk hadap blog lama nihh
DeleteAssalamualaikum . Sy nk tnye, kalau mase jahit tu, boleh tak mintak bius seluruh badan atau suh doc bg ubt tido?
ReplyDeleteMasa jahit normal ke. Slaloo mmg dorg x bius kalo jahit branak normal kat labour room. Tp sy jahit dlm OT sbb 3rd degree tu. Dorg tolak masuk ot, pstu bius halfbody baru jahit. Lama gak di jahit. Huhuhu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete