Departure Date : 10 May 2012 (Thursday)
Airport : KLIA, Sepang
Check-In Time : 0645hrs (06.45 am)
Flight departure time : 0900hrs (09.00 am)
ACCOMMODATION
Four Points by Sheraton Sydney, Darling Harbour
161 Sussex Street
Sydney, New South Wales 2000
Australia
Phone: (612) 9290 4000
Fax: (612) 9290 4040
10 May 2012 - Khamis
Lebih kurang pukul 6 pagi aku & hubby sampai kat KLIA & berkumpul untuk check in. Hubby tolong hantarkan sampai aku masuk area imigresen. Baby Aina aku tinggalkan kat MIL untuk jaga sepanjang aku ke Sydney. Huhuhu. Sedey aku kena tinggalkan diorg berdua.
Aina tido masa aku nak bertolak ke airport :( | Hubby tersayang. Terima kasih kerana benarkan saya join trip ni |
Sementara tunggu settle check in, hubby ambik gambar kitorg kat airport. Wakaka..
First sekali, check passport dulu..
Lepas tu, baru ambik gambar!!
Masuk dalam flight, terus capture gambar sekeliling kawasan cabin MAS.
Pukul 9 pagi, kitorg berlepas.
Flight ambik masa lebih kurang 8 jam dari KL ke Sydney. Memang sangat letih kalo dok fikir apa nak buat lama2 kat atas udara tu nanti.
Ho Ho Ho..
Tak perlu risau.
Ada screen untuk setiap tempat duduk. Boleh tengok bermacam2 cerita. Kira syok sendiri laa. Hehehe.. Pakai jek headset & dengar laa kuat2 macam tengok wayang. Wakaka..
Ada bertong2 cerita kita boleh pilih. Setakat yang aku ingat..
-Cartoon Scooby Doo
-Ombak Rindu
-Devil Wears Prada
Peace!
Amacam? Ada tokoh tak untuk jadi duta flight MAS nanti? Echeh..
Makanan pulak berpinggan2 kitorg makan. Banyak kali lak tu. Ada maincourse, pencuci mulut, kudap2an dll. Confirm takkan lapar la. Air leh order jek apa nak. Best! Best!
Memandangkan aku masih menyusukan Aina, aku bawak pam Medela Freestyle aku ke Sydney.
Aku pam susu jugak kat dalam flight ni. Dah laa aku dok tepi highway. Cover pakai nursing cover Pupsik aku. Hehehe..
Aku tanya pramugari MAS kalo aku boleh simpan susu kat dalam freezer diorg untuk sementara. Tapi tak boleh katanya. So dia bagi aku ice pack untuk memudahkan aku simpan susu. Aku cakap laa tak payah sebab ice pack aku sendiri ada. Hmm.. lama jugak nak kena sejukkan susu perah. Risau aku kalo rosak. Pasrah jek la.
Pukul 4.50 petang (waktu Sydney) kitorg sampai kat Sydney Airport. Tunggu kawan2 settle imigresen/kastam yang sangat ketat tue, ambik lagi gambar. Hehehe.
Perut dah lapa. Naik bas terus p dinner kat Neptune Palace Restaurant. Jangan risau, Astro bawak makan ke restoran halal jek sepanjang kat Sydney ni. Nasib baik. Kalo tak, mengagau laa kitorg nak p cari. Nak bawak meggi, tak boleh masuk Australia pulak.
Makanan malam tu memang kena dengan ‘tekak Malaysia’ kitorg. Cuma diorg serve makanan agak lambat & lauk masuk satu-satu. Maybe sebab kitorg datang dalam large group. Sebab tu diorg pun tak cukup tangan nak masak. Macam mana pun, aku kenyang laa jugak makan kat sini. Hehehe.
Semua dah siap makan, naik bas pergi check in Hotel Four Points. Aku stay dengan best friend aku, Kak Fini. Bilik agak OK dengan saiz katil queen setiap sorang. TV 42” & ada cooler kat dalam kabinet TV. Tapi cooler tak cukup sejuk untuk sejukkan susu aku selama 4 hari. Takpe, aku try simpan jugak dulu.
Letak semua barang2 luggage, mandi & terus tidur.
Nighty nite..
Krooh!! Krooh!
No comments:
Post a Comment