Semalam hari pertama kitorg sampai Sydney. Kat mana hotel yang kitorg stay, semua aku dah tulis dalam entri sebelum ni.
11 May 2012 - Jumaat
G’day!
Pagi2 lagi dah ada wake-up call. Sekarang dah kena set jam ikut waktu Sydney. Kat Sydney cepat 2 jam dari waktu Malaysia. So, aku kena siap mandi n p breakfast pukul 7 pagi. Lebih kurang kul 5 pagi waktu KL. Korg mampu? Kul 5 biasanya kita tengah dok lena diulit mimpi taw. Wakaka..
Lepas kitorg dah makan, bergerak naik bas pergi shopping kat Paddy’s Market a.k.a. Pasar Seni yang ada kat KL. Tempat ni terletak di area Darling Harbour.
Nak tahu lagi pasal kawasan kat bandar Sydney? Check it out kat sini.
Macam mana pulak rupa bentuk matawang AUD (Australian Dollar) yang digunakan untuk joli nanti?
Di bawah ni contoh AUD10 & AUD50. Duit syling nyer gambar aku tak ambik. Kikiki.
Time ni memang banyak barang laa kena beli sebagai sovenir untuk family & kawan2 kat Malaysia. Dari baju, beg, tempat letak pen & mug sampai laa ke key chain Australia-semua ada dijual kat sini.
Kebanyakan barang ada tulisan Australia, Sydney, gambar kangaroo dan koala, boomerang dll yang memang sinonim dengan negara ni.
Gambar dalam Paddy’s Market.
Joli sakan laa kitorg kat sini. Kalo nak beli baju/sweater/jacket yang ada tulis perkataan AUSTRALIA, harga lain2 sebab ada yang memang Made in Australia. Dah tentu harga mahal berbanding baju yang sama tapi Made In China. Kualiti untuk material dia lain. Nanti orang kedai tu bagitahu. Korang speaking London jek laa all da way here. Wakakaka.
Sementara menunggu kawan2 lain habis shopping, haruslah ambik gambar 3-4 roll lagi. Ahaks.
Kat background gambar kedua & ketiga tu ada macam keretapi kan? Tu sebenarnya tram & ada landasan khas kat atas jalan raya. Menarik kan? Dari jauh leh dengar bunyi ‘ketiinng ketiinng’ masa tram tu nak datang.
To be continued..
No comments:
Post a Comment