Dari Paddy’s Market tadi, bergerak naik bas. Ambik gambar lagi!
Kemudiannya kami dibawa ke Pitt Street iaitu tempat ala-ala Orchard Road Singapore. Di sini, lebih banyak AUD kitorg dihabiskan sebab terletaknya bermacam2 butik2 branded di sepanjang jalan kat kawasan ni.
Butik jenama terkenal dari Tag Heuer, LV, Nine West dan banyak lagi. Siap ada satu bangunan besar yang cantik dari kaca kepunyaan Apple pun ada. Sangat gah ye tempat ni.
Antara tempat membeli belah yang ada kat sini termasuklah Mid City Centre, Westfield Centrepoint, Glasshouse, Skygarden, Strand Arcade, dan Westfield Sydney Central Plaza. Rambang mata & rambang duit jugak korg kan?
Fuhh!! Sangat penat bergambar. Perut dah start menyanyi nih. Kitorg berkumpul dan dibawa ke Sydney Tower untuk makan kat atas menara.
Wah Waah!!
Oleh kerana Astro bawak kitorg makan kat Sydney Tower, dah tentu chef dia kena masak makanan halal. So, kitorg diberi makan isi ikan yang dibubuh lemon dan sos berperisa ala2 tomyam. Hmm.. sedap jugak. Tapi dessert kat gambar atas tu, lebih2 sangat2 lah sedap nyer!!
Shopping sudah, makan pun sudah.
Kali ni kitorg pergi melawat Sydney Aquarium & Madame Tussauds. Tempat ni terletak berdekatan dengan Four Points Hotel yang kitorg stay iaitu di Sussex Street. So, boleh jalan kaki jek dari hotel ke sini. Kedudukan Sydney Aquarium ada ditunjuk dalam peta kat bawah ni.
Sydney Aquarium sama macam Aquaria KLCC dan Underwater World Langkawi. Cuma kalo kita tengok jenis2 ikan dengan lebih teliti, lain laa ikan2 yang ada di perairan Australia. Yang lain, lebih kurang jek.
Bersebelahan dengan Sydney Aquarium, ada Sydney Wildlife World dan Madame Tussauds. Dalam Madame Tussauds terletaknya lebih dari 70 patung lilin celebriti terkenal yang kelihatan hampir sama dengan orang sebenar. Contohnya: Brad Pitt, Angelina Jolie, Kylie Minogue, Oprah, Nicole Kidman, Iron Man, Johnny Depp dan lain2.
Lebih kurang pukul 5 petang, kitorg semua belik ke hotel berjalan kaki untuk solat & bersiap untuk makan malam pulak.
Malam pukul 7 kitorg dah berada di jeti untuk Cruise Dinner. Sangat happy sebab boleh makan atas kapal yang akan berjalan sepanjang masa. Dapat tengok Sydney Bridge dan Opera House yang dipenuhi lampu pada waktu malam. Menarik kan?
Check website cruise yang kitorg naik kat sini. Captain Cook’s Cruises.
Makan dinner dalam ni boleh tahan jugak laa. Tapi takde laa aku fancy sangat dengan masakan dia. Maybe sebab dia nak kena wat halal food. So, dia bagi kitorg makan naan & chapati. Nasi lauk ada, tapi tak banyak pilihan.
Untuk cruise kali ni, aku ada sikit jek gambar yang dapat tunjuk kat korg.
Dah settle makan sedap2, baru kitorg balik & tidur dengan lena. Wakaka..
Jumpa lagi di hari ketiga kat entri seterusnya yea..
No comments:
Post a Comment