Thursday, March 14, 2013

Harga hospital bersalin area Selangor & KL [Part III]

 

Sambung lagi dari entri Part II..

Mana satu laa hospital yang aku nak sebenarnya nih. Kawan2 opis dah 10 kali tanya. Tapi aku tak buat keputusan lagi.

Jom kita check hosp lain pulak. Ni jek hospital yang aku belum update lagi kat korang.

  • Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (Swasta)
  • Full Paying Patient (FPP) Putrajaya (Semi)
  • UKM Specialist Centre (HUKM) (Swasta)

     

    UKM Specialist Centre HUKM (Swasta)

    image 

    Kawan opis aku ada beberapa orang yang bersalin anak diorg kat sini. Ada yang normal, c-zer & ada jugak yang bersalin kembar. Semua berpuas hati dengan layanan & bilik yang diorg dapat.

    Aku pulak tak pergi melawat hospital ni untuk tanya. Kawan aku yang bagi brouchure HUKM ni untuk aku tengok. Dia pun ada tanya rate hospital jugak. Nurse kat situ bagi tahu:

    Normal : RM3K - RM4K (Deposit: RM2K)

    C-zer : RM6K - RM7K (Deposit: RM4K)

    Hospital ni antara hospital pilihan aku. Tak tahu lagi akhirnya yang mana aku ambik. Hehehe.

    harga wad HUKM Harga bilik wad HUKM

    Website : http://www.ukmsc.com.my/

    Full Paying Patient FPP Putrajaya (Semi)

    image

    Kakaka.. Korang nak tahu mana aku tahu pasal FPP?

    Aku Google & baca pengalaman orang lain yang pernah ambik FPP nie. Untuk hosp kerajaan, sekarang ada ditawarkan kat Putrajaya & Selayang jek. Harga untuk normal & c-sect memang boleh tahan & masuk akal jugak.

    Baca jek kat website Hosp Putrajaya (HPJ) pasal FPP kat sini. Pendek kata, sesiapa yang bukan stay area Bangi/Putrajaya pun boleh daftar untuk ‘pakej’ ni. Walaupun foreigner pun, layak tau.

    Ada 2 doktor perempuan & 2 doktor lelaki. Semuanya muslim. Tu yang I Loike! Tapi kebanyakan doktor pilihan semuanya sibuk & selalunya ramai patient. So, kira nasib laa kalo dapat doktor lelaki. Masa BW, rata2 cakap semua doktor baguih2.

    Apa lagi?

    Aku pun kol laa hospital untuk appointment. Pagi2 aku kol 03-83124372 dan ada nurse jawab. Aku bagi tahu yang aku berminat pasal FPP. Dia tanya details aku termasuk nama, no h/phone, dah berapa minggu preggy & doktor yang aku nak. Masa tu Doktor Hamidah & Doc Azmi jek yang available. Kedua2 doktor ni adalah doc pilihan aku. Aku mintak Doc Azmi.

    Nurse janji nak kol lagi petang untuk confirmkan tarikh appointment. Tunggu sampai petang, takde hasil.

    Esok nyer hari Jumaat aku tunggu lagi.. Takde hasil. Kul 5pm (aku lupa waktu pejabat dah abis) aku kol HPJ & nurse yang jawab ckp klinik antenatal dah tutup. So, dia tak dpt bg jwpn bila tarikh untuk appointment aku. Pasrah.. tunggu minggu depan Isnin.

    Isnin pagi, aku kol HPJ lagi. bagitahu yang aku dah kol last week & pilih Doc Azmi. Akak tu terus transfer line kat Nurse Doc Azmi. Nurse tu perkenal diri & terus bagi aku tarikh appointment. Senang sikit hidup aku sebab leh ckp direct ngan pembantu Doc Azmi sendiri. Hahaha.

    Tarikh appointment aku: 19 March 2013 (Selasa)

    Nanti aku update pasal check-up kat FPP ni lepas aku pergi sana kay.

    Website : http://www.hpj.gov.my/portalv10/

     

    Hospital Gleneagles KL (Swasta)

    image

    Ni antara hospital yang paling dekat ngan umah mak aku a.k.a rumah yang aku stay sekarang. 5 minit camtu dah leh sampai. So, haruslah kitorg check-it-out kat sini.

    Masuk lobby..

    Mak ai!! Dah macam hotel 5 bintang laa pulak. Sangat2 selesa & aku terus bgtahu hubby nak beranak kat sini. Sure rasa tenang jek. Nak push pun smooth jek. Kakkaa..

    Tanya pasal rate bersalin kat counter. Akak tu bagi brochure & terangkan sikit2 pasal deliver kat Gleneagles ni. Dia cakap sebenarnya harga bergantung kepada gynea yang kita pilih. Aku check ada gynea perempuan nama Doc Suhaiza. Mesti laa aku nak kan?

    Tanya pasal bilik & nak tengok jugak ‘hotel’ yang bakal aku stay ni. Akak tu cakap untuk bilik Single Bed suite semua penuh. Jadi tak boleh nak usha..

    Penuh?

    Mak ai!!

    Sungguh senang jek mereka2 ini check in kat hosp ni?

    Aku guna duit tabung ayam sendiri.. Nak check in kena laa kira semua syiling2 tu dulu.. Cukup ke dak. Huhuhu.

    Murah rezeki diorg kan.

    Akak tu cakap boleh kol jek no kat brochure tu & set appointment dengan Doc.

    Esok tu terus laa aku koling2 no contact untuk Doc Suhaiza. Aku nak terus buat antenatal check-up untuk masa terdekat. Tapi nurse cakap doc tak free.

    Ramai patient laa pulak. Kena tunggu 2 minggu lagi baru dapat jumpa Doc Suhaiza.

    Tarikh appointment aku: 27 March 2013 (Rabu)

    Nanti aku update pasal check-up kat Hosp Gleneagles ni lepas aku pergi sana yea.

    gleneagles o&g doc

    Contact number Ob Gyn Hosp Gleneagles

    harga bilik gleneagles

    Harga bilik Hosp Gleneagles

    deposit beranak gleneaglesHarga deposit unttuk beranak Hosp Gleneagles 

    Website : http://gleneagleskl.com.my/

    Setakat ni jek hospital yang berjaya aku senaraikan dalam list aku. Apa pun, pemilihan hospital hanya dibuat setelah semua appointment aku dah pergi & mana yang aku puas ati, aku ambik laa.

    Wakakaa..


    :) Update lagi next time yea.

    2 comments:

    1. Salam,

      Thank you sebab buat entry yang sangat informative dan berguna untuk bakal ibu macam saya yang tengah nak cari hospital mana nk bersalin nanti..

      ReplyDelete
    2. Wsalam.
      Alhamdulillah. Semoga blog ini dpt membantu kwn2 di luar sana & dipermudahkan proses sehingga melahirkan. Tp kena check jugak yea sbb ni harga yg lama. Hehee. Salam perkenalan.

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...