Wawawa… Sangat best nyer kitorg pergi Cemeron Highlands 14 & 15 Jan 2012 hari tu. Nak pergi lagi banyak2 kali dan lagi.. dan lagi..
14 Januari 2012 (Sabtu)
Aku kerja half-day. Pukul 3 pm hubby datang ke office skali ngan mak, ayah & baby Aina. Dari PJ, terus pecut ke arah Cameron.
Sampai R&R Tapah, makan2 tengahari, solat & terus gerak lalu jalan Tapah. Memang sangat2 berliku2 & banyak jugak tanah runtuh hari tu. Cuma kena bawak slow dan berhati2 laa. Sepanjang perjalanan, kitorang borak2 jek laaa. Nasib baik takde sesapa yang rasa nak muntah.
Sampai kat Cameron, terus p cari Strawberry Park Resort. Hotel yang kitorg dah tempah 2-3 weeks sebelum tu. Sangat senang nak jumpa sebab letak kat area Brincang. Ada signboard yang tunjuk jalan masuk ke hotel ni. Kedudukan hotel ni lagi jauh ke dalam dari jalan besar. Memang sangat2 privacy kalo kita stay kat sini. Takde langsung bunyi2 kereta lalu lalang yang bising. Mesti lah.. nak menenangkan fikiran -Konon nyer-
Area hotel ni memang sejuk, nyaman & yang nyata.. Best!!
Ni gambar2 kat area hotel Strawberry Park. Pagi2 memang sejuk. Malam lagii sejuuk!!
Kitorang semuanya ada empat orang dewasa & sorang baby. So kitorg pilih Fresno Suite (2 bedroom). Nasib kitorg baik sebab dapat bilik B 211. Tak payah laa kitorg naik tangga. Berat jugak nak angkut barang2.
Bukak jek pintu bilik.. Pergh! Sangat2 mengagumkan! Tak expect yang bilik ni sebijik cam dalam gambar kat website diorang. Takde cacat cela nyer! Sangat2 jakun laa ai.. Kikiki. Bilik ni memang sangat selesa & bilik air kena kongsi. Tapi, sangat besar ye kawan2. Shower dah sah2 ada heater. Kalo tak, mahu beku kitorang nak mandi pagi2. Hehehe..
Teruskan membaca entri ini untuk tengok gambar keadaan dalam bilik Fresno kitorg. Kalo nak tahu room layout bagai.. check jek kat sini yea.
Bukak jek pintu bilik..
Jeng jeng jeng…
Waah! Ruang tamu yang nampak luas & selesa! Design ruang tamu dibuat memanjang supaya setiap bilik dapat direct access ke ruang tamu. Sangat style ye kawan2..
Tak cukup dengan tu, berlari2 laa aku masuk tengok keadaan bilik.
Gambar yang pertama tu master bedroom. Pintu dia sliding, terus ke ruang tamu. Pergh.. Kira ayah nak tonton tv dari atas katil pun boleh. Hehehe.. Gambar kedua tu pulak bilik kitorg. Memang sangat selesa untuk kitorg tiga beranak dalam bilik ni. Setiap bilik pun ada disediakan selipar. Sangat sejuk kot lantai kat situ waktu malam.
Ni pulak gambar dalam bilik air. Peralatan mandi pun lengkap termasuk dengan hair dryer, cermin kecik untuk shave, build-in heater, beberapa cangkuk untuk gantung tuala/baju. Pilihan warna hitam putih dalam toilet ni menambahkan suasana eksklusif dan kelihatan lebih luas. Kalo bukak air panas, berasap2 wap keluar & sangat cantik untuk dilihat. Hehehe.. Perasaan jakun sekali lagi menerpa..
Day bed relaxation area. Dalam erti kata lain, tempat lepak2. Wahaha.. Area (seperti gambar diatas) ni kitorg guna untuk solat. Arah kiblat pun ada ditunjukkan kat siling. Tak payah susah2 nak cari guna handphone/kompas. Bagus kan? Hotel ni agak menjaga sensitiviti customer2 Muslim. Gambar towel hotel pun harus laa diambil untuk kenangan. Keh keh keh.
Ini keadaan balkoni bilik yang mengadap ke arah pemandangan terbentang luas. Siap kabus2 bagai. Sangat sejuk bila berdiri kat sini. Haruslah kitorg pakai jacket sepanjang masa termasuk masa nak tido pun. Grr…
Oleh sebab tangan dah penat menaip2 & upload gambar..
Nak tahu apa lagi aktiviti kitorg kat Cameron? Baca entri seterusnya..
hahaha.. best kn Kat!
ReplyDeleteconfirm super sejuk~
del pn baru je balik dr strawberry park awal feb aritu..
ko gi sane jem x? aku pegi jemmed woo.. especially time ptg sbb jln sibuk kt night market n siang2 sbb org sibuk berenti kt gerai2 tepi jalan~ huhuhu.. pasni kne gi nek moto besar (mcm la ada moto besar tuh! :P) je.. xpyh sangkut dlm jem.. wahahahah~ XD
Wakaka.. nasib baik time kitorg p tu bkn peak season. Kalo tak confirm jem. Mmg ramai yg bgtau suro p time tak ramai org kalo leh. Hehehe.. tak jem pun. Nak p memana pun senang jek nak parking.
DeleteNx time nak pegi lagi. X sabar2! Bila laa dapat bercuti lagi nih..
salam singgah..
ReplyDeleteTgh survey2 pasal strawberry park resort ni so terjmpe blog awak..nk pegi weken nih..satu family kecik + mak skali..tu yg berkenan nk tempah fresno suite gak..tp kan, agak2 klu dpt tingkat 3 larat ke mak saya nak panjat yek..o__o
btw, mmg nmpak cantekkkkk sgtlah resort ni..saje nk tanye, time awk tempah ni berapa rate die yekk..sy jumpe rate rm431/nite + 3 breakfast..ok tak eh?
Salam berkenalan.
DeleteWow wiee.. Nak bercuti minggu ni yea. Best Nyer!! Jees.. Jeles.. Hik hik hik.
Kalo dpt tgkat 3 tu agak penat jgk nak panjat. Kalo bole tny kat org tu. mintak bilik bawah. Maybe kalo dtg awal leh dpt bilik bwh kot. 1st come, 1st serve laa agak nyer.Hihihi.
Masa kitorg p tu rm577 (incl tax). Dapat brkfst & dinner utk 4 org. Awk nyer rm431 mcm lbh menarik jek. Nnt update yek. Sronok nyer stay kat sana! :)
Happy holiday!!