Thursday, January 26, 2012

Getaways: Cameron Highlands 2D1N [Part III]

 

Lepas kitorg check-out & breakfast kat hotel tadi, terus pergi pasar tani kat area Brinchang. Banyak jugak makanan menarik ada jual kat situ.

Selain buah-buahan & sayuran yang sangat digemari olek mak aku, aku jumpa kedai yang jual madu. Tapi kita boleh beli & rasa kat depan2 orang tu. Pastu boleh laa beli bertong-tong madu bawak balik KL. Hehehehe.

Ni keaadaan gerai jual madu tu. Uncle Cina tokey dia ni ada ladang lebah & ni semua madu dari tempat dia laa.

P1050256 P1050255

P1050257

Madu dijual macam ni. Leh beli & rasa madu yang disalut kat situ. Tp korang jangan laa makan hampas nyer tu. Habis madu, sepah dibuang laa gamak nyer. Hihihi. Oleh sebab madu dia sedap, aku ada gak beli sebotol dua. Memang lain laa rasa madu dia.

Lepas borong madu, nak makan lagi benda sweets. Carik gerai strawberry choc yang orang Melayu jual.

Jumpa!

P1050254

Makan. Makan dan makan lagi…

Borong sudah, joli sudah, makan sudah…

Naik kereta, pecut ke Bharat Tea Plantation. Kat sini ambil gambar sikit2 jek sebab nak cepat balik KL. Risau jem laa pulak. Tak turun bawah kat daun2 pun. Minum teh ada laa..

 

 P1050258 P1050261
 P1050262  P1050263

        

Teh yang paling aku suka, Masala Tea. Dalam cuaca sejuk2 gitue, Perfect!

Tapi Cardamon Tea memang aku kureng sikit. Tak berapa sedap bagi kitorang. Hihihi..

Settle semua, hubby drive balik KL ikut Simpang Pulai. Sepanjang jalan, kitorang yang kat belakang ni semua tido lena sampai kat Tapah. Wakaka..

Jumpa lagi di episod lain yea! Chiow!!

Tuesday, January 24, 2012

Getaways : Cameron Highlands 2D1N [Part II]

 

Korang mesti baru lepas baca entri yang kat sini tadi kan? Kan?

Hehehe..

Malam tu pulak kitorg dinner kat Restoran Jim Thompson Terrace. Restoran ni memang ada kat lobby Strawberry Park Resort. Dinner & breakfast adalah complimentary dari hotel ni. So, aku ambik set Malay dish untuk kitorg semua. Selain dari tu, kita boleh pilih jugak set buffet western kat sini. Makanan boleh tahan. Tapi masih boleh improve lagi supaya lebih banyak pilihan.

 

P1050137 P1050152
P1050138 P1050141
P1050147 P1050150

       P1050142P1050161

Masa kitorg tengah makan, selalu nyer Aina pun rasa macam time tu pun dia kena makan. So, dah standby awal2 makanan dia dari dalam bilik, masukkan dalam Squirt Spoon Boon kaler pink yang aku tengah pegang tu. Ingat tak? Sudu baby yang aku beli masa dalam entri yang ni? Sangat mudah untuk suapkan Aina makan sebab perlu picit saja. Dapat laa kitorg makan dengan aman & gembira. Hehehe..

Lepas dinner, terus keluar naik kete pergi Pasar Malam kat Brinchang. Stall dah nak start tutup. Masa kitorg datang tu lebih kurang kul 10pm. Dapat jugak beli payung strawberry 3-4 ketul, beg tangan strawberry, air kordial strawberry. Dan macam2 lagi benda berasaskan strawberry. Cenderamata untuk kawan2 macam key-chain & fridge magnet pun sempat kitorg beli. Wakakaa.. Tak cukup tangan nak ambik gambar. Sebab tangan penuh ngan plastik. Joli sakan gitue.. Hik Hik Hik…

 

15 Februari 2012 (Ahad)

Pagi2 lepas solat Subuh, kitorg terus packing barang untuk balik. Sempat ambil gambar berdozen2 kat bilik, pastu baru p makan breakfast.

P1050201 P1050169

Mak & Ayah bergambar romantik di balkoni. Hehehe.. Aina pulak bergaya santai dalam bilik sambil bersandar kat ayahnya. Wakaka..

P1050207 P1050202

Gambar para pelancong dari KL. Nak jugak gambar latar belakang pemandangan. Ehh.. Harus lahh.. :)

P1050194P1050224 P1050249

Aina sangat seronok sepanjang kitorg di Cameron. Melompat2 & gelak gembira. Beli pulak tu cenderamata kat Gift Shop hotel ni jugak. Semangat!!

P1050225 P1050226

Ni pulak gambar dalam Restoran Jim Thompson Terrace yang kitorg p makan dinner malam tadi. Breakfast kat sini jugak. Nasib baik kitorg datang awal. Dapat makan macam2 & tak payah beratur. Buffet laa katakan..

P1050235 P1050231

Makan.. makan.. dan makan lagi.. Aina pun try2 jugak nak makan mainan strawberry yang kitorg belikan malam tadi.

P1050230 P1050239

Dah kenyang kitorg makan dengan gembira kat situ, terus gerak untuk check-out & menjalankan sesi lawatan kat area Cameron Highlands ni.

Nak tahu lagi?

 

Baca entri selanjutnya nanti.

 

Tunggu…..

Thursday, January 19, 2012

Getaways : Cameron Highlands 2D1N

 

Wawawa… Sangat best nyer kitorg pergi Cemeron Highlands 14 & 15 Jan 2012 hari tu. Nak pergi lagi banyak2 kali dan lagi.. dan lagi..

 

14 Januari 2012 (Sabtu)

Aku kerja half-day. Pukul 3 pm hubby datang ke office skali ngan mak, ayah & baby Aina. Dari PJ, terus pecut ke arah Cameron.

Sampai R&R Tapah, makan2 tengahari, solat & terus gerak lalu jalan Tapah. Memang sangat2 berliku2 & banyak jugak tanah runtuh hari tu. Cuma kena bawak slow dan berhati2 laa. Sepanjang perjalanan, kitorang borak2 jek laaa. Nasib baik takde sesapa yang rasa nak muntah.

Sampai kat Cameron, terus p cari Strawberry Park Resort. Hotel yang kitorg dah tempah 2-3 weeks sebelum tu. Sangat senang nak jumpa sebab letak kat area Brincang. Ada signboard yang tunjuk jalan masuk ke hotel ni. Kedudukan hotel ni lagi jauh ke dalam dari jalan besar. Memang sangat2 privacy kalo kita stay kat  sini. Takde langsung bunyi2 kereta lalu lalang yang bising. Mesti lah.. nak menenangkan fikiran -Konon nyer-

Area hotel ni memang sejuk, nyaman & yang nyata.. Best!!

 

Ni gambar2 kat area hotel Strawberry Park. Pagi2 memang sejuk. Malam lagii sejuuk!!

 

 P1050251P1050240  P1050238    P1050216P1050252   P1050246

 

Kitorang semuanya ada empat orang dewasa & sorang baby. So kitorg pilih Fresno Suite (2 bedroom). Nasib kitorg baik sebab dapat bilik B 211. Tak payah laa kitorg naik tangga. Berat jugak nak angkut barang2.

 

Bukak jek pintu bilik.. Pergh! Sangat2 mengagumkan! Tak expect yang bilik ni sebijik cam dalam gambar kat website diorang. Takde cacat cela nyer! Sangat2 jakun laa ai.. Kikiki. Bilik ni memang sangat selesa & bilik air kena kongsi. Tapi, sangat besar ye kawan2. Shower dah sah2 ada heater. Kalo tak, mahu beku kitorang nak mandi pagi2. Hehehe..

 

Teruskan membaca entri ini untuk tengok gambar keadaan dalam bilik Fresno kitorg. Kalo nak tahu room layout bagai.. check jek kat sini yea.

 

Bukak jek pintu bilik..

Jeng jeng jeng…

 

P1050195


P1050121

Waah! Ruang tamu yang nampak luas & selesa! Design ruang tamu dibuat memanjang supaya setiap bilik dapat direct access ke ruang tamu. Sangat style ye kawan2..

Tak cukup dengan tu, berlari2 laa aku masuk tengok keadaan bilik.

 


 P1050198
P1050173

Gambar yang pertama tu master bedroom. Pintu dia sliding, terus ke ruang tamu. Pergh.. Kira ayah nak tonton tv dari atas katil pun boleh. Hehehe.. Gambar kedua tu pulak bilik kitorg. Memang sangat selesa untuk kitorg tiga beranak dalam bilik ni. Setiap bilik pun ada disediakan selipar. Sangat sejuk kot lantai kat situ waktu malam.




P1050134

P1050135

Ni pulak gambar dalam bilik air. Peralatan mandi pun lengkap termasuk dengan hair dryer, cermin kecik untuk shave, build-in heater, beberapa cangkuk untuk gantung tuala/baju. Pilihan warna hitam putih dalam toilet ni menambahkan suasana eksklusif dan kelihatan lebih luas. Kalo bukak air panas, berasap2 wap keluar & sangat cantik untuk dilihat. Hehehe.. Perasaan jakun sekali lagi menerpa..

P1050162



P1050174

 

Day bed relaxation area. Dalam erti kata lain, tempat lepak2. Wahaha.. Area (seperti gambar diatas) ni kitorg guna untuk solat. Arah kiblat pun ada ditunjukkan kat siling. Tak payah susah2 nak cari guna handphone/kompas. Bagus kan? Hotel ni agak menjaga sensitiviti customer2 Muslim. Gambar towel hotel pun harus laa diambil untuk kenangan. Keh keh keh.

P1050187



P1050189

 

Ini keadaan balkoni bilik yang mengadap ke arah pemandangan terbentang luas. Siap kabus2 bagai. Sangat sejuk bila berdiri kat sini. Haruslah kitorg pakai jacket sepanjang masa termasuk masa nak tido pun. Grr…

 

Oleh sebab tangan dah penat menaip2 & upload gambar..

Nak tahu apa lagi aktiviti kitorg kat Cameron? Baca entri seterusnya..

Wednesday, January 11, 2012

Ra One

 

ra one

 

Ra One aku tgk kat Astro First kelmarin. Shah Rukh berlakon & citer ni ala2 movie Endhiran (Rajni Khant) last year- Watak hero robot.

Mmg best utk ditonton sbb mnggunakan grafik yg sgt bagus utk aksi2 dlm video game.

Tak rugi tgk berulang2 sampai 2 hari. Hehehe :D

Friday, January 6, 2012

Birthday Present # My Dear Baby Walker for 6 months ++

 

Adik aku, Saniah hadiahkan Aina walker dari My Dear yang dibeli kat Sogo. Aina dah umur 6 bulan sekarang. Leher dah bole angkat & badan pun dah lebih tegap sikit & boleh diletak dalam walker.

my dear logo

P1050092

Walker kaler kuning ni memang menjadi tarikan utama dalam rumah kitorang. Anak buah aku, Ziyad (kiri) dan Azim (kanan) pun bersemangat nak main mainan atas walker baru Aina. Hihihi.

 

Kelakar jek diorg nih. Ada lagu2 kalo button warna warni dipicit & ada stering yang boleh dipusingkan. Bila stering pusing, burung kuning & kura2 yang ada atas tu pun berpusing jugak.

 

Selain tu, bahagian bawah kaki Aina belum dapat sampai ke lantai lagi. Ada lapisan nipis yang kita boleh letak supaya kaki Aina tak penat sangat (seperti gambar di bawah)

P1050088

Thanks Saniah!! Senang sikit nak buat kerja. Takde laa Aina kutip2 benda atas lantai & masuk dalam mulut. Kakaka..

Thursday, January 5, 2012

Birthday Present # ELC Happyland- Forest Fairy Tree House for 18 months ++

 

Permainan kali ni pun kitorg pilih dari ELC jugak.

elc

 

Set permainan rangkaian Happyland ni dihadiahkan untuk anak buah hubby aku, Dhiya Amni Karmilla yang berumur 2 tahun pada 29 Dec 2011 hari tu.

P1050031

Seperti biasa, kena baca belakang kotak dulu, baru kitorg beli. Hehehe.

P1050032

Set mainan ni lebih sesuai untuk girl umur setahun setengah ke atas. Kaler pun pink & very da girlish. Hehehe..

Dengan permainan ni, kita boleh gelongsor dari bahagian atas atap daun, ke bawah. Siap ada tali untuk angkut2 baldi macam kat perigi tue lagi..

Pintu pun ada bunyi & atap daun bahagian atas tu boleh dibuka/tutup jugak.

 

Confirm budak2 suka. Ini dapat tingkatkan daya imaginasi diorg. Kalo korg nak beli, harga dalam RM245. Lebih jimat kalo beli time sale :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...