Sunday, November 6, 2011

Aidiladha, Khatan & Aqiqah Nur Aina

 

Minggu ni adalah minggu yang sangat bermakna buat Baby Nur Aina. Hehehe. Ada 3 hari berturut2 yang penting untuk Aina.

04 Nov 2011- Jumaat

Baby Aina dah genap 5 bulan. Tarikh check-up pun tepat2 jek pada hari yang sama. So, bawak Baby Aina ke klinik untuk injection 3 serangkai. Buat pertama kali nyer Aina tak menangis langsung. Dia kena injection kat peha, buat tak tahu jek. Macam takde apa2.

Wah! Hebat nyer anak Mak!

Lepas bawak Baby Aina, terus pergi kerja dengan senang hati..

05 Nov 2011- Sabtu

Hari ni pulak pagi2 siap mandikan Baby Aina & terus pergi ke Klinik Pusrawi Jalan Ipoh untuk khatan Baby Aina. Dah dekat seminggu aku seram sejuk memikirkan camna nak khatankan Aina sedangkan aku tersangat takut & ngeri.

Masa tunggu giliran jumpa doktor, aku tak berhenti2 selawat & cakap2 dengan Aina. Bagi semangat kat dia supaya tak menangis nanti. Camna laa dia nak kencing? Sakit tak entah?

Tingg!!

Turn kitorang bawak Aina jumpa doktor. Masa tu aku, hubby, Kak Ani dengan anak Sofea & Hani ikut sekali masuk bilik doktor. Masa baringkan Aina atas katil ada seorang doktor & pembantu. Dua2 perempuan. Aku bukak semua baju Aina termasuk pampers.

Lepas tu pembantu yang pegangkan Aina & doktor buat khatan. Semua tengok dari hujung katil. Aku yang penakut ni pun tengok jugak. Sebab nak tahu bahagian mana yang kena khatan & ni experience yang tak boleh dilepaskan.

Sekejap jek doktor tu khatan. Dia belah sikit jek & percaya tak?

Takde darah langsung!

Aina pun tersengih2 jek tak sakit apa2. Punyalah aku happy + terkejut! Kakaka.. Baru laa lega hati Mak, sayang. Dah tamat penantian Mak selama seminggu. Kui kui kui. Terus jek lepas tu kitorang jalan2 kat Jalan TAR beli tudung & makan2 kat KLCC.

05112011555

Aina dah mengantuk masa makan2 kat Signature@KLCC

Untuk pengetahuan korang, kitorang ada Google tempat lain untuk khatan/khitan bayi perempuan.

Tempat Contact Num Harga
Klinik Pusrawi Jalan Ipoh 03-40414922 RM30
Pusat Rawatan Pakar Al-Islam (Kg Bharu) 03-26931007 RM55
Az-Zahrah (Bangi) 03-89212525 RM30

Wan ada buatkan pulut kuning & rendang ayam sempena khatan Aina. Hehehe.. Walaupun takde buat majlis, tapi dapat jugak makan pulut kuning yang Nyummy! Bagi jugak sikit kat jiran2 terdekat.

P1040434

P1040432

  Mmm… sangat2 sedaap!

06 Nov 2011- Ahad

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Awal2 pagi dah bangun. Cepat2 gosok baju sementara tunggu Aina bangun. Kakaka.. Maybe sebab kepenatan jalan2 semalam, dia tidur lena. Last2 terpaksa jugak kejut dia untuk mandi & siap sebab nak buat Aqiqah untuk Aina hari ni.

Lepas family semua pergi solat Aidiladha & makan kenyang2, pukul 9.45pagi kitorang pergi ke surau. Tahun ni Ayah & adik ipar, Wahid buat Qurban. Baby Aina pulak buat Aqiqah. Ada 11 ekor lembu untuk Surau Al-Aziziah kat taman perumahan kitorang.

P1040436 P1040445
P1040451 P1040454

P1040447 P1040450
P1040465 P1040461

         

Akhir nya, settle dah Aqiqah untuk Baby Aina. Alhamdulillah!

2 comments:

  1. eh KT..nk tnyalah..u bwk aina gi jalan2 die x nangis ke?

    ReplyDelete
  2. Nur, masa Aina kecik2 dulu dia nangis kalo jln2 kat luar sbb nak susu & penat jek. Sekarang dia makin OK. Semalam pergi expo baby @ midvel dari 2.30 ptg sampai 9mlm, dia tak meragam langsung. Maybe sbb dia makin besar kot. Dia asyik nak main jek.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...