Thursday, August 1, 2013

Klinik untuk khatan bayi lelaki

 

Sekarang Hadi dah nak dekat 3 bulan. Tetiba aku terfikir untuk khatan Hadi secepat mungkin. Time dia baby macam ni kan Hadi minum susu jek. Senang sikit kalo nak jaga dia masa lepas khatan. Takde laa gatal2 bebird dia sebab makan macam2. Betul tak?

Lagi pun, masa Hadi baby macam ni, dia belum pandai meniarap lagi. Kalo tak, lagi payah dia nak tidur. Risau dia lasak sangat masa 4bulan lebih, nnt lagi susah nak jaga masa khatan dia.

Bila aku tanya kawan2 & check kat internet pun, ramai jugak non-Muslim kat oversea yang buat sunat untuk anak2 diorg masa pantang lagi. Semuanya untuk kebersihan diri.

Ada jugak parents yang aku tanya pasal khatan ni. Tapi diorg nak tunggu anak dah sekolah rendah baru nak khatan. Supaya ada memori katanya.

Bila aku tanya mak aku yang kerja kat hospital pulak, mak lagi happy bila aku nak khatan Hadi awal. Dia cakap budak2 ni masuk dalam OT masa dah besar untuk sunat, diorg sebenarnya akan senang trauma sebab injection kebas kat bebird tu sakit sebenarnya. Sebab tu ada jugak kes budak2 lari masa nak sunat kat klinik/hospital.

Kemusykilan pasal sunat awal ni pun aku ada check kat net. Salah satu nyer korang baca kat sini http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/40391

Ok.

Decision telah dibuat.

Misi mencari klinik khatan baby boy bermula!!

.

.

.

Oleh sebab aku sekarang dah habis cuti pantang, kena laa kol klinik2 yang ada kat area KL & Selangor jek. Tak dapat laa nak survey & tanya setiap klinik macam masa nak bersalin hari tu. Tengok pencarian hospital bersalin aku hari tu kat sini.

 

Aku try Google klinik & hospital yang boleh buat khatan bayi lelaki masa kecik2 camni.

Perkataan yang baru aku tahu pasal khatan2 ni ialah Laser, Smart Klamp, Plastibel, Tissue Glue

Hospital Tawakkal KPJ

image

Mula2 aku try kol no hotline 03-4026 7777. Tanya pasal khatan baby boy. Dia tanya umur berapa. Aku bgtau yang Hadi baru masuk 3 bulan. Dia cakap ada Doc nama Zul kot yang buat khatan baby. Tapi kalo nak pergi weekends dia boleh buat kat Klinik dia sendiri. Terletak berdekatan dengan Hospital Tawakkal ni jugak.

Akak tu suruh aku set appointment dengan Doc Zul dulu. Lepas set tarikh baru p jumpa nanti. Ok, aku pun set tarikh & masa.

Website: http://www.tawakal.kpjhealth.com.my/contact-us.php

 

Klinik Dr Hamid Arsyat

Pencarian aku belum berhenti lagi. Aku Google pulak untuk p Klinik Dr Hamid Arshat.

Jumpa blog Dr Hamid. Kaedah yang digunakan selepas khatan adalah plastibel. Nak tahu lebih lanjut? Tengok kat blog yang aku baca ni http://pakbidan.blogspot.com/2011/04/khatan-bayi-lelaki.html

image Kaedah plastibel

Aku kol klinik, staff bgtau yang anak Dr Hamid yang akan buatkan procedure khatan ni. Agak ramai jugak yang buat khatan. Jadi aku tak dapat nak set tarikh. Paling awal pun lagi 3-4 minggu. Huhuuu. Lama nyer nak kena tunggu.

Ni no contact untuk Klinik Dr Hamid Arsyat yang dapat dari website :

Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia
Telefon untuk temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402 

Hospital Pakar An Nur

image

Last sekali aku try pulak kol Hosp An Nur kat Bangi 03-8926 6060. Staff yang terangkan aku pasal khatan baby ni sangat bagus. Setiap benda dia bgtau aku dari awal procedure sampai habis khatan.

Yang penting:

- Parents tak boleh ada masa khatan dijalankan di dalam OT.(Risau emak2 seperti  aku yang terlebih ngeri)

- Baby bawah 3 bulan pun boleh khatan

- Boleh buat weekends

- Guna kaedah Glue. Senang nak jaga baby sebab tak kan ada darah pun :)

- Harga RM350. Murah sangat sehh!! **SIla baca entri akan datang sampai habis**

Website: http://www.annur.com.my/index.html

Promosi.. Promosi..

image

Aku pun set appointment. Tapi still lama jugak untuk tunggu sebab ramai yang nak buat khatan & Doc akan ada hanya lepas raya nanti. Waaa…

Slot tarikh 24 Aug 13

8am, 8.15am, 8.30am, 8.45am - Semua fully booked!

Pelik tak? 15minit jek beza setiap slot kan? Sekejap jek khatan ni diorg wat.

I like!!

So, jadi ke aku nak khatan Hadi kat An Nur?

Sila tunggu update dalam entri seterusnya yea..

6 comments:

  1. Yg kat annur tu RM 350 ke RM 750

    ReplyDelete
  2. Skrg dah 850 kot + consultation fee 105 so total 955!!

    ReplyDelete
  3. Skrg dah 850 kot + consultation fee 105 so total 955!!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Klinik Ajwa Shah Alam RM 150 terasuk ubat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...