Memandangkan aku dah selamat bersalin di Hospital Ampang 4 Jun 2011 hari tu, nak kongsi jugak saat2 kitorg pilih hospital untuk bersalin. Lepas surf kat internet dan tanya kawan2, kitorg memilih hosp gov jgk. Kih kih kih. Memang tak dinafikan, perkhidmatan hosp gov skrg sudah bertambah baik & kakitangan hosp jugak tidak menghampakan.
Pengalaman aku sendiri kat Hosp Ampang dari masuk wad smpai lepas bersalin, semua berjalan lancar. Doc & nurse sangat2 baik dan sentiasa ada utk membantu. Insya Allah kalo dikurniakan rezeki untuk anak ke-2 lepas ni, aku nak p lagi hosp Ampang. Wad selesa, makanan ok, harga berpatutan lak tue. Kalo korg nak tahu harga yg hosp gov Ampang charge, aku dah sediakan jadual kat bawah sana.
Mungkin lepas korg dah tahu harga yang bakal dikenakan, korg bole buat pilihan dengan lebih baik. Kalo hosp swasta, tak tahu laa berapa agaknya yek? Hehehe. Bayar ribu2, tapi rasa sakit nak bersalin sama jek. Tepuk dada, tanya poket anda.
SUBJECT | WARD 3 OPEN WARD (FAN) | WARD 2 | UNHCR | FOREIGNER |
DEPOSIT | RM15 | RM350 | RM400 | RM800 |
ROOM | RM3/DAY | RM35/DAY | RM25/DAY | RM50/DAY |
NORMAL DELIVERY | RM10 | RM150 | RM375 | RM750 |
OPERATION DELIVERY | RM100 | RM400 | RM500 | RM1000 |
MAXIMUM CHARGE | RM500 | NIL | NIL | NIL |
*NOT INCLUDED OTHER CHARGE (LAB INVESTIGATION, OTHERS TREATMENT ETC)
info tentang berpantang selepas bersalin di SIHAT SELALU - Rahsia Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang
ReplyDelete