Tuesday, September 4, 2012

Getaways: A Famosa Resort @ Melaka 1&2 Sept 2012 [Day One]

 

Minggu lepas, sempat jugak kitorg p jenjalan kat Melaka. Bersemangat nak bawak Aina p main2 kat A Famosa Melaka Resort. Kitorg masuk sana dua kali sebab 1st day Sabtu p mandi manda kat Water World. 2nd day pulak masuk tempat ni lagi untuk pergi Animal Safari. Hehehe.. Semangat kann?

Sabtu 1 Sept 12

Pagi2 dari KL terus gerak ke A Famosa Resort. Pertama kali kitorg datang ke sini. Mesti rasa jakun2 sket kan. Ambik gambar entrance se-das dua. Masuk jek, ada uncle bagi kad untuk masuk area tu. Tapi mcm xde function jek kad tu. Hehehe.

 

DSCN2580

DSCN2584 DSCN2582

   Haa.. ni laa kad masuk kat 1st entrance A Famosa Resort

DSCN2644 DSCN2645

Nak masuk p tempat tu bukan nyer dekat. Jauh nun hujung sana. Sepanjang jalan dapat laa nampak rumah2 penginapan yang disediakan samada banglo unit atau macam pangsapuri tu. Lalu jugak Cowboy Town yang hanya dibuka pada waktu malam. So, ambik gambar dari luar udah ler..

DSCN2850

DSCN2847  DSCN2843

Dah sampai kat area parking, kena bayar bayaran masuk per entry RM2-RM3 kot. Tak ingat pulak harganya. Time sampai tu dah nak penuh jugak parking kat situ. Semua open air. Jadi kitorg carik tempat yang redup2 sikit untuk park.

Fairuz beli tiket masuk ke Water World & beli utk makanan sekali. Boleh pilih2 beberapa jenis makanan yang ada. Kitorg sebenarnya dah siap pakai baju utk mandi dari KL lagi. Tak payah nak salin2 baju, terus pakai gelang tiket pass masuk tu & terjun dlm air. Hahahaa.

DSCN2590 Ni laa tiket pass masuk. Ada tulis termasuk makanan jugak kat situ

Bila masuk jek, dah ada 2-3 orang staff yang panggil suruh berdiri untuk ambik gambar. Tapi gambar bukan free ye kawan2. Nanti masa nak keluar kita leh p check gambar kita yang dah siap cuci. Kalo nak, boleh terus beli jek. Kalo nak softcopy.. tak dapat yea. Hehehe. Mahal jugak harga sekeping gambar, around RM25-RM30. Tapi utk kenangan, beli laa jugak kann..

scan0003 Hasil gambar kitorg kat first entry Water World #Gambar Scan

Sementara tunggu turn utk beli locker & sewa tube, ambik laa gambar sebelum basah kuyup. Nak simpan phone, camera & purse semua kat dlm locker kang.

IMG_0672

Kat A Famosa Water World ni pulak, locker boleh sewa untuk sekali pakai jek. Maksud nyer, kalo dah bukak & simpan barang, hanya boleh keluarkan barang sekali jek. Kalo nak lock balik, sila beli token baru untuk bukak semula. Huhuhu.. Cekik darah betul. Tak sistematik langsung.

Dah settle simpan barang & tukar seluar renang untuk Aina, kitorg mandi manda dengan happy nyer. Bawak Aina pusing2 naik tube kat sekeliling kawasan ni. Tapi kitorg tak pergi tempat2 yang adventure tu. Lain kali kot sebab takde saper nak jaga Aina. Aku bukan nyer berani sangat nak main slide terutama yang panjang2 & ramai org jerit2 tu. Hih.. Tak nak lah! Last sekali bawak Aina naik kat tempat kanak2 kat bahagian atas sebelah kiri area ni. Best jugak sebab ada water slide yang Aina boleh main. Kawasan pun cantik sebab nampak macam ala2 Arab gitu.

DSCN2558 DSCN2559
DSCN2560 DSCN2541
DSCN2548 DSCN2553

Wakaka.. gambar mandi ada sikit jek sebab gambar diambil bila Fairuz dah p tukar baju & bawak beg pakaian ke tempat kitorg mandi ni. Masa aku p tukar baju, Fairuz tukarkan baju Aina sekali. Hehehe..

Kalo dah mandi berjam2.. masa untuk makan pulak. Pergi jek kaunter tempat makanan & tunjuk gelang tadi. Makanan yang kitorg pilih sedap jugak.

IMG_0674
Nasi lauk Kari Ayam

IMG_0675
Nasi lauk Ayam Kicap

IMG_0676  

Makan dengan puas & kenyang. Aina pun kehulu kehilir sebab seronok tengok ramai orang kat sekeliling dia. Enjoy laa tue..

DSCN2562 DSCN2567
DSCN2568 DSCN2563
   

Dah beli gambar yang kitorg ambik awal2 tadi, terus keluar. Kat luar dah nampak gajah & keldai yang kita boleh beri makanan. Makanan ada dijual kat situ RM5 sebungkus untuk feed diorg. Aina memang happy kalo ada binatang2 macam ni. Tapi kitorg x beli pun feeding food sebab esok nak masuk Safari pulak. Ambik gambar jek la. Masa nak p kat kereta, jumpa pulak Hulk Hogan. Ambik gambar ngan dia jugak. Hahaha. Banyak betul benda kitorg jumpa kat sini kan :)

DSCN2570 DSCN2576

 DSCN2575 Akhirnya.. berjaya jugak kitorg bawak Aina jalan2 untuk hari ni. Terus keluar dari kawasan A Famosa Resort & p arah Bandar Melaka yang ada Menara Taming Sari tu. Kitorg dah book Hotel Euro Rich melalui Agoda.com. Bawak jek booking number & dapat check-in dengan cepat. Hotel ni agak cantik & selesa. Tak percaya? Teruskan membaca..

DSCN2624
IMG_0687 DSCN2595
DSCN2592 DSCN2594

Haa.. tu baru gambar lobby nyer. Dalam bilik lagi cantik & kemas. I like!! Tapi sebelum masuk bilik, kena jugak letak tiket parking. Kang tak pasal2 kena saman free esok. Tiket parking tu ada diberi masa check-in. So, kitorg tak payah pakai kitorg punyer. Hahaha. Nasib parking pun hotel bayarkan. Kitorg sampai dah maghrib. So, letak tiket parking untuk pagi esok terus. Kalo tak, sebelum kul 8am kena turun p kat kereta untuk letak tiket parking. Sabtu Ahad pun kena bayar parking kat Melaka tau. Kul 8 lagi dah bole nampak uncle Majlis Perbandaran buat rondaan. Mampu?

DSCN2591 DSCN2597

    Nak naik tingkat atas, ada lif canggih. Corridor pun siap dengan fire extinguisher dan hose bomba. Rasa selamat bila semua langkah keselamatan diambil kira.

IMG_0691 DSCN2631

Masuk bilik jek.. Tadaa..

DSCN2600 DSCN2609
DSCN2607 DSCN2610
DSCN2614 DSCN2616
DSCN2613 DSCN2601

 

DSCN2602 DSCN2605

  Masa kitorg book hotel ni, harga memang agak murah untuk fasiliti yang lengkap macam ni. Esok kitorg pergi Animal Safari pulak.

Next day pulak yea..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...