Thursday, September 6, 2012

Getaways: A Famosa Resort @ Melaka 1&2 Sept 2012 [Day Two]

 

Sambungan dari hari pertama kitorang jenjalan Melaka..

Ni contoh voucher yang kita dah book awal2 dari Agoda. Kalo boleh, print & bawak p hotel masa nak check-in. Harga masa kitorg book ni RM160.

image

Pagi-pagi lagi dah siap untuk breakfast. Book Hotel Euro Rich termasuk sarapan sekali disediakan. Dah mandi, turun makan jap. Pilihan tak banyak sangat. Tapi boleh alas perut untuk sementara laa.

DSCN2636

Settle makan, terus check-out p A Famosa Resort balik. Tak jauh sangat pun dari hotel. Dalam 25 minit dah boleh sampai. On the way p sana, Aina dah ngantuk2 sebab kena mandi & siap awal tadi. Bagi dia tido dulu untuk charge battery dia. Hehehe.

IMG_0693 

Dah sampai!! Macam semalam, kitorg akan beli tiket masuk yang ada sekali dengan makan tengahari. Ambik lagi gambar mahal kat entry Animal Safari. Kakaka.

scan0004Gambar Aina pakai topi Red Indian #Gambar Scan

scan0005

Fairuz pegang parrot #Gambar Scan

Gambar atas ni nanti ambik time keluar dari Animal Safari. 2 keping gambar Rm50++ Huhuhu.. Cekik darah lagi..

Tapi kat dalam Animal Safari memang sangat best! Kalo oversea ada Safari, Malaysia pun ada taw. Kitorg ada jugak check kat website A Famosa Resort tentang waktu animal show yang ada kat sini.

image

Check it out gambar2 yang kitorg ada kat bawah2 nie.

DSCN2651 DSCN2654
DSCN2653 DSCN2661
DSCN2655 DSCN2657

     Pukul 11am ada Multi Animal Funtime. Dengan pantas kitorg p kat tempat tu. Tapi x nak seat yang kat bahagian depan sangat. Takuut!!

DSCN2696 DSCN2674
DSCN2678 DSCN2670

  Aina pun excited jugak tengok binatang2 buat show. Dia pulak yang ke hulu kehilir kat area tu.

DSCN2682 DSCN2673 DSCN2690

Tengok kat belakang kitorg. Memang banyak seat tengah yang dah enuh. Kitorg dok hujung sekali. Senang Aina nak berlari2 kat situ. Takde laa panas sangat berbanding duduk kat celah2 orang ramai.

DSCN2679 DSCN2680

  Dari kawasan show tadi, kitorg jalan straight lagi untuk pergi ke Monkey Island naik bot. Tak payah bayar pun bot tu. Perjalanan sekejap jek lebih kurang 5 minit dah sampai ke island tu. Tapi untuk keselamatan, masih kena pakai life jacket jugak.

DSCN2707 DSCN2712
DSCN2716 DSCN2717
DSCN2718 DSCN2721
DSCN2719 DSCN2722

Kat sini pun boleh bagi makan kat monyet2. Beli jugak makanan sebungkus RM5 & feed binatang2 kat situ. Ada yang letak dalam sangkar, ada yang diorg biar lepas jek kat dalam pulau kecik tu. Tu yang ngerii..

DSCN2727 DSCN2736
DSCN2726 DSCN2732
DSCN2737 DSCN2733

Semua monyet yang ada dilepaskan kat luar ni tak merbahaya katanya. Tapi aku still ngeri nak bagi monyet2 tu makan. Aina selamber jek bagi. Tak macam aku. Wakaka.

DSCN2738 DSCN2731

Balik pun naik bot jugak. Tunggu bot kejap jek sebab memang ada banyak bot disediakan.

DSCN2743 DSCN2746

Tadi memang enjoy bagi monyet makan. Sekarang perut kitorg pulak yang dah kelaparan. Turun bot, terus p makan. Macam semalam jugak, tunjuk jek gelang tangan tu, pilih makanan yang kita nak.

IMG_0709Nasi Minyak

IMG_0708
Nasi Ayam Kari

Bagi aku, makanan yang kitorg makan semalam kat Water World lagi sedap daripada kali ni. Tapi kalo perut dah lapar, nak pilih2 makanan lagi memang tak perlu laa.

Abis makan, Aina dah start nak mintak naik pony ngan gajah. Kena laa bagi naik 2 round pony. Satu round RM6-RM8. Tak ingat pulak. Unta pun ada boleh naik. Tapi kitorg tak naik pun la.

DSCN2747 DSCN2753

Kalo gajah, ada promotion. Beli barang cenderamata kat kedai sebelah tu dalam RM50, boleh naik gajah untuk 2 dewasa. Alang2 nak beli cenderamata, pilih banyak2 untuk family & kawan2. Dapat laa jugak naik gajah. Puas ati den. Ni 1st time kitorg bertiga naik gajah. Ngeri jugak mulanya. Tapi dah naik, rasa tak nak turun pulak. Hehehe.

DSCN2751 DSCN2763
DSCN2764 DSCN2766

  DSCN2761    

   Gambar naik gajah ni pun mahal jugak. Beli..jangan tak beli..

scan0006 Naik gajah dengan gembira #Gambar Scan

 

Dah enjoy naik gajah, kitorg beli makanan untuk arnab. Haa.. yang ni bole laa aku bagi makan. Sangat berani taw aku bagi arnab2 comel nih makan. Bangga! Cuba tengok gambar masa aku pegang Aina nak bagi makanan kat area Monkey Island atas tu tadi.. Aku tak sanggup nak tengok monyet tu ambik makanan dari tangan anak aku. Siap pandang tempat lain lagi. Kih Kih Kih..

DSCN2772

DSCN2767 DSCN2771

Sekarang baru kitorg nak p Safari yang open air betul2 tu. Bahaya tau nak lalau kawasan binatang liar. So kena naik trem masuk safari sebagai keselamatan. Trem ni dikunci dari luar. Jadi takde sesaper yang dah masuk dalam trem ni boleh gedik2 bukak pintu nak ambik gambar masa kat area Safari nanti.

DSCN2829

DSCN2779 DSCN2781
DSCN2791 DSCN2795
DSCN2802 DSCN2809
DSCN2810 DSCN2825
DSCN2819 DSCN2821

Nampak tak harimau yang ada kat sebelah pokok buluh kat gambar atas tu tadi. Masa driver stop kat tepi tu supaya kitorg leh ambik gambar, harimau tu mula2 dok lepak jek. Tetiba dia bangun dengan laju & terkam trem yang kitorg naik tadi. Betul2 kat sebelah kiri suami aku. Bole nampak bahagian bawah badan harimau tu ngan kuku tangan dia. Terkejut kitorg semua. Suami aku dipisahkan dengan harimau tu dengan besi pagar trem tu jek taw. Nasib baik laa trem tu mmg dikunci dari luar. Alhamdulillah, takde apa2 berlaku.

DSCN2789 DSCN2797 DSCN2798

          
Last sekali, gambar kitorg dalam trem dalam keadaan gembira & binatang paling Aina suka.. Giraffe!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...