Tuesday, June 12, 2012

Birthday Bash 1 year old Nur Aina!

 

Masa 10 June 2012 hari tu, kitorg buatkan birthday party untuk Aina yang dah masuk setahun. Oleh sebab 4 June 2012 birthday Aina tu jatuh pada hari Isnin, kitorg wat birthday dia Ahad minggu yang sama.

 

Agak lama jugak kitorg decide untuk pilih tempat nak buat majlis ni. Banyak tempat kitorg survey. Hubby kehulu kehilir 1 KL cari tempat yang OK. Kitorg nak tempat yang budak2 boleh main & tak bosan supaya parents boleh makan dengan tenang. Hihihi..

 

Kitorg pun check it out kat Yu Kids Island@The Curve.

Check jugak rate untuk buat party. Rasanya pakej disediakan agak mahal dan tak berbaloi dengan makanan yang diorg bagi kat budak2.

Check pulak kat Kizsports & Gym@Bangsar.

Hubby pergi kat Bangsar Shopping Center & branch lagi satu kat Great Eastern Mall. Website dia pun leh tengok kat sini. Sekali lagi hampa kerana harga tak memberangsangkan. Tempat ni agak best terutama yang ada kat Great Eastern Mall. Permainan sangat best & confirm budak2 akan enjoy.

Pilihan ni pun kitorg terpaksa tolak. Tapi kalo Aina dah besar sket, rasa nak buat jugak kat sini. Kalo mahal sangat, jemput family members jek & biar anak2 buah main ramai2. Tunggu…

Still belum putus asa..

Kitorg tengok pulak kat Charlie Brown Cafe@KLCC.

Datang nak tengok keadaan area tempat birthday party & buat food test.

Air memang sedap. Tapi makanan nyer tak berapa sedap & mahal. Masa kitorg datang ni hujung bulan May 2012. Bila kitorg tanya pasal birthday party & menu makanan yang boleh dijadikan pakej birthday, diorg cakap nak tukar menu baru untuk bulan June. So diorg tak dapat bagi list makanan.

Kitorg try sekali jek. Tak tahu laa makanan dia dah sedap ka belum. Kalo korg tahu, nnt tolong info yek kat comment bawah nu..

charlie brown cafe 1
 charlie brown cafe charlie brown cafe
charlie brown cafe charlie brown cafe
charlie brown cafe charlie brown cafe

 

Setakat ni belum jumpa lagi tempat yang kitorg suka & termasuk dalam budget kitorg. Entri seterusnya aku akan bagi tahu korg ke mana misi kami seterusnya.

 

Keep on reading!!

p/s: Ada gambar yg aku ambik dari Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...