Masa beberapa bulan selepas Aina lahir, kitorg jalan2 kat Aeon AU2. Ada booth TAWAS. Masa tu tak tahu sangat. Tapi kitorg daftar jek laa kat booth tu.
Balik rumah baru Google & check pasal Tabung Warisan Anak Selangor ni. Kena daftar sebelum baby umur setahun.
***********
Syarat-syarat kelayakan TAWAS
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH PADA HARI ULANGTAHUN PERTAMA PEMOHON.
Syarat 01
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
Syarat 02
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. ( Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/ Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal ).
Syarat 03
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar Negeri Selangor (daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur dan Pahang) mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. *Ibu dan Bapa lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Pahang. ( Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/ Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal ).
*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah Negeri Selangor yang bersempadan negeri lain. Contoh:- Selangor- Negeri Sembilan, Selangor-Perak, Selangor-Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Selangor-Pahang.
Prosedur Permohonan
Mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi atau daftar secara Online di sini.
atau
Pusat Pendaftaran:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS):
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan dokumen sokongan seperti berikut:
a) Sijil Kelahiran / MyKid anak.
b) Kad pengenalan ibubapa/penjaga
*Nota : Setiap pendaftaran yang berjaya akan diberi Kad Si Manja TAWAS yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti penyertaan di dalam Tabung ini.
***********
Selepas sebulan, kitorg check web TAWAS & nama Aina dah berjaya didaftar.
Ada surat sampai berserta dengan Kad Tawas & borang penerimaan kad yang perlu diisi & dihantar semula.
Beberapa bulan lepas tu, dapat notis untuk pergi ke Ambank & daftar Aina kat situ untuk akaun TAWAS & dapat sijil simpanan yang menunjukkan Aina leh keluarkan duit simpanan Tawas masa dia umur 18 tahun.
Hehehe.. Syok kan jadi Anak Selangor?
Nota kaki: Yang penting, daftar baby sebelum umur setahun yea :)