Sunday, March 6, 2011

Scan Baby 3D & 4D Ultrasound Murah @ Poliklinik MediNur

Masa aku preggy 20 week++ awal tahun ni, kitorg dah mula cari antenatal class & klinik untuk scan baby. Kalo bole nak cari tempat scan yang bukak hari sabtu & ahad. Kebanyakannya memang buka hari bekerja jek. Tu yang buat kitorg pening. Tak kan nak ambik cuti & p scan pulak. Jadi lepas melakukan pencarian demi pencarian, kebetulan masa makan kat 1 utama, surf net guna phone & ipod. Jumpa contact number Klinik MediNur yang buka weekends untuk scan ultrasound. The best thing is, tak perlu appointment pun. Call jek 017-6202933, Jezzlyn (org yang scan aku) bagi tahu yang klinik tu bukak & SMS kitorg alamat dan cara nak p sana. Kitorg dengan pantas makan & terus p Klinik MediNur kat Puchong Utama.

 

Scan ultrasound 3D & 4D kat klinik ni memang best. Masa tu Jezzlyn scan perut aku lama jugak dekat 45min-1 jam. Selagi tak nampak muka baby, dia akan try pegang perut & usik2 kasi baby pusing. Time scan tu, 1st sekali kitorg nampak, jantina dia. Nak tengok muka dia pulak, banyak kali Aina tutup muka pakai tangan dia. Sebab tu masa yang diambil untuk scan aku agak lama. Jezzlyn wat keje sangat bagus dan banyak membantu. Kitorg gelak2 tengok Aina gerak dalam perut. Siap borak2 ngan baby lagi supaya dia tunjuk muka dia. Hehehe. Bilik scan pun selesa. Siap ada monitor lagi kat atas kaki supaya kita leh tengok scan masa baring kat katil. Lagipun diorg sediakan CD & sekeping gambar ultrasound. Semua tu dengan harga RM90 jek. Memang puas hati sebab dapat gambar yang cantik. Bawah ni sebahagian koleksi ultrasound scan yang kitorg dapat dalam CD.

SITI KHATIJAH_0008   SITI KHATIJAH_0006
SITI KHATIJAH_0007

SITI KHATIJAH_0004

Selain daripada gambar, video pun dibekalkan dalam CD scan tu. Gambar pun agak clear dan menjadi kenangan untuk kitorg setelah bergelar parents. Sekarang dah dapat jumpa Aina setiap hari. Kikikiki. Best sangat!

Saat ke-4 nampak tapak kaki dia. Saat ke-6 nampak jari telunjuk kanan tgh tunjuk sign 'Tolong Senyap' kat kitorg. Kakakaa..

6 comments:

  1. Owh, sonographer yang sama Liza scan semalam. Tp kami ke PJ..

    ReplyDelete
  2. salam,nak tanya...selain check jantina & keadaan baby, ada tak dia check kalau2 baby ada abnormalities mcm syndrom down ker anything?saya pun tgh mencari klinik utk wat 3D/4D scan...so nak tanya pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Selalu nyer, masa normal check-up kat klinik mengandung, doc akan scan & check panjang baby, size kepala, cecair amnion cukup x, etc. Masa tu, doc akan calculate & bgtahu kalo ada result yg pelik. Dia akan inform & suruh buat checkup lain yg lbh detail kat hosp. Tp, masa scan 3D ni, bole tanya sonographer tu kalo ada apa2 yg akak nak tahu. Harap jwpn saya membantu.

      Delete
  3. Berbaloi utk contact jezzlyn utk scan. Sma sonographer exp and very pleasant..

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 2d detail scan , 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

    ReplyDelete
  5. People who win the lottery have done some research on how to win the lottery and win right away in no time at all. keputusan 4D hari ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...