Sunday, June 16, 2013

Getaways: Berenang di Gold Coast Morib 11June13 [Part II]

 

Bersambung dari sana..

 

Jadi kitorg pun berseronok kat theme park tu. Memandangkan hari ni Selasa, memang kurang laa pengunjung hotel ni.

Apa lagi?

Enjoice!!

DSCN4769 DSCN4772

Nasib baik MIL aku sangat baik hati. Dia tolong jagakan baby Hadi.

Aku?

Dah laa baru nak habis pantang. Bagai nak rak kitorg mandi manda. Air pun tak sejuk. Tapi aku berenang2 jek laa. X berapa main sangat mainan2 dalam theme park kecuali..

DSCN4778 DSCN4782

Main slide!

Hehehe. Tak laju pun. Sebab tu laa aku agak berani nak naik. Aina siap suro aku bawak dia lagi. Memang lebih 20 kali kot dia main slide kuning nie.

Gambar sebelah atas tu pulak gambar Amni yang seronok berenang. Dia pulak tak suka naik slide tu. Dia suka main & berenang kat tepi2 jek.

DSCN4785 DSCN4796

Hadi yang keletihan pulak bagi chance kat mak dia untuk enjoy. Di a tido atas pelampung oren yang kitorg bawak. Lapik ngan towel sumer, dah jadi katil. Kakakaa.

Tengok laa muka aku yang heppi dapat jenjalan & berenang dengan selamber nyer!

DSCN4792 DSCN4799

Amni & Aina main pusing2 buai tu. Mak dia pusing2 tiang.

Mampu?

 DSCN4823 DSCN4834

Dah settle mandi manda, ambik gambar satu family & naik ke bilik.

Kitorg masuk bilik & nak settle2 mandi lagi skali & solat. Kak Fadilah pergi try masuk bilik dia yang kat depan bilik kitorg. Tapi tak dapat masuk pakai card dia. Pelik kan?

Dia datang & bgtau hubby aku yang dia tak boleh masuk bilik dia. Hubby aku try p bukak bilik tu pun x boleh. Tapi dia dengar suara orang dalam bilik tu.

Eh?

Dia ketuk banyak kali & tetiba ada sorg kakak bukak pintu. Hubby aku bgtau laa yang tu bilik kitorg. Macam mana leh dorg masuk? Akak tu bgtau yang diorang baru check in kat bilik tu x sampai 5 minit.

Apa lagi.

Hubby aku try kol lobby & bgtau yang bilik kitorg kat depan tu dah kena ambik ngan org lain. Macam mana laa staff hotel ni wat kerja. Kan ke dalam system tu dah ada no bilik kitorg.

Hubby aku p turun bawah lobby & jumpa diorg terus. Lagi senang.

Rupa2 nya, staff yang kelam kabut wat kerja masa kitorg check in tadi tak update system betul2. Tak pasal2 dorang suruh kitorg tukar p bilik lain. Patut nyer org kat depan bilik kitorg laa yang pindah kan? Sebab diorg baru jek masuk. Kan senang pindahkan diorg dari pindahkan kitorg?

DSCN4865

Nie buktinya. Bilik kitorg yang baru ialah 2143 & 2144 pulak.

Kena kemas barang2 & bawak sumer barang turun tingkat bawah. Tension jek diorg ni. Time Maghrib lak tu kitorg kena pindah. Huhuhuhu.

Sabar jek laa. Dah nak jadi kan..

Akhirnya kitorg settle pindah. Tapi bilik depan kitorg yang MIL & SIL aku stay tu double bed yang disambungkan sama2. So, besar laa katil tu. Dah macam queen. Amni & Aina pulak nak tido ngan MIL aku. So, diorg berempat dapat laa tido kat katil yang agak selesa jugak. Berbanding tido katil single 2 bijik.

Ada laa hikmah nyer kitorg kena tukar bilik.

Hubby aku pulak berseronok p mandikan baby Hadi dalam jakuzzi yang besar tue.

DSCN4873 DSCN4877

Diam jek dia mandi dalam ni. Air pulak suam2 jek hubby aku buatkan. Memang enjoy habis laa Hadi mandi. Dia kan tak dapat mandi theme park tadi.

Kakakakaa..

DSCN4869 DSCN4872

Lebih kurang pukul 10pm kitorg keluar p Pantai Morib untuk dinner. Order jugak air coconut shake & cendol. Sedap sangat2!

Angin pulak kuat sangat. Siap bunyi2 ombak lak tue.

Sangat best yea kawan2.

Rabu 12 June 13

Esok pagi tu Aina & Amni sambung mandi lagi kat theme park lepas kitorg breakfast. Dah mandi theme park, mandi lagi dalam jakuzzi kat bilik. Memang hari mandi sedunia laa untuk kitorg kan?

Dalam pukul 12.15pm baru kitorg check out.

DSCN4887

Sebelum balik KL, singgah kat Pantai Morib untuk makan lunch. Memang terbaik! Semalam makan malam sedap. Hari ni lunch pun sedap2 jugak makanan nyer.

So amacam?

 

Mau datang Gold Coast mandi manda?

:)

Thursday, June 13, 2013

Getaways: Berenang di Gold Coast Morib 11Jun13

 

Korg ingat tak betapa seronok nyer aku datang kat Gold Coast Resort Morib ni masa sambut birthday aku April lepas? Kalo tak ingat, check it out sini dulu.

Kali ni aku lagi seronok sebab datang dengan MIL sekali. Cuma kali ni aku sangat tak puas hati dengan staff resort ni. Nak tahu kenapa? Baca entri ni sampai abis yea.

Selasa 11 Jun 13

Pagi2 pukul 8 kitorg pergi KKIA untuk buat check-up. Aku ada post natal checkup. Aina checkup 2 tahun & Hadi 1 bulan. Kiranya semua checkup serentak laa. Hehehe.

Pukul 9 lebih dah settle, terus pergi Putrajaya untuk buat IC baru aku, sis in law & MIL. Nasib baik kejap jek beratur ambik nombor & ambik gambar. Kena bayar RM10 untuk setiap pembaharuan IC.

Pastu baru hubby pecut ke Gold Coast. Sebelum sampai hotel, singgah beli Ayamas untuk tapau makan kat hotel. Aina & baby pun tido kepenatan jugak.

2.00 pm

Sampai hotel, terus aku p kat lobby untuk check in. Walaupun masa check in kul 3pm, aku try jugak tanya memandangkan hari ni Selasa & dah tentu bilik banyak yang kosong. Mesti boleh check in awal punyer.

Aku mintak block 3 sama macam hari tu supaya tak yah jalan jauh2 & katil king untuk 2-2 bilik yang aku dah tempah.

Staff tu lelaki Sabah kot. Dia try carikan aku block yang sama & katil King macam yang aku mintak. Tapi dia cakap hanya boleh check in pukul 3 sebab belum siap housekeeping. Aku cakap, takpe aku tunggu lagi sejam.

Kitorg pun p jenjalan kat area hotel tu menuju ke pantai.

DSCN4711

Sampai pantai aku terus terkejut!

Mana Air?

Selama ni aku dok bandar jek. First time aku dapat tengok air surut kat pantai dengan sangat surut nyer!

DSCN4726 DSCN4722

Air laut nun jauh sana! Ada jugak orang yang jalan sampai hujung tu untuk sampai ke air laut. Ngeri pun ada jugak sebab aku tak pernah nampak pantai yang takde air macam ni.

Kelebihannya, kitorang dapat tengok anak2 ketam dengan sangat dekat. Aina & anak buah aku, Amni pun happy sebab baru 1st time nampak ketam pantai & cengkerang banyak2.

 

DSCN4718 DSCN4721
DSCN4720 DSCN4716

Dah nak dekat pukul 3, kitorang patah balik ke lobby. Semua dah kepenatan & kelaparan.

DSCN4712 DSCN4730

Sampai jek lobby, aku p kaunter & cakap nak check in. Ada sorang akak India & Malay yang ada kat situ. Akak India tu tolong check borang aku yang staff lelaki awal2 tadi siapkan. Dia bagitahu kat akak Malay tu something. Aku tunggu jek laa. Akak Malay tu terus roger staff housekeeping & tanya baby cot available tak.

Aku diam jek laa. Tetiba staff Malay tu bagitahu aku yang kedua2 bilik aku akan dapat double bed. Maksudnyer katil asing2? Aku cakap aku tak nak! Aku nak at least 1 katil King sebab ada baby kecik. Aku bukan bagi susu lembu. Aku fully breastfeed! Dia cakap dia akan sediakan baby cot.

Ewah, ewah!

Sebelum tanya aku, dah buat keputusan sediakan baby cot untuk aku kat bilik yea? Aku cakap, takpe. Suruh orang housekeeping tu siapkan bilik aku. Aku tunggu. Aku dah mintak awal2 kot. Pukul 2, sebelum orang lain check in. Takkan di hari weekday macam ni takde langsung katil King yang available?

DSCN4736

Budak Amni yang dah ngantuk ni pun terpaksa tunggu jugak untuk dapat bilik. Kesian budak2 kecik & MIL aku. Kitorg sumer dah lapar. Ada yang kena makan ngan aku kang. Hubby aku dah geleng2 tak puas hati ngan staff situ.

3.30 pm

Staff Malay tu datang & bagi aku kunci bilik. Dia cakap 1 King & 1 lagi double bed. OK lah. Aku malas nak bising2 lagi. Kitorg terus naik atas. Tapi nombor bilik aku block 2. Hmm..

Rupanya pakai lif kat lobby tu, block 2 & 3 bersambung. Takde masalah kalo camtu. Takde laa jauh sangat menapak pun. Bilik kitorg dapat 2744(King) & 2743(Double bed)

 DSCN4859DSCN4860

Jeng jeng jeng..

Ni bilik 2744 katil King dan balkoni mengadap arah water theme park. Tak sama design katil dengan masa kitorg pergi hari tu. Ingatkan semua bilik katil king ada katil yang bertiang.

DSCN4856

DSCN4845 DSCN4849
DSCN4851 DSCN4846

Beg2 semua kitorg letak dalam bilik ni. Bilik 2743 double bed tu pulak tak berapa best. Sebab katil single asing2. Antara katil single tu ada side table. Tapi tak sempat nak diambil gambar. Kenapa yek tak sempat ambik gambar? Tunggu..

Lepas makan2 nasi ayamas tapau tadi, terus bersiap turun mandi sebab Aina & Amni dah excited nak turun. Terjerit2 diorg kat balkoni tu. Hihiihi.

DSCN4761

DSCN4744 DSCN4748

Gambar atas ni adalah pemandangan dari balkoni bilik 2744 kitorg. Apa lagi?

 

Jom turun & mandi manda!!

 

Tapi bersambung kat next entry yea..

Saturday, June 1, 2013

Sambutan Birthday Nur Aina 2 Tahun

 

Hari ni baru 1hb Jun 2013 iaitu hari Sabtu. Memandangkan birthday Aina tahun ni jatuh pada hari Selasa, kitorg dah sambut awal2 birthday Aina sebab nak sambut dengan family aku. Hehehe.

 

DSCN4703

DSCN4705

Best nyer dapat makan ice cream cake. Perisa kali ni memang feveret aku- Cookies & Doughnut Dough. Nasib baik laa ada ready stock jual kat Aeon AU2. Kitorg tak order awal2 pun. Hehhee.

Semoga Nur Aina menjadi anak yang taat pada Allah & mak ayah. Jaga diri & keluarga. Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...