Thursday, April 25, 2013

Getaways: My 29th Birthday Celebration @ Gold Coast Morib Resort 13 April 2013 [Part II]

 

Sambung dari Part I.

Lepas maghrib kitorg siap2 nak p makan malam buffet kat cafe. Set dulu timer camera..

SnaP!!

DSCN4594

 

Masuk jek kat cafe tu dah pukul 8pm. Kat pintu masuk, aku bagitahu staff situ yang aku under Birthday Package. Kat sebelah dia ada banyak sijil2 Malaysia Book Of Records. Aku masuk dulu sebab staff tu macam sibuk jek.

Cari tempat duduk, banyak yang dah penuh sebab ada 3 company yang buat event kat Gold Coast malam tu. Jauh laa jugak meja tmpat kitorg duduk dengan area buffet tu.

Aku jaga Aina, hubby p ambik makanan. Bagi aku, pilihan makanan buffet kat sini tak banyak. Jadi tak menarik pun makan buffet dinner sini. Lain kali nak makan kat Pantai Morib jek laa. Lagi best & meriah makanan situ.

Ada waitress kat situ, aku panggil & bgtahu pasal pakej birthday aku. Dia cakap, p jek jumpa staff kat pintu depan. Nanti dorg bagi sijil & hadiah. Kek pulak akak tu hantar kat meja aku. Hehehe.

 IMG_1451

 gold coast morib 4596

Bergambar Sempena Harijadi

sijil birthday malaysia book of records

Sijil Malaysia Book Of Records. Bangga weh ada sijil bila dah tua2 camni. Hehehee

IMG_1446

Hadiah yang Gold Coast bagi ni, bear yang boleh nyanyi lagi birthday sambil goyang2 badan & ada kipas kat atas kek tu yang akan timbul perkataan ‘Happy Birthday To You’ masa nyanyi2 tu. Best sangat!

Settle makan, terus naik bilik & mandi jakuzzi lagi sebelum tido. Hahaha. Best jek hidup kitorg. Mandi sepanjang hari.

 

Ahad 14 April 13

Bangun pagi, p breakfast.

Haa.. breakfast kat sini memang menarik. Tempat pun besar & berhampiran pantai. Sejuk laa sikit. Pilihan makanan lebih banyak berbanding makan malam semalam sebab stall makanan diletakkan kat sekeliling area tmpat makan. Takde laa crowded sangat kalo nak beratur ambik makanan.

Dah makan, p pantai jap & bukak kasut Aina supaya dia rasa kelembutan pasir pantai.

Dah jangka dah!

Dia mesti geli & tak nak jalan atas pasir. Wakaka..

Pastu, bawak dia naik bilik & kitorg semua tukar baju & turun p mandi lagi kat theme park. Kali ni sewa tube jugak. Rasanya x sampai RM10 untuk sewa tube ni.

gold coast morib 4600 gold coast morib 4603

  gold coast morib 4606

Ni gambar slide 3 berkembar yang agak laju. Slide pusing2 kaler kuning sebelah tu yang AIna dok naik lebih 10 kali.

gold coast morib4613 gold coast morib4617

Lazy river yang aku sangat suka. Tak berapa panjang, tapi memang aku suka jenjalan dalam air cenggini.

gold coast morib4626

 

Slide besar punyer. Bentuk macam piramid. Budak2 kecik buat aksi pelbagai gaya kat sini. Ngeri jek aku tengok. Mak bapak pun boleh main jugak. Laju sangat & kalo pakai pelampung atau tube lagi laa macam terbang jadik nyer. Yang ni Fairuz bawak Aina naik sekali jek. Sebab dia pun ngeri kot nak pegang Aina. Risau melantun tak pasal2.

gold coast morib4622 gold coast morib4625
gold coast morib4628 gold coast morib4629
gold coast morib4630 gold coast morib4631

Aina berlatih berenang. Nak jadi perenang negara satu hari nanti. Kih Kih Kih.

gold coast morib4656

 

gold coast morib4641 gold coast morib4642

Haha. Aina yang dah makin berani jalan sendiri dalam air. Selalunyer tak mungkin dia nak lepaskan tangan kitorg masa dalam air. Kali ni ada peningkatan sket. Aku berbangga! Chewaah!

 

gold coast morib4645

Fairuz dah nak duduk atas slide sambil pegang Aina. Tak sempat snap. Fairuz nyer muka & kepala Aina jek nampak kat celah2 pokok tu. Cer cari kalo jumpa. Hehehe. Ambik gambar guard jek laa.

gold coast morib 4648

Aina buat muka selamba jek turun dari slide pusing2 nih. Aku kena tunggu kat bawah jek laa. Dh sarat2 8 bulan, still nak naik lagi? Jangan harap dapat naik la. Kakaka.

 

Dah mandi theme park sampai kul 11am, naik bilik cepat2 untuk mandi jakuzzi pulak. Perfect hidup kitorg dengan mandi manda jek dua hari ni.

Kul 12.15pm kitorg p lobby utk check out. Perghh! Ramai giler org beratur. Sangat panjang & crowded area lobby hotel ni. Nasib baik ada tempat sofa yang leh aku duduk jaga Aina sebab Aina dah mengantuk + kepenatan mandi.

Fairuz tak beratur check out dulu. Dia p re-park kereta supaya boleh load barang dekat sikit. Luar lobby area tu memang dah sesak dengan kereta. Nasib baik dapat parking jugak dekat ngan lobby. Hubby masuk kuar anta barang kat kereta.

Bila dah settle, beratur check-out dah tak berapa panjang. Hehehe.

 

Pastu baru gerak balik Kl dengan sangat gembira.

Insya Allah, kami akan datang lagi ke sini.

 

Bessst!!

Thursday, April 18, 2013

Getaways: My 29th Birthday Celebration @ Gold Coast Morib Resort 13 April 2013

 

Kakaka.. aku dah tempah hotel ni last week. Tengok kat entri ni.

 

Sabtu 13 April 13

Kitorg bertolak dari KL pukul 1.15pm. Sebab dari hari Khamis hari tu, area Selangor xde air sebab empangan pecah. Ni dah hari ke-3, baru ada air. So, kitorg p tadah air untuk back-up sebelum kuar umah. Lambat laa keluar hari ni. Check in kul 3pm.

Sampai kat Gold Coast pukul 2.45pm sebab Fairuz bawak slow coz tak tahu jalan ke sana. Google Map yang tolong tunjukkan.

Sampai jek terus p check-in. Ramai jugak kat lobby tengah tunggu untuk check-in. Aku beratur jer laa sebab aku yang kena check-in sendiri memandangkan kena guna IC aku untuk birthday promotion tu.

Sampai jek turn aku, aku tunjuk booking details dari phone jek. Malas nak print2. Staff tu mintak IC aku & settlekan check-in.

Nasib baik aku bgtau nak katil King. Sebab untuk bilik Studio Suite, akan dapat samada 1 katil King atau 2 Double Bed. Takkan Aina nak kena tido tengah2 katil double bed yang disambungkan?

Kalo bilik katil King penuh, tak dapat laa. Aina ada kat situ. Aku letak atas counter. Maybe sebab dia tengok ada budak kecik, dia check & bagi tahu ada kosong.

Sebelum aku, ada jgk akak preggy ni check in. Tapi dia ckp nak katil King, staff ckp dah habis. Pastu dia bgtahu ada budak kecik jugak, baru staff tu bagi bilik King. Ikut nasib laa kot.

gold coast morib

Nasib baik aku dapat bilik 3357. Nak tahu kenapa aku happy? Sebab..

3- No. blok tempat kita stay

3- Tingkat

57- No. bilik

 

Blok 3 adalah blok yang sama dengan lobby tempat check-in & pintu masuk ke water theme park. Jadi, aku just naik lif ke bilik. Tak payah keluar lobby & pergi blok lain. Tak jauh pun blok-blok lain tue. Tapi untuk aku yang preggy ni takde laa sesak sangat nak jalan bawak Aina.

Kalo mandi pun bole pakai baju basahan dari bilik > Turun lif p mandi theme park > Tak yah tukar baju> Naik lif ke bilik.

Tak payah susah2 sewa locker untuk bawak baju kering & towel. Kih Kih Kih.

Tips: Kalo korg p sana, mintak nak katil King & blok 3 yea.

 

gold coast morib DSCN4558

DSCN4573

gold coast morib DSCN4561

    

Lepas kitorg dah terkejut2 happy masuk dalam bilik yang best nih, rehat2 jap sambil usik barang itu ini. Bukak tingkap dari toilet ke katil. Waah! Mesti jakun2 dulu. Hehehe.

Dah settle semua, dalam pukul 4pm, kitorg turun pergi makan ‘tengahari’ kat Pantai Morib. Dekat jek dengan resort ni. Banyak pilihan makanan jugak. Nyum nyum nyum..

Balik jek resort, terus pergi mandi kat water theme park. Pakaikan Aina baju mandi baru dengan gambar Hello Kitty kesukaan dia. Hihihi.

DSCN4579 DSCN4582 DSCN4581

gold coast morib theme parkPemandangan theme park dari koridor depan bilik kitorg

 

Kali ni Aina mandi dengan sangat gembira sebab air tak berapa sejuk. Melompat2 dia dalam air. Dah berani pulak jalan sendiri dalam air tanpa pegang tangan kitorg. 1st time aku dapat tengok Aina mandi dengan seronok & tak takut air.

Malam ni nak sambut birthday kat buffet dinner yang termasuk dalam pakej ni.

Apa cer?

Bersambung… ;)

Tuesday, April 9, 2013

2nd Baby in Tummy: Pendapat rakan fB mengenai harga bersalin c-zer di hospital swasta

 

Dalam entri sebelum ni, aku ada bagi tahu pasal elective c-zer yang dicadangkan oleh Doc Suhaiza dari Hospital Gleneagles KL.

Apa lagi?

Aku tanya pendapat ramai orang tentang harga hospital swasta yang OK untuk elective c-zer. Termasuklah di facebook Hospital Bersalin.

Hehehe..

Ini hasilnyer.

hosp bersalin fb1

hosp bersalin fb2

hosp bersalin fb3

hosp bersalin fb4

hosp bersalin fb5
hosp bersalin fb6

hosp bersalin fb7

hosp bersalin fb8

hosp bersalin fb9 

Thanks kepada semua yang memberi pendapat. Fb, blog & forum memang sangat2 membantu aku sepanjang pencarian hospital bersalin ni.

Jawapan mengenai pemilihan hospital & samada cuba beranak normal dulu atau elective c-zer hanya akan diketahui selepas berjumpa Doc Azmi FPP Putrajaya hujung bulan April nanti.

By the mean time..

TUNGGUUU….

Sunday, April 7, 2013

Birthday ke 29- Nak sambut kat Gold Coast Resort @ Morib

 

Sebenarnya hubby nak buat surprise & bawak aku pergi KK memandangkan aku cuti masa minggu birthday aku kali ni.

Tapi xde rezeki. Tiket airlines semua mahal. Last minute booking katanya. Hehehe. Tapi aku cakap xpe, sebab dia nak buat surprise pun, aku dah happy.

Lagi pun, boleh ke aku naik flight masa dah 33weeks++ ni? Kena dapatkan surat dari doktor dulu laa kot.

Masa aku check kat web Yaloa Malaysia bahagian travel, jumpa promotion untuk birthday. Happy sangat aku.

gold coast morib promotion yaloa

Aku terus check kat website Gold Coast Resort. Mana tahu ada promotion jugak ke. Senang sikit kalo deal terus dari hotel.

gold coast morib birthday promotion

Ada jugak! Dapat:

-Studio Suite with jacuzzi

-2 breakfast

-2 buffet dinner

-2 water theme park ticket (Aina free)

-Birthday cake

-Birthday Gift

-Certificate Malaysia Book Of Records (Sebab sambut birthday kat sini)

Beza dengan promotion dalam Yaloa, aku tak dapat Cash voucher yang sama harga dengan tahun birthday aku kalo aku direct book dari web Gold Coast. Patut nyer kalo dah 29 tahun, dapat cash voucher RM29. Hehehe.

Takpe lah. Aku try book hotel terus.

Masukkan tarikh check in seminggu jek lagi. Sabtu depan lak tu. Hari ni Ahad. Huhuhu. Takde bilik kosong.

 

Terus aku kol hotel & tanya bahagian reservation. Org tu cakap ada kosong utk check-in 13 April 2013. Aku bagi tau kat staff tu yang kat dalam web x leh  buat sebab tulis 0 (takde bilik). Akak tu cakap takpe, try lg 15 minit.

Dah 10 minit, aku terus try untuk book lagi sekali.

 

Berjaya!!

 

Hehehe.. terus buat payment via ccard & dapat booking confirmation kat email aku.

Alhamdulillah, ada jugak rezeki nak ke sana.

Nanti dah pergi, aku update lagi yea.

 

Chioww..

Monday, April 1, 2013

2nd Baby in Tummy: Antenatal check-up Hospital Gleneagles KL

 

Tarikh check-up: 27 March 2013

Last 2 weeks aku dah buat check up kat FPP Putrajaya. Kali ni nak try sini pulak.

Masa appointment pukul 9am. Kitorg terkedek2 keluar dari rumah pukul 8.45am. Rumah dekat katanya..

Nasib baik sempat sampai tepat2 kat Hospital Gleneagles pukul 9. Itu pun baru masuk parking kat atas sekali bangunan. Sangat penuh parking walaupun pagi2 camtu. Banyak staff ke, patient yang parking, aku pun tarak tau.

Turun lif, pergi counter kat lobby ‘hotel’ tu. Aku bagi tahu ada appointment dengan Ob Gyn nama Doktor Suhaiza. Akak tu cakap, klinik antenatal ada kat bangunan sebelah.

Aku, hubby & Aina bergegas p bangunan sebelah yang ada bank CIMB kat groundfloor. Dekat jek pun. Hahaa..

Jumpa receptionist kat situ, diorg bagi tahu Klinik Doc Suhaiza kat Tingkat 7. Naik lif & terus jumpa staff situ. Sementara tunggu Doc Suhaiza, aku kena tulis details sebab baru 1st time buat appointment. Siap kena pilih cara pembayaran. Aku pilih GL, Credit Card, Cash, Cheque. Pakai tabung ayam katanya. Kakaka..

Time ni aku tengok ada 2 famly jek yang ada kat situ selain aku. Satu couple Malay, satu lagi Chinese family yang ada hubby, mak,kakak sekali teman.

Hmm.. sikit org jek. Mesti cepat dapat jumpa Doc, sebab situ ada jugak bilik doktor2 ob gyn lain selain Doc Suhaiza.

Pastu nurse minta check BP, berat, tinggi & urine test. Layanan sangat mesra rakyat yea kawan2. Setiap kali nak suruh aku sign ke, ukur ke, siap mintak maaf dulu & terima kasih tak lekang dibibir. Waah.. Aku siap bisik kat hubby “Abang, saya jadi tuan puteri taw hari ni”. Fairuz sengih2 jek.

Kul 9.30am ada sorg lady masuk. Aku cakap kat hubby.. Waah! Lawa nyer org tu. Kurus, tinggi & pakaian sangat cantik & moden. Patient kat Gleneagles sumer up-to-date sehh!!

Hubby aku ckp.. “Tuu laa Doc Suhaiza”

Huh? Mana abg taw??

“Abg dah check semua dalam net. Hehehe”

Dalam hati, berbunga2 rasa. Baik nyer hubby aku tolong check semua benda dlm net utk aku, pergi kuhulu kehilir cari hosp bersalin utk aku. Alhamdulillah. Bersyukur dapat hubby yang memahami.

Tetiba nama aku dipanggil.

Masuk jek bilik, Doc Suhaiza bagi salam & bersalaman ngan aku. Fairuz masuk, dia bagi salam jek kat hubby & suruh kitorg duduk. Happy aku sebab layanan elok jek setakat ni.

Doc Suhaiza check history aku dalam buku merah jugak & tanya pasal 1st time beranak dulu. Macam masa jumpa Doc Azmi kat FPP, aku cakap pasal: 3rd degree tear, GBS, asma, blood transfusion(darah banyak hilang) & gestational diabetes(diabetes masa mengandung Aina) yang aku ada dulu.

Bila bgtau jek pasal 3rd degree tear, Doc Suhaiza tanya soalan yang sama dgn Doc Azmi. Adakah Doc yang jahit tear kat Hospital Ampang dulu cakap aku boleh beranak normal untuk 2nd baby?

Jawapan aku: Ya!!

Doc Suhaiza tak terkejut. Tapi dia terus terangkan kat aku apa akibat nyer kalo aku beranak normal jugak kali ni.

  1. Episiotomy akan dibuat, tapi tear yang lama tak semestinya tidak terkoyak semula.
  2. Tear 3rd degree yang lama boleh jadi 4th degree (Aku mungkin lps ni tak dapat kawal kent*t & berak maybe selamanya. Sebab dah ganggu otot rektum)
  3. Oleh sebab aku maybe ada diabetes lagi kali ni, ada kemungkinan 2nd baby pun besar, bahu lebar & still koyak banyak kalo normal delivery.

Ngeri kan?

Semuanya hanyalah kemungkinan2 yang mungkin berlaku. Tapi Allah yang menentukan qada’ & qadar.

Doc siap lukis gambar tempat bakal koyak nanti. Aku memang tak tengok laa. Fairuz jek sanggup dengar penjelasan Doc. Kakaka. Tak sanggup aku. Kang makin ngeri aku nak beranak.

So, Doc Suhaiza suggest buat elective c-zer. Memandangkan aku bayar secara tunai, aku tanya jugak rate yang akan dikenakan. Kalo company tanggung, lain laa. Takyah susah2 aku cari hosp. Pergi jek Prince Court. Kikiki. Lain doc, lain harganya. Sebab tu akak receptionist yang aku tanya hari tu bagitau yang kita kena tanya sendiri kat Doc. Oleh sebab Doc Suhaiza ni Consultant Ob Gyn. Jadi harga nyer haruslah setanding dengan kepakarannya. Hahaha. Menurut Doc Suhaiza..

Normal: RM5K - RM6K

Elective c-zer: RM7K - RM9K

Emergency c-zer: RM10K++

Cuba korg tengok kat entri2 hospital yang aku dah review sebelum ni. Lebih kurang jek kan harganya? Sebab tu aku rasa nak pilih jugak Hosp Gleneagles ni. Doc Suhaiza punye penjelasan pun dah cukup buat aku & hubby yakin dengan Doc ni untuk sambut baby kitorg nanti. Serius! Sangat best!Doktor, layanan nurse DAN keadaan bilik nyer!!

Harap Aina OK jek masa beberapa jam aku beranak nanti. Dia tersangat rapat dengan aku & hubby sebab breastfeed & tak pernah anta kat mana2 nursery. Aina rapat dgn MIL aku jek kalo aku & hubby xde. Sebab tu kitorg cari jugak hospital yang boleh benarkan Aina ada dalam wad & hubby aku stay sekali.

 kad appointment gleneagles edit 

Kad appointment aku

namecard doc suhaiza ob gyn gleneagles

Kad Doktor Suhaiza

Apa pun, aku kena bincang dulu ngan hubby, family & MIL samada nak teruskan dengan beranak normal atau elective c-zer.

Huhuhu.. masalah hospital dah nak settle.

Skrg kena pikir nak normal ke, c-zer?

Aku tak nak pergi hospital swasta & beranak normal, pastu last minute terpaksa buat emergency c-zer. Pergh.. memang melompat harga nyer kan?

Aku akan fikir & tanya pendapat semua, baru aku dapat buat keputusan.

Takpe, nanti aku akan ada appointment dengan Doc Azmi lagi. Aku tanya dia dulu lah kot sebagai pendapat terakhir.

Wish me luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...