Tuesday, March 19, 2013

2nd Baby in Tummy: Antenatal check-up FPP Putrajaya

 

Tarikh check-up: 19 March 2013

Baca entri ni dulu yea.

Pagi2 lagi aku dah pecut dari Keramat ke Putrajaya. Pukul 10.30am aku ada antenatal check-up dengan Doc Azmi kat FPP Putrajaya ni.

Aku & hubby baru 1st time sampai HPJ. Jadi tak tahu nak kena pergi mana. Parking semua kosong penuh!! Ada jugak beberapa orang polis ngah saman2 kereta yang parking kat sepanjang tepi jalan situ. Ngeri nyaa!!

Masuk area HPJ jumpa Dewan Bersalin kat atas bukit. Turun bawah bukit tu kat sebelah kiri baru jumpa Lobby. Tapi hubby drop aku kat depan sikit yang macam ada tulis Pakar.

Aku daftar dulu sementara hubby & Aina p cari parking kat situ. Masa daftar terus bagi tahu yang aku ada appointment FPP dengan Doc Azmi.

Petugas2 kat situ sangat mesra. Dengan sangat ramai orang bertanya sambil abang counter ni daftarkan untuk aku, dia jawab 5-6 soalan dari orang lain dengan senyuman & jawapan yang sangat membantu. Bagus betul diorg wat keje.

Dah daftar, untuk 1st appointment kena bayar RM110 & dapat buku kecik kaler kuning & kad kaler merah.

kad appointment putrajaya Buku kuning (Kad Hospital/Kad Temujanji)

Dia suruh pergi ke Klinik Ob Gyn & siap tunjukkan arah kat aku.

FPP putrajaya Ob Gyn Klinik Ob Gyn Hosp Putrajaya

Senang jek nak jumpa counter tu. Letak buku merah dari KKIA (Klinik Kesihatan Ibu Anak) yang aku pergi sebelum ni serta buku kuning HPJ tadi kat dalam bakul. Aku tunggu laa kat situ dengan hubby & Aina. Dalam blog2 lain cakap, patient FPP ni ada kelebihan untuk dapat jumpa doc cepat. Kakaa.. Kul 10am aku sampai, kena ambik tekanan, ukur berat & check urine. Pukul 12.30 baru laa nama aku dipanggil untuk jumpa Doc. Sangat cepat lama ye menunggu. Nasib masing2 laa kot :)

Masuk dalam bilik, Doc Azmi terus check history aku kat dalam buku merah. Pastu bincang2 dengan aku pasal 3rd degree tear yang aku kena masa 1st delivery dulu. Pastu scan 3D/4D baby aku. Confirm baby boy!! Hehehe. Insya Allah!

Oleh sebab rumah aku jauh & kandungan aku Alhamdulillah sihat, Doc Azmi benarkan aku untuk jumpa dia kali ke-2 masa dah 36weeks. Kira lagi sebulan lebih laa. Tapi dia suruh aku continue check-up kat KKIA yang biasa aku pergi. Walaupun aku dah takde diabetes untuk preggy kali ni, kena wat MGTT (minum air gula) jugak lagi sekali masa aku 32weeks. Waa..

Aku ada inform dia jugak, dulu aku ada GBS (Group B Streptococcus). So Doc Azmi mintak ada sorang lagi female Doc untuk ambik sample. Buat swab kat aku. Ngeri jek. Tapi tak rasa apa pun laa. Hahaha. Takut jek lebih.

Aku ada asma jugak. Jadi aku mintak inhaler preventer yang baru. Nanti aku kena ambik sendiri kat farmasi yang ada kat sebelah Klinik Ob Gyn ni.

Pastu dia update check-up aku ni kat PC & diari dia. Buku kuning HPJ aku pun dia tulis tarikh next appointment. Ada jugak no handphone yang Doc Azmi tulis kat buku aku supaya aku boleh kol dia kalo ada emergency atau turun tanda nanti. Hehehe. Happy aku sebab at least rasa ada jugak orang yang aku boleh refer masa kelam kabut nanti :)

Dah settle, aku kena p farmasi. Bagi jek buku kuning HPJ kat counter tu & ambik nombor. 15min tunggu, no aku kena panggil. Orang tu bagi resit untuk aku p bayar bil dulu. Tempat bayar pun kat area situ jek jugak. Oleh sebab aku FPP (bayar penuh) katanya, kena laa bayar untuk semua benda. Hik Hik Hik.

Bil yang aku kena cas:-

Consultation fee + Registration fee (aku bayar masa daftar tadi) : RM 110

Vaginal swab : RM 30

Inhaler : RM 44.20

Total : RM 184.20

Hmm.. adakah disini tempat aku bersalin nanti?

Belum tahu lagi, sebab aku nak tunggu check up kat Hospital Gleneagles KL dulu.

 

:) Wee…

Thursday, March 14, 2013

Harga hospital bersalin area Selangor & KL [Part III]

 

Sambung lagi dari entri Part II..

Mana satu laa hospital yang aku nak sebenarnya nih. Kawan2 opis dah 10 kali tanya. Tapi aku tak buat keputusan lagi.

Jom kita check hosp lain pulak. Ni jek hospital yang aku belum update lagi kat korang.

  • Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (Swasta)
  • Full Paying Patient (FPP) Putrajaya (Semi)
  • UKM Specialist Centre (HUKM) (Swasta)

     

    UKM Specialist Centre HUKM (Swasta)

    image 

    Kawan opis aku ada beberapa orang yang bersalin anak diorg kat sini. Ada yang normal, c-zer & ada jugak yang bersalin kembar. Semua berpuas hati dengan layanan & bilik yang diorg dapat.

    Aku pulak tak pergi melawat hospital ni untuk tanya. Kawan aku yang bagi brouchure HUKM ni untuk aku tengok. Dia pun ada tanya rate hospital jugak. Nurse kat situ bagi tahu:

    Normal : RM3K - RM4K (Deposit: RM2K)

    C-zer : RM6K - RM7K (Deposit: RM4K)

    Hospital ni antara hospital pilihan aku. Tak tahu lagi akhirnya yang mana aku ambik. Hehehe.

    harga wad HUKM Harga bilik wad HUKM

    Website : http://www.ukmsc.com.my/

    Full Paying Patient FPP Putrajaya (Semi)

    image

    Kakaka.. Korang nak tahu mana aku tahu pasal FPP?

    Aku Google & baca pengalaman orang lain yang pernah ambik FPP nie. Untuk hosp kerajaan, sekarang ada ditawarkan kat Putrajaya & Selayang jek. Harga untuk normal & c-sect memang boleh tahan & masuk akal jugak.

    Baca jek kat website Hosp Putrajaya (HPJ) pasal FPP kat sini. Pendek kata, sesiapa yang bukan stay area Bangi/Putrajaya pun boleh daftar untuk ‘pakej’ ni. Walaupun foreigner pun, layak tau.

    Ada 2 doktor perempuan & 2 doktor lelaki. Semuanya muslim. Tu yang I Loike! Tapi kebanyakan doktor pilihan semuanya sibuk & selalunya ramai patient. So, kira nasib laa kalo dapat doktor lelaki. Masa BW, rata2 cakap semua doktor baguih2.

    Apa lagi?

    Aku pun kol laa hospital untuk appointment. Pagi2 aku kol 03-83124372 dan ada nurse jawab. Aku bagi tahu yang aku berminat pasal FPP. Dia tanya details aku termasuk nama, no h/phone, dah berapa minggu preggy & doktor yang aku nak. Masa tu Doktor Hamidah & Doc Azmi jek yang available. Kedua2 doktor ni adalah doc pilihan aku. Aku mintak Doc Azmi.

    Nurse janji nak kol lagi petang untuk confirmkan tarikh appointment. Tunggu sampai petang, takde hasil.

    Esok nyer hari Jumaat aku tunggu lagi.. Takde hasil. Kul 5pm (aku lupa waktu pejabat dah abis) aku kol HPJ & nurse yang jawab ckp klinik antenatal dah tutup. So, dia tak dpt bg jwpn bila tarikh untuk appointment aku. Pasrah.. tunggu minggu depan Isnin.

    Isnin pagi, aku kol HPJ lagi. bagitahu yang aku dah kol last week & pilih Doc Azmi. Akak tu terus transfer line kat Nurse Doc Azmi. Nurse tu perkenal diri & terus bagi aku tarikh appointment. Senang sikit hidup aku sebab leh ckp direct ngan pembantu Doc Azmi sendiri. Hahaha.

    Tarikh appointment aku: 19 March 2013 (Selasa)

    Nanti aku update pasal check-up kat FPP ni lepas aku pergi sana kay.

    Website : http://www.hpj.gov.my/portalv10/

     

    Hospital Gleneagles KL (Swasta)

    image

    Ni antara hospital yang paling dekat ngan umah mak aku a.k.a rumah yang aku stay sekarang. 5 minit camtu dah leh sampai. So, haruslah kitorg check-it-out kat sini.

    Masuk lobby..

    Mak ai!! Dah macam hotel 5 bintang laa pulak. Sangat2 selesa & aku terus bgtahu hubby nak beranak kat sini. Sure rasa tenang jek. Nak push pun smooth jek. Kakkaa..

    Tanya pasal rate bersalin kat counter. Akak tu bagi brochure & terangkan sikit2 pasal deliver kat Gleneagles ni. Dia cakap sebenarnya harga bergantung kepada gynea yang kita pilih. Aku check ada gynea perempuan nama Doc Suhaiza. Mesti laa aku nak kan?

    Tanya pasal bilik & nak tengok jugak ‘hotel’ yang bakal aku stay ni. Akak tu cakap untuk bilik Single Bed suite semua penuh. Jadi tak boleh nak usha..

    Penuh?

    Mak ai!!

    Sungguh senang jek mereka2 ini check in kat hosp ni?

    Aku guna duit tabung ayam sendiri.. Nak check in kena laa kira semua syiling2 tu dulu.. Cukup ke dak. Huhuhu.

    Murah rezeki diorg kan.

    Akak tu cakap boleh kol jek no kat brochure tu & set appointment dengan Doc.

    Esok tu terus laa aku koling2 no contact untuk Doc Suhaiza. Aku nak terus buat antenatal check-up untuk masa terdekat. Tapi nurse cakap doc tak free.

    Ramai patient laa pulak. Kena tunggu 2 minggu lagi baru dapat jumpa Doc Suhaiza.

    Tarikh appointment aku: 27 March 2013 (Rabu)

    Nanti aku update pasal check-up kat Hosp Gleneagles ni lepas aku pergi sana yea.

    gleneagles o&g doc

    Contact number Ob Gyn Hosp Gleneagles

    harga bilik gleneagles

    Harga bilik Hosp Gleneagles

    deposit beranak gleneaglesHarga deposit unttuk beranak Hosp Gleneagles 

    Website : http://gleneagleskl.com.my/

    Setakat ni jek hospital yang berjaya aku senaraikan dalam list aku. Apa pun, pemilihan hospital hanya dibuat setelah semua appointment aku dah pergi & mana yang aku puas ati, aku ambik laa.

    Wakakaa..


    :) Update lagi next time yea.

    Thursday, March 7, 2013

    Harga hospital bersalin area Selangor & KL [Part II]

     

    Sambung dari entri yang sebelum ni..

     

    Pusat Rawatan Islam PUSRAWI KL (Swasta)

    image 

    Balik kerja Ahad hari tu, aku & hubby bawak Aina sekali p tengok PUSRAWI KL. Hospital ni memang sangat dekat dengan rumah aku kat area Keramat. Adik aku pun kerja kat sini jugak. Dia tengah pantang. So, aku pergi sendiri sini nak tengok rate harga untuk pakej yang disediakan.

    Pakej yang ada memang sebijik dengan harga yang korang jumpa kalo Google. Ni pakej yang ditawarkan dalam website Pusrawi.

    pakej bersalin pusrawi kl

    Aku sampai jek lobby, cakap nak tahu pakej bersalin. Akak tu suruh ke Tingkat 6 dan tanya kat nurse situ. Situ ada wad lepas bersalin & wad kanak2. Labour room ada kat tingkat lain, kitorg tak pergi pun. Hik Hik Hik.

    Nurse kat wad tu pun layan baik jek dan tunjukkan bilik single & double room. Untuk single room hubby boleh overnight sebab ada disediakan sofa-bed. Bilik double room pulak hubby tak boleh stay laa.

    Keadaan bilik agak selesa, cuma kecik sedikit.

    Pakej yang ada ni agak OK harganya. Tapi menurut nurse tu, kalo ada komplikasi lain. Contoh nyer bersalin normal, tapi vacuum atau forcep, harga pakej terus terbatal. Nurse tu tak dapat nak agak RM berapa. Dah laa aku masa time Aina tetiba kena guna vacuum. Risau jugak aku kalo tetiba kena cas harga lain. Walaupun maybe beza sikit jek harga, tapi kitorg memerlukan hosp yang boleh bagi rate harga yang hampir tepat.

    Hospital ni kitorg reject dari list jugak.

    Website: http://www.pusrawi.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=20&Itemid=112&lang=ms

    Darul Ehsan Medical Centre DEMC (Swasta)

    image

    Hospital ni hubby p dengan MIL & SIL aku jugak. Hospital ni agak besar macam PUSRAWI KL.

    Nurse sangat2 peramah & bilik super OK! Diorg sangat happy kalo aku pilih hospital ni. Bilik bersih & selesa. Dah macam hotel katanya. Korg jangan laa banding dengan Prince Court pulak! Hik Hik Hik.

    Harga bersalin agak mahal kalo nak banding dengan hospital swasta lain yang lebih OK. Ala2 Hospital Gleneagles nyer harga. Menurut nurse kat situ, harga lebih kurang camni:

    Normal : kurang dari RM5K

    Elective c-zer : RM8K ~ RM9K

    Emergency c-zer : RM11K++

    Masa hubby p tanya, diorg cakap takde pakej untuk bersalin. Tapi dalam web diorg ada pulak. Cer tengok kat bawah nie.

    pakej bersalin demc

    Kitorg pun tak tahu ada pakej tak sebenarnya. Maybe pakej ni dah dimansuhkan ker & tak leh ambik untuk tahun 2013 ni. Aku pun tak tau. Nanti korg p tanya sendiri kay.

    Website: http://www.demc.com.my/

    Shah Alam Specialist Hospital SALAM (Swasta)

    image

    Hospital ni hubby cakap besar macam Al Islam. Nurse layan dengan baik masa ditanya pasal hospital. Siap bagi brochure pakej beranak yang ada kat SALAM & kad temujanji yang ada tulis contact number semua bagai.

    Keadaan macam kat Al Islam Kampung Baru. Jadi kalo nak dekat dengan rumah, baik p Kampung Baru jek. Tak payah datang sampai Shah Alam. Kih Kih Kih.

    Maybe reject jugak.

    kad appointment salamKad Appointment

     pakej bersalin salam Pakej bersalin SALAM

    Website: http://www.salam.com.my/website/

    KPJ Selangor Specialist Hospital (Swasta)

    image

    Balik dari SALAM, pasukan aku pergi check-it-out kat hospital ni pulak. Diorg tak dapat tengok bilik pun. Tapi diberi brochure yang ada gambar bilik sekali. Dari gambar, memang cantik bilik nyer. Harga agak OK tapi sebab kitorg nak Single Room, harga beza RM400 dari double room. **Tengok kat gambar bawah tu yea**

    Padahal beza hanya pada bilik sahaja. Belum termasuk cas2 lain untuk delivery. Hubby tak suggest untuk aku deliver kat sini. Patik menurut perintah, Tuanku. Hehhee..

    kpj selangor pakejPakej bersalin KPJ Selangor

    harga wad kpj selangor 2 

    Website: http://www.kpjselangor.com/KPJ/home.php

    Hospital Pantai Ampang (Swasta)

    image

    Hospital ni antara yang dekat dengan rumah aku. Memang aku agak berminat nak deliver kat sini. Aku, hubby & Aina jek p check hosp ni lepas balik kerja weekends. Parking agak kosong masa kitorg sampai. Aku pernah datang sini untuk Antenatal Class masa mengandung Aina dulu. Tengok kat entri Antenatal Class Satu Keperluan?

    Masuk lobby, kaunter information takde orang. Ada tulis “Untuk Pertanyaan, Sila ke Counter Emergency”

    Carik counter emergency, tanya akak kat situ pasal delivery package. Akak tu bagi brouchere untuk pakej & terangkan sikit kat kitorg. Berbeza dengan Hospital Pusrawi, kalo ada komplikasi masa beranak: contohnya vacuum atau forcep, harga pakej boleh digunakan & campur jek dengan harga vacuum atau forcep. Bagus jugak kan?

    Dr. Suhaimi Isa antara doktor kegemaran di sini. Selain Hosp Pantai Ampang, doktor ni jugak ada kat Hosp Columbia Asia Setapak yang baru dibuka tu. Blog Dr Suhaimi korg leh baca kat sini. Sangat banyak info menarik pasal beranak yang korg leh jumpa.

    Aku cakap nak tengok bilik. Akak tu call ward & cakap leh naik atas & tengok.

    Apa lagi?

    Masuk ward, ada akak India yang layan kitorg. Dia bagi tengok bilik single & double room. Agak kecik & biasa jek keadaan dalam nyer.

    Harga agak OK, cuma aku nak try tengok hospital lain dulu.

    pakej bersalin pantai ampang

    Pekej bersalin Hosp Pantai Ampang

    harga bilik pantai ampang

    Harga bilik Hosp Pantai Ampang

    Website: http://www.pantai.com.my/pantai-hospital-ampang/

     

    Waa.. dalam entri ni pun tak dapat jumpa jugak hospital yang aku minati.

    Camna nih?

     

    Jumpa lagi kat entri lain yea..

    Tuesday, March 5, 2013

    Harga hospital bersalin area Selangor & KL

     

    Agak lama aku & hubby mencari hospital bersalin untuk 2nd baby ni. Dari awal bulan Feb 2013 sampai sekarang aku still berkira2 lagi untuk bersalin kat mana nanti. Sekarang dah 27 weeks pun. Tu laa.. dah last minute baru kelam kabut nak mencari. Dah laa sesetangah tempat terutama doktor pakar dari hospital swasta nak kita jumpa diorg at least 2 kali check-up atau sebelum kandungan 30weeks. Nak kena tunggu appointment lagi etc.. etc..

    Hospital yang tersenarai dalam list aku:

    • Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (Swasta)
    • Full Paying Patient (FPP) Putrajaya (Semi)
    • Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) KL (Swasta)
    • Hospital Pantai Ampang (Swasta)
    • KPJ Selangor (Swasta)
    • Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) (Swasta)
    • Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) (Swasta)
    • UKM Specialist Centre (HUKM) (Swasta)
    • Al-Islam Specialist Hospital Kampung Baru (Swasta)
    • An Nur Specialist Hospital Bangi (Swasta)
    • Kajang Plaza Medical Centre (KPMC)(Swasta)
    • Hospital Ampang (Gov)

    Kalo korang nak tengok pakej bersalin atau rate yang disediakan kat hospital2 lain, boleh tengok kat website yang sangat best ni Hospital Untuk Bersalin.

    Oleh kerana aku & hubby akan menggunakan duit tabung ayam sendiri TANPA ada GL sebab kami bukan orang kerajaan, terpaksa mencari hospital yang betul2 kitorg mampu & servis kena setara dengan duit yang dibayar nanti. Hehehe..

    Kenapa aku tak pergi jek kat Hospital Ampang (Gov) macam masa aku bersalinkan Nur Aina dulu? Check kat entri Pengalaman Bersalin Baby Nur Aina 04.06.11

    Kitorg bukan sengaja nak memilih hospital swasta, tapi kali ni dah ada Aina. Jadi nak hubby & Aina ada sekali tido kat hosp masa lepas aku bersalin. Mak aku & MIL memang ada stay kat KL. Tapi MIL aku takde time aku bersalin 30 May 2013 sebab ada kenduri kahwin kat Kelantan nanti. Mak aku pulak kena jaga ramai cucu & peratus Aina nak tido tanpa aku & hubby sangat tipis.

    Jadi hospital yang akan dipilih mestilah ada ciri2 berikut:

    1. Harga normal delivery, elective c-sect & emergency c-sect mesti dalam range harga yang kitorg sanggup bayar mampu dan masuk akal.
    2. Bilik mesti single/ double room yang membenarkan hubby & Aina tido sepanjang malam dengan aku.
    3. Kalo boleh doktor perempuan atau lelaki Islam.
    4. Bersalin kat Selangor kalo boleh supaya baby leh jadi Anak Selangor & Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) macam Aina dapat. Lihat entri Daftar Aina untuk Tawas.

    Hihii.. Sebab tu aku & MIL & SIL sentisa kehulu- kehilir pergi hampir setiap hospital yang aku senaraikan. Aku selalu pergi ngan hubby & Aina jek dalam pencarian hospital2 ni. Tapi kalo sabtu aku kerja, hubby akan bawak MIL & SIL aku jgk untuk ikut sekali tengok hospital & bagi pandangan masing2.

    Walaupun sangat banyak hospital yang aku senaraikan, tapi ada beberapa hospital yang aku terpaksa cancel setelah membaca review dari blogger & forumer yang lain tentang pengalaman diorang sendiri.

    An Nur Specialist Hospital, Bangi (Swasta)

    image

    Untuk hospital ni, masa aku blog walking, terjumpa dengan satu blog yang ada pengalaman pahit masa deliver kat sini. Korang leh tengok kat cari sendiri a.k.a Google pasal pengalaman diorg. Lepas baca, terus rasa ngeri & blacklist pangkah dari senarai hospital pilihan aku. Huhuu..

    Tapi itu pangalaman orang tu. Dia sendiri rasai. Maybe orang lain beranak sana tanpa ada masalah atau pengalaman pahit, rezeki masing2 yea.

    Website: http://www.annur.com.my/

    Al Islam Specialist Hospital, Kampung Baru (Swasta)

    image

    Hospital ni terletak sangat dekat dengan Hospital Besar KL. Hubby aku pergi kat hospital ni awal bulan Mac hari tu. Masa tu tengahari. Masa nak parking, semua full. Tempat parking agak kecik. Nak parking tempat lain pun nak cari agak susah & jauh. Kalo emergency aku nak deliver nanti camna entah yek. Hubby tak jadi masuk untuk tanya pakej & melawat bilik kat sini.

    Tetiba ada ambulance yang keluar dari hospital ni & hantar patient ke HKL. Hubby aku lagi laa tak berkenan. Kalo boleh dia nak elakkan hal2 macam ni berlaku kat aku. Kena transfer ke hospital lain & nak kena kehulu- kehilir lagi bawak Aina sekali.

    Tapi masa BW, aku terjumpa info yang best jugak pasal hosp ni. Ada pancaran ‘laser’ ke, pemanas tah yang digunakan kat area luka jahitan kita supaya cepat sembuh. Tak silap aku, hospital lain xde pun buat camni kecuali Hosp Al Islam & Pusrawi KL.

    Kena reject jugak dari list kitorg.

    Website: http://www.al-islamhospital.com.my/joomla/

    Kajang Plaza Medical Centre KPMC (Swasta)

    image

    Hubby bawak MIL & SIL sekali tengok hospital ni. Aku kerja, jadi tak dapat p sekali. Belum pernah datang hospital ni. Jadi ingatkan hospital ni besar. Tapi rupanya hospital ni macam kat shoplot. Lebih kurang saiz Al-Islam, An Nur & Az-Zahrah. Agak kecil dan parking pun susah nak cari.

    Masuk dalam, nurse layan agak OK. Diorg dapat tengok bilik yang double room jek. Keadaan bilik bersih cuma berkeadaan lama. Hubby cakap kalo hosp cat bilik & upgrade sikit, dah OK. Sebab dia nampak dinding toilet dalam bilik tu dah itam2 sikit & hampir berkulat.

    Balik jek, hubby p makan satay Kajang. Dekat jek katanya..Hehee..

    Kitorang terpaksa reject.

    pakej bersalin KPMC -gambar brochure pakej bersalin KPMC-

    Website : http://www.kpmc.com.my/

     

    Bersambung lagi pasal banyak lagi hospital yang kitorg pergi kat entri lain kay.

    Sunday, March 3, 2013

    2nd Baby in Tummy: Scan Baby 3D/4D Klinik Fauziah Ampang

     

    Peteng semalam lepas balik kerja, terus ke Klinik Fauziah kat area Ampang. Aku menggunakan khidmat sonographer nama Jezzlyn. Orang yang sama macam masa time Aina dua tahun lepas. Korang leh tengok kat entri yang dulu ni Scan Baby 3D & 4D Ultrasound Murah @ Poliklinik MediNur.

    Aku ingat leh buat appointment dengan Jezzlyn macam dulu. Aku pun kol laa masa hujung bulan lepas. Tetiba Jezzlyn bagi tahu yang aku kena book online dari facebook dia 3D 4D Scan Malaysia.

    Kat facebook ni ada link untuk ke web tempahan. Klik jek http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/

    Korang kilk button Online Booking.

    image

    Pilih jek mana area yang korang rasa boleh pergi. Aku senang nak pergi ketiga2 tempat. Tapi aku lebih utamakan tarikh & hari aku pergi. Aku nak hari Sabtu & waktu petang sebab kena pergi lepas keje half-day. Hihihi.

    Sebab tu aku pilih Klinik Fauziah Ampang sebab tu jek tarikh yang available untuk aku pergi. Nanti korang kena login dulu & buat tempahan ikut tarikh & masa yang sesuai untuk korg. Sekejap jek settle proses ni. Sangat bagus cara booking online ni sebab kita boleh dapat confirmation dari email setelah sonographer approve appointment kita.

    image

    Appointment aku kul 4.40pm. Jadi kalo boleh korang sampai laa awal sikit sebab masa aku datang hari tu, ramai lagi orang yang tengah menunggu. Jezzlyn akan peruntuk masa lebih kurang 20-30 minit setiap sesi. Jadi lama laa jugak nak tunggu walaupun korang dah ada appointment.

    Hasilnya?

    IMG_20130302_1_22 Dapat jugak tengok baby dalam perut. Kih kih kih. In sha Allah, kali ni boleh dapat baby boy sebab nampak bird dia :)

    Dengan harga RM110, aku dapat sekeping gambar print 3D baby, CD yang ada video dan beberapa gambar baby yang lain dan voucher diskaun 20% untuk barangan baby yang boleh dibeli melalui web bayi-ibu.com.

    Happy sangat kitorg bila dah dapat tengok baby. Aina pun dapat tengok adik dia jugak masa dalam klinik tu. Jezzlyn buat kerja sangat cepat & cekap. Memang senang kalo nak deal dengan dia.

    Adakah untuk baby yang akan datang aku still cari Jezzlyn?

    .

    .

    .

    .

    .

    Ya!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...