Saturday, April 28, 2012

Getaways: Hotel Rainbow @ Cameron Highlands 14&15 April 2012 [Final]

 

Dari sini, kitorg pergi ke pasar malam untuk jalan2 cari buah tangan untuk kawan2 & family kat rumah.

Punya lah ramai orang yang datang. Nasib baik laa tak hujan hari tue. Kitorg beli banyak jugak strawberry, teh2 perisa yang kawan2 kirim, fridge magnet & key chain macam2 jenis. Rambang mata sehh..

 

P1060520 P1060525
P1060523 P1060522
P1060524 P1060519

Haa.. korg sendiri dah tengok gambar2 kat atas nuu… Tu baru sikit. Belum lagi korg jalan tengah2 pasar malam yang sememang nyer banyak pilihan. Gambar pun tak sempat nak ambik sangat sebab dok belek2 & shopping beli ole2. Wakaaka..

 

Perut lak dah lapar balik. Selagi tak makan nasi memang kelaparan laa kitorg semua. Dari pagi dok makan jajan manis2 jek. Hahaaha.. Apalagi? Pergi ke Restoran Nik Ikan Bakar. Senang jek nak jumpa kedai ni. Kat lorong yang sama dengan KFC.

P1060526

Aku & hubby pilih2 ikan yang ada display kat situ & jenis masakan yang kitorg nak. Ambik 2 jenis ikan. Masak 3 rasa & pari bakar.

Makanan kitorg bungkus jek sebab kesian kat Aina yang dah sangat ngantuk. Kat bawah hotel Rainbow ni ada supermarket. Beli cawan & pinggan mangkuk plastik pastu baru naik atas. Sambil Aina tido, kitorg wat picnic dalam bilik. Ahaks. Oleh sebab takde meja makan, kitorg makan kat tepi katil jek sambil nonton tv. Tu pun dah best! Makanan sedap & puas hati dengan harganya. Tomyam & Yong Tofu yang ada kat kedai ni pun sangat sedap yea..

*****

Esok nyer pagi2 lagi kitorg dah bersiap, check out kul 10pagi & menuju ke Big Red Farm lagi sekali untuk breakfast.

Hah?

Lagi sekali ke Big Red Farm?'

Hik hik hik. Memang kitorg enjoy makan kat sini.

P1060534 P1060535
P1060539 P1060537
P1060536 P1060540

Mmmm… sangat best nyer makan kat sini. Hahaha.. Bila laa aku nak diet kalo makan macam ni?

Kat sini pun ada jugak tempat permainan kanak2 yang isi duit syiling tue. Dah tentu Aina melompat nak main kat situ! Hampir semua mainan dia naik. Asalkan dia enjoy, kitorg pun happy tengok dia :)

P1060529 P1060546
P1060550 P1060552
P1060554 P1060557

Sebelum balik, joli lagi kat pasar tani & kedai2 shoplot yang ada kat situ. Nak cari baju yang ada tulisan Cameron Highlands untuk hubby. Pastu baru gerak ke KL ikut Simpang Pulai.

Bila ikut laluan Simpang Pulai untuk turun dari Cameron, kita boleh jumpa Bharat Tea Plantation lagi sekali. Tapi makanan & tea yang dibuat kat sini tak sesedap yang kat Tanah Rata tue. Sini pun kitorg stop jugak untuk minum. Rindu katanya nak minum teh. Hahhaa..

P1060571 P1060591

Masa OTW balik tu, dah pukul 3 petang. Terjumpa seorang pakcik naik kereta kancil tersadai kat tepi jalan. Aku suruh hubby stop untuk tanya. Pakcik tu cakap dari pukul 1 ptg dia berdiri situ mintak orang berhenti tolong. Kesian dia. Dah tua lak tu. Isteri dia duduk jek dalam kereta. Dia mintak tolong hantarkan ke Simpang Pulai supaya dapat balik rumah naik bas.

Aku dah memang kesian kat diorg. Hubby cakap tak muat sebab beg pakaian & barang2 kitorg sangat banyak ngan buah & pokok2 bagai. Aku mintak jugak hubby pergi kemaskan kat belakang supaya diorg boleh tumpang.

Nasib baik laa muat jugak untuk diorg naik. Uncle tu pesara tentera & isteri dia suri rumah. Anak2 dah besar. Diorg tinggal berdua jek. Dia saja2 bawak isteri dia jalan kat Cameron beli sayur. Tapi kereta rosak tengah jalan. Kitorg borak2 jek laa sepanjang jalan.

Sampai Simpang Pulai, diorg mintak drop kat bus stop. Happy sangat sebab kitorg dapat tolong diorg. Hubby nak hantar sampai ke rumah. Tapi diorg nak naik bas jek. Harap2 diorg selamat hendak-Nya.

Lepas tu stop jap kat Tapah sebab nak bagi Aina makan. Kesian dia macam dah lapar pulak. Tapi bukan nyer nak makan sangat pun. Main kat playground ader laa.

Adoii budak baik sorang ni..

 

P1060592

P1060594 P1060598
P1060607 P1060611
P1060612 P1060613

Sekian saja intisari entri pada kali ini.

Cameron, see u.. see u..

Wednesday, April 25, 2012

Getaways: Hotel Rainbow @ Cameron Highlands 14&15 April 2012 [Part II]

 

Lepas dah jalan2 kat Mardi tadi, baru kitorg pergi check in kat Hotel Rainbow a.k.a Hotel Pelangi.

As usual, lepas check in, kitorg terus masuk bilik. Tak sempat nak bawak semua barang2 & beg pakaian. Nak tengok dulu macam mana keadaan bilik nyer. Hehehe..

 

P1060527 P1060475

P1060474

Harga yang dikenakan agak berpatutan dengan bilik yang kitorg dapat. Bilik selesa, cuma perabot kureng sket. Maybe perlu refurbish semula. Tapi untuk 4 orang dewasa & seorang baby, agak OK. Memandangkan bilik ni agak murah & kedudukan hotel yang strategik, kitorg tutup mata jek laa tinggal kat sini. Nasib baik toilet ada bath tub. Hik hik hik.

Masa booking bilik, ada tulis wireless available. Tapi kitorg diberitahu masa check in tadi, wireless takde kat bilik. Tapi ada kat lobby sahaja. Laa.. Iye ker? Ingatkan kat bilik ada. Leh surf2 sebelum tido. Sekali lagi hampa.

Letak barang semua.. Kitorg keluar pergi minum petang kat BIG RED FARM.

Terletak kat Brinchang jugak. Tapi bukan kat laluan jalan besar. Kena tengok signboard yang ada sebijik besar kat tepi jalan.

Kalo nak senang, Nampak perkataan Cactus Valley dari jauh, haa.. tu ler tempat nyer.

Pergh!!

Sikit punyer tinggi nak parking kereta kat tempat ni. Tapi, makanan punye pasal.. Redah jew.. Ahaks.

 

Rambang mata….

Waa.. Nak makan semua!!

P1060506 P1060481

P1060485
Waffle with strawberry & ice cream [5 stars]

P1060486
Yogurt with strawberry & honey [3 stars]

P1060484
Strawberry Pencake [3 Stars]

P1060490Strawberry Milkshake [3 Stars]

Makan.. Nyum. Nyum.. Nyummy…. Time ni Aina dah nampak makin ngantuk. Penat sangat seharian berjalan & tak tido cukup. Tapi tetap nak ambik lagi gambar. Wakakaa..

 

P1060502 P1060497
P1060503 P1060510

Dah makan sedap2, puas2 kat Big Red Farm. Hahaha.. Nak jugak pergi ke Bharat Tea Plantation. Nak jugak bawak MIL minum2 teh segar kat situe. Wakaka..

P1060512

Beli Triple Passion, Masala Tea, Hot chocolate & mushroom soup with bread. Aina memang suka betul dengan sup tu. Seronok tengok dia makan sambil tersengih2. Hehehe..

Kemudian, kitorg balik hotel, rehat2 & settle apa yang patut, sebelum pergi ke pasar malam pulak.

Last part!

Bersambung yea..

Tuesday, April 17, 2012

Getaways: Hotel Rainbow @ Cameron Highlands 14&15 April 2012

 

Alhamdulillah! Kitorg pergi Cameron Highlands lagi sekali. Sempena birthday aku 13 April, hubby bawak aku pergi jalan2 dengan family dia. Hehehe.

Oleh sebab aku cuti, kitorg bertolak agak awal sebab nak lalu ikut Simpang Pulai. Jauh sikit nak kena pusing untuk ke Cameron. Hubby cakap musim hujan. Risau jalan licin kalo guna laluan Tapah untuk ke Cameron.

Sampai kat Brinchang dalam tengahari jugak. Mula2 cari dulu Hotel Rainbow. Hotel ni book kat Agoda.com. Beli pun last minute, hotel sangat2 full time ni. Semua tempat penuh kat Brinchang. Try kol untuk hotel ni. Dapat!

Hotel ni memang kat tengah2 Brinchang. Nak pergi pasar malam pun jalan kaki 5-10 minit jek. KFC, foodcourt, restoran semua dekat. Kira kitorg park jek kereta & pergi kawasan situ jalan kaki jek. Hehehe.. senang kan?

Sebelum check in, kitorg pergi lawat kawasan Mardi kat Tanah Rata. MIL sangat2 suka pokok & bunga2an. Sebijik macam parents aku jugak. Aku pun sekali laa tengok2 bunga sambil ambik gambar. Hahaha..

P1060430

P1060387 P1060389
P1060416 P1060440
P1060397 P1060470

 

Time ni strawberry tak banyak pulak yang merah2. Baru nak start masak agak nyer. Bunga & pokok kat sini sangat2 laa cantik. Ada pokok chili bermacam kaler pulak tu. Seronok betul ambik gambar bunga & sayuran. Dah macam profoessional photographer dah aku rasa. Echeh..

P1060388 P1060400
P1060434 P1060425
P1060456 P1060463
P1060455 P1060462

Kat Mardi ni pun ada jugak jual makanan berasaskan strawberry. Perghh.. Terliur dibuat nyer. Aina pun comot momot dah dia makan strawberry chocolate tue. Hihihi.

 

P1060398 P1060410
P1060435 P1060443
P1060444 P1060446

Balik jek dari Mardi, kitorang p check in hotel pulak.

 

Nak tahu macam mana keadaan Hotel Rainbow? Kena laa teruskan membaca entri akan datang yea. See u …. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...