Wednesday, December 28, 2011

Birthday Present # ELC Mini keyboard for 1 year old (12 months ++)

 

Sambungan dari sini. Hadiah harijadi Azim yang kitorg belikan pun dari ELC jugak.

 

elc

Kitorg belikan Azim mini keyboard untuk memupuk minatnya dalam bidang muzik. Chewaah!

 

Korg boleh baca kat belakang kotak nyer jugak..

P1050030

 

Keyboard ni boleh adjust ketinggian. Bahagian bawah kaki dia boleh ditanggalkan supaya lebih rendah.

 

Ada jugak buton On/Off dan boleh kawal volume. Setiap kali key ditekan, ada lampu menyala & ada button Record & Playback. Jadi bila kita tekan Record & mainkan key ikut lagu kesukaan kita, lagu tersebut akan direkod & boleh dimainkan semula. Tapi satu lagu sahaja dapat record untuk satu2 masa.

P1050029

Mainan ni sesuai untuk boy/girl yang berumur setahun ke atas. Budak2 akan sangat suka & parents pun boleh join jugak main bersama2. Ini mengikat tali kekeluargaan.

Hihii… Hubby aku pun main gak keyboard ni. Dapat laa jugak aku berlatih lagu Happy Birthday, Doe A Dear, Jingle Bell dan lain2. Kitorg dah bole main keyboard.. Percaya tak?

Ala.. jangan laa suruh main piano atau organ. Confirm ai tak tahu..

 

Kah kah kah!!

Tuesday, December 27, 2011

Sorcerer & The White Snake

 

sorcerer whte snake

Last 2 weeks aku dah tgk Sorcerer & The White Snake@Astro First.

Mestilah aku nk tgk hero pujaan aku-Jet Li. Malang nyer, citer tak sehebat mana.


Pelakon: 6/10(Mmg pelakon hebat2 & lawa2 lak tue)


Plot: 4.5/10 (1st time aku tgk citer Jet Li blakon yg jln citer nyer tersangat predictable)


Grafik: 5/10 (Ada part yg mmg btul2 nampak gmbr tak real langsung)


Overall: 5/10 (Terasa rugi jgk laa. Hampa dgn plot & aksi x byk yg menarik)

 

Kalo tak tengok pun takper…

Monday, December 26, 2011

Birthday Present # ELC Whizz Around Garage for 1 year old (12 months++)

 

Ini pulak birthday present yang abang aku, Rodhi beli untuk anak buah aku, Muhammad Azim yang lahir 14 Dec 2010 hari tue. Dah setahun pun dia.

Birthday Azim kitorg sambut 25 Dec 2012 semalam kat rumah. Sekali lagi, barang dari ELC yang dipilih.

elc

Whizz-around garage ni sangat menarik. Ada satu kereta & satu helikopter yang datang satu set dengan mainan ni.

Cuba korang tengok info yang ditulis kat belakang kotak ni. Kalo korg baca pun, korg sendiri rasa macam nak main kan?

P1050025

 

Bila kita’on’ sound mainan ni, akan ada bunyi bila kereta/helikopter tu lalu ikut laluan arrow2 warna kuning tue. Bahagian yang macam tower kaler merah tu pulak ada lampu2 dan bunyi yang lain bila kita park kat dalam dia. Best kan?

P1050028

Perggh!!

Orang yang reka permainan ni mmg sangat teliti & detail. Mainan ni ada bahagian macam gelongsor, area tempat basuh kereta, tempat baiki kereta & siap ada penghadang macam tempat keluar tiket parking tu. Bijak kan?

 

P1050026

Set permainan ni dibuat dengan sangat menarik & color yang sememang nyer kanak2 suka. Harga RM245++ rasanya. So, kena laa beli time sale :)

Thursday, December 8, 2011

Birthday Present # ELC Light & Sound Farm Tractor for 1 year old (12 months++)

 

Abang aku, Rodhi ada belikan anak dia permainan dari ELC (Early Learning Centre) kat Mothercare KLCC.

 

 elc


 mothercare logo

Kalo korang nak pergi check web ELC & web mothercare pun bole. Tak pun Klik kat logo sebelah kanan tue.

Kitorg prefer untuk beli permainan dari ELC sebab kualiti plastik yang digunakan bagus & tak cepat rosak.

Budak2 kecik memang suka menggigit barang mainan. So, permainan yang dijual ni pun tak merbahaya & takde skru2 yang boleh tertanggal.

Ali masa tu dah nak dekat 2 tahun & suka dengan kereta. So tractor ni jadi pilihan ayah dia.

 

P1050023

P1050020

 

Bila tekan jek orang dalam tractor tu, akan ada bunyi tractor sebenar & ada lampu kat depan dia.

Permainan ni sesuai dijadikan hadiah harijadi untuk budak2 terutama lelaki umur setahun ke atas sebab diorg boleh tolak tractor kehulu kehilir & bahagian belakang yang ada lembu tu pun boleh ditanggalkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...