Monday, November 21, 2011

2nd Maternity & Children Expo [Part II]

 

Sambungan dari sini..

 

2nd Day (19 November 2011)

Kakaka.. Kitorang tak pergi Midvell pun hari ni :P

 

3rd Day (20 November 2011)

10 pagi

Pagi2 lagi kitorang dah bersiap pergi kat Expo Midvell. Dari kul 10.30am-12.30pm mencari baju untuk Aina secara pantas dan berlari2 anak. Maklumlah masa hari Jumaat kelmarin tak sempat nak pilih2 baju pun sebab terlalu ramai orang. Sekarang sementara orang tak banyak, kitorang ambik jek mana2 baju yang ada. Yang penting comel & ADA SAIZ ye..

Baju kat kadai kebanyakan nyer dah dilambak2 dan kelihatan para customer membeli secara rakus- termasuklah kitorang (-_-)! Wakaka.. Brand yang ada pun bagus2 termasuk Disney & BeBe-pakaian baby dari Jepun. Nama pelik, harga pulak bole tahan. Kakakaa.. Setelah pilih 11 pasang baju Aina, siap mintak murah kat cashier & mintak lagi patung Bear percuma.. Dapat!! Puas ati den ha..

12.30 tengahari

Dengan pantas naik kereta pecut pergi Klang untuk majlis kenduri geng UKM dulu- Nur Dalilah Md Rashid. Nasib baik Fairuz dah check alamat & map nak ke sana. Kitorang takde laa sesat macam kawan2 lain. Hehehe.. Dapat makan  sekejap jek kat sana. Sangat panas terik, Aina pun tak senang duduk sebab berlengas agak nyer. Jumpa pengantin perempuan dalam bilik jap, makan2 secara bergilir dengan hubby, tengok pengantin lelaki sampai berserta kompang.. terus balik sebab Aina dah merengek2.

 

P1040537P1040539P1040544P1040543 P1040541 P1040542 P1040538

1.30 petang

Jalan2 kat The Curve untuk beli barang2 Aina lagi. Ye lah.. Aina dah nak makan solid food lagi seminggu. Macam2 benda la kitorang joli. Wakaka. Semangat sungguh kitorang jalan2 sambil compare harga kat sana sini. Baju jacket sweater untuk Aina pun berjaya ditemui di Mothercare. Puas cari kat serata KL, takde yang berkenan dihati. Nasib baik ada gak sehelai je yang tinggal. Tepat2 saiz yang Aina boleh pakai. Puas ati den laie ha..

Antara barang2 yang berjaya dibeli kat expo + The Curve untuk persediaan weaning stage baby Aina berserta mainan.

bro max weaning pot

Brother Max- 1st stage weaning pots
Nak tahu lebih lanjut? Tekan sini
tippee heat sensor
Tommee Tippee weaning bowl with heat sensor

nuby hot sfae Nuby heat sensor spoon
boon squirt feeding 
Boon squirt weaning spoon
violet
My Pal- Violet
playgro teether
Playgro Toy Box teether

Fairuz ajak pergi Midvell lagi sekali. Tengok announcement pemenang Photogenic Baby Contest tu. Aku bagi tahu hubby, Kalau Aina menang, mesti diorang akan call punyer. Takkan diorang nak announce macam tu jek. Kang semua pemenang takde kat sana. Takkan nak pos hadiah kot. Hehehe.. Apa lagi? Kepenatan. Terus balik.

4.20 petang

Baring2 lepak dalam bilik sambil main game iPod. Ada orang call handphone aku. Hubby pergi jawab & tetiba pass handphone kat aku. Pelik! Takkan Aina menang pertandingan tu kot?

Aku: Hello..

Caller: (Chinese) Hi. Im Andrew from Maternity & Children Expo. Ini Puan Siti Khatijah ker?

Aku: Ye..

Caller: Baby Puan menang Pertandingan Photogenic Baby Contest. Puan diminta datang ke Kaunter 6 dan register nama dekat situ sebelum pukul 5.30 petang ni. Kalau tidak, disqualified.

Aku: Yeay!! OK! OK! Saya datang sekarang! (Dalam keadaan menjerit)

Caller: Terima Kasih,. Tahniah ye Puan!

Aku: Ye.. Ye.. Sama2!(Juga.. Dalam keadaan menjerit)

 

Aku tengok jam. Wah! Lagi sejam jek! Mana sempat? Abang!! Aina menang bang! Jom kita siap pergi Midvell. Kang tak sempat!!

Tup2.. Mak aku baru sampai rumah. Terjerit2 laa aku bagi tahu Mak. Terus kitorang gerak p Midvell. Hujan lebat time tu. Jalan jem sepanjang pergi ke arah Bangsar. Hubby aku pecut, ikut jalan lain yang lagi pusing jauh dengan harapan TAK JEM dan sempat sampai. Harapan.. Jem jugak sehh!! Jam dah pukul 5. Mak aku suruh kitorang bersabar & berzikir sepanjang jalan. Harap2 ada rezeki Aina untuk dapat hadiah tu. Tak tahu laa nombor berapa dia dapat. Kekeekeke..

5.20 petang

Berjaya dapat tempat parking dengan mudah & sambil berlari2 ke tapak expo. Selamat sampai & daftar nama Aina, kitorang pergi solat Asar dulu. Happy & bersyukur sangat dapat jugak sampai..

 

6.10 petang

Masa orang2 exhibitor susun2 barang hadiah atas pentas, dah memang ramai sangat orang tunggu kat depan pentas utama tu. Kitorang pergi laa dekat dengan tepi pentas sementara tunggu dipanggil. Aina pulak tengah tidur. Kitorang risau sangat dia menangis sebab terjaga masa atas pentas tu nanti. Confirm bunyi bising & cahaya lampu terang kat atas pentas tu. Boleh pulak Aina terjaga & menangis sebab terkejut ramai orang & bising. Aku dok nyanyi2 depan Aina nak bagi dia tenang. Tetiba jek.. Tah bila diorang start..

NUR AINA BINTI MOHD FAIRUZ!!!

Dengan terkejut nyer aku.. Eh.. Eh.. Nombor berapa nih? Sambil tu cepat2 naik atas pentas. Fairuz yang pegang Aina. Aku lenggang kangkung. Seronok pulak atas pentas. Tadi malu2. Sekarang rasa macam artis. Ramai lak photographer kat depan tu. Aku ke,  Aina yang menang ni? Mak dia lak yang tersengih2 cam kerang kat atas tu. Wakakaa..

Adik aku dok ambil gambar aku. Tapi dia cakap camera macam problem jek. Mana pernah camera tu rosak kot? Tadi aku guna elok. Tapi time atas pentas tu pulak nak jadi camni. Takde rezeki gamak nyer nak ada gambar kat atas pentas tu.. Huhuhu..Yang penting..

Alhamdulillah. Baby Aina dapat Consolation Prize for Photogenic Baby Contest- Category Below 3 Years@2nd Maternity & Children Expo. Prize worth RM2560 :))

P1040506 P1040509
P1040557 P1040558

Antara hadiah yang Aina dapat termasuklah:

1- Hamper barangan Combi

2- Avent Philips Steriliser

3- Hamper makanan Heinz

4- Voucher Yang Kong Holiday 4Hari ke Guilin/Yangshuo/Lipu- China

5- Trial Class Flykidz Gymnastics

6- 4 Discovery House Premium Leadership Coaching Sessions worth RM196

7- Baby Photo Shooting Mermbership worth RM380 from Mon’s Baby Club

8- Baby Gear Basic Essential

9- Baby Bjorn Eat And Play Smock

10- Coloring Book

 

Maklumat & lagi gambar2 menarik sekitar Maternity & Children Expo 2011.. Tengok kat sinun..

Friday, November 18, 2011

2nd Maternity & Children Expo 2011

maternity&children expo

1st Day (Jumaat 18 Nov 2011)

Tadi aku dah pergi 2nd Maternity & Children Expo. Aku sanggup ambil half-day semata2 nak pergi expo kat Midvel ni. Kakaka..

Nasib baik 30min jek cari parking. Dapat laa kitorg park kat celah2 kete lain.Tu pun ada berduyun2 kete lagi cari parking dlm midvel tu.Ni notis yg kereta belakang aku letak kat atas dashboard kereta Nissan dia. Bersungguh2 dia datang midvel nak pergi expo.

test

Lama nyer orang ni tunggu..

Adik & emak aku dah lama ada kat midvel. Pagi2 sebelum pergi keje, hubby aku dah drop diorg kat sana. Petang lepas aku jumpa family aku kat expo tu, adik aku bagi tahu ada baby photogenic contest dalam paper China Press. Borang peraduan tu boleh ambil kat registration counter. Kitorang pun cepat2 laa isi borang & terus pergi beratur ambik gambar. Sangat lama nak tunggu. No kitorang 111. Ada 6-8 orang baby lagi tunggu turn untuk tukar costume. Aina dapat pakai costume lembu. Kakakaka..

Lepas baby Aina dah bergolek2 & ketawa2 bergaya ambik gambar, kitorang kena pulak tunggu giliran untuk check & pilih gambar2 yang kitorang nak. Tapi kalo nak ambik gambar2 tu, kena beli & burn dalam CD kat kedai tu. Sekeping gambar RM18. Harga memang tak masuk akal. Hubby aku pilih 6 shot terbaik yang baby Aina buat. Satu gambar kitorang hantar untuk pertandingan tu.

Ini lah hasil nya!!

DSC_8001    DSC_7997DSC_8002DSC_8014DSC_8007DSC_8000 

Wednesday, November 16, 2011

Al-Hijab

 

al hjab

Last week aku dah nonton citer Al-Hijab@Astro First. Citer lakonan Pierre Andre yang bagi aku sangat tidak mencabar.


Pelakon: 4/10 - Pelakon2 semua OK, biasa jek cara lakonan nyer. Suara heroin sebijik mcm Intan Ladyana


Plot: 2/10 - Semua jalan citer sangat2 predictable sehingga ke hujung cerita


Overall: 2.5/10 - Selalu kalo aku subscribe Astro First, kitorg akan tengok citer tu berulang2 kali sbb dpt tgk 2 hari jek. Citer ni kitorg tgk sekali jek.

 

Tepuk dada, tanya selera

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha, Khatan & Aqiqah Nur Aina

 

Minggu ni adalah minggu yang sangat bermakna buat Baby Nur Aina. Hehehe. Ada 3 hari berturut2 yang penting untuk Aina.

04 Nov 2011- Jumaat

Baby Aina dah genap 5 bulan. Tarikh check-up pun tepat2 jek pada hari yang sama. So, bawak Baby Aina ke klinik untuk injection 3 serangkai. Buat pertama kali nyer Aina tak menangis langsung. Dia kena injection kat peha, buat tak tahu jek. Macam takde apa2.

Wah! Hebat nyer anak Mak!

Lepas bawak Baby Aina, terus pergi kerja dengan senang hati..

05 Nov 2011- Sabtu

Hari ni pulak pagi2 siap mandikan Baby Aina & terus pergi ke Klinik Pusrawi Jalan Ipoh untuk khatan Baby Aina. Dah dekat seminggu aku seram sejuk memikirkan camna nak khatankan Aina sedangkan aku tersangat takut & ngeri.

Masa tunggu giliran jumpa doktor, aku tak berhenti2 selawat & cakap2 dengan Aina. Bagi semangat kat dia supaya tak menangis nanti. Camna laa dia nak kencing? Sakit tak entah?

Tingg!!

Turn kitorang bawak Aina jumpa doktor. Masa tu aku, hubby, Kak Ani dengan anak Sofea & Hani ikut sekali masuk bilik doktor. Masa baringkan Aina atas katil ada seorang doktor & pembantu. Dua2 perempuan. Aku bukak semua baju Aina termasuk pampers.

Lepas tu pembantu yang pegangkan Aina & doktor buat khatan. Semua tengok dari hujung katil. Aku yang penakut ni pun tengok jugak. Sebab nak tahu bahagian mana yang kena khatan & ni experience yang tak boleh dilepaskan.

Sekejap jek doktor tu khatan. Dia belah sikit jek & percaya tak?

Takde darah langsung!

Aina pun tersengih2 jek tak sakit apa2. Punyalah aku happy + terkejut! Kakaka.. Baru laa lega hati Mak, sayang. Dah tamat penantian Mak selama seminggu. Kui kui kui. Terus jek lepas tu kitorang jalan2 kat Jalan TAR beli tudung & makan2 kat KLCC.

05112011555

Aina dah mengantuk masa makan2 kat Signature@KLCC

Untuk pengetahuan korang, kitorang ada Google tempat lain untuk khatan/khitan bayi perempuan.

Tempat Contact Num Harga
Klinik Pusrawi Jalan Ipoh 03-40414922 RM30
Pusat Rawatan Pakar Al-Islam (Kg Bharu) 03-26931007 RM55
Az-Zahrah (Bangi) 03-89212525 RM30

Wan ada buatkan pulut kuning & rendang ayam sempena khatan Aina. Hehehe.. Walaupun takde buat majlis, tapi dapat jugak makan pulut kuning yang Nyummy! Bagi jugak sikit kat jiran2 terdekat.

P1040434

P1040432

  Mmm… sangat2 sedaap!

06 Nov 2011- Ahad

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Awal2 pagi dah bangun. Cepat2 gosok baju sementara tunggu Aina bangun. Kakaka.. Maybe sebab kepenatan jalan2 semalam, dia tidur lena. Last2 terpaksa jugak kejut dia untuk mandi & siap sebab nak buat Aqiqah untuk Aina hari ni.

Lepas family semua pergi solat Aidiladha & makan kenyang2, pukul 9.45pagi kitorang pergi ke surau. Tahun ni Ayah & adik ipar, Wahid buat Qurban. Baby Aina pulak buat Aqiqah. Ada 11 ekor lembu untuk Surau Al-Aziziah kat taman perumahan kitorang.

P1040436 P1040445
P1040451 P1040454

P1040447 P1040450
P1040465 P1040461

         

Akhir nya, settle dah Aqiqah untuk Baby Aina. Alhamdulillah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...