Wednesday, September 28, 2011

Johnny English - Reborn

johnny_english_reborn_000

Hehehe.. Kpd kwn2 yg tunggu aku comment ttg citer Johnny English Reborn. thanks for waiting! Siap ada yg email & SMS mintak aku komen. Citer ni aku tgk 2 mggu lepas (16 Sept 2011) dengan Kak Fini & Xi Fong.

Hasil nyer:


Pelakon: 8/10 (Mmg bagus lakonan dorg. At least Rowan Atkinson tak bwk watak sengal mcm dlm citer Mr Bean Holiday)


Plot: 8/10 (Bagus. Unexpected jgk laa. Terutama masa tanam finder device tu. Kakakaka)


Tahap Kelucuan: 8.5/10 (Boleh buat aku gelak sampai abis movie kot!!)


Overall: 8/10 (Citer yg Mr Bean belakon dgn agak BIJAK. Siap ada gak penonton yg bertepuk tgn lps abis citer)

Thursday, September 8, 2011

Senarai Keperluan Bakal Ibu&Ayah #2

Sebelum ni aku dah senaraikan Keperluan Bakal Ibu&Ayah #1. Ini ada tambahan lagi 5 barang yang kitorg gunakan. Hehehe..

tomee tippee

1. Tommee Tippee

Sebelum kitorg gunakan botol susu Tommee Tippee ni, kitorg beli botol First Years. Masa 2 minggu sebelum kerja, kitorg latih baby Aina untuk minum pakai botol susu tu. 2-3 kali jek baby Aina nak minum. Lepas tu menangis2 tak nak minum langsung. Jadi aku pun ambil botol susu baby Azim (anak adikku Saniah) untuk cuba bagi kat baby Aina. Alhamdulillah sangat cepat baby Aina membiasakan diri minum susu guna botol Tommee Tippee. Dengan pantas, aku & hubby cari kat BabyLand SS2 Petaling Jaya. Harga berpatutan RM39.90 untuk 2 biji botol pink yang ada design bunga2. Sangat cantik lohh..

P1040078 

Botol susu baby Aina

Selain tu, botol ni ada satu lagi kelebihan. Baby Aina tidak langsung meragam apabila bertukar dari minum botol susu > direct breastfeed > botol susu. Puting botol ni direka menyamai bentuk nipple dan memudahkan terutama bagi para ibu yang bekerja seperti aku 6-7 hari seminggu. Yeah!!

 

P1040073

2. Gripe Water

Wawawa.. Baby Aina ada jugak menangis sebab kembung perut. Dia susah nak sendawa setiap kali selepas menyusu. Jadi kitorg terpaksa bagi minum Gripe water ni bila baby Aina tak berhenti2 menangis. Seminit dua lepas tu, baby Aina terus sendawa panjang & puut puut. Maybe sebab perut dah lega, dia terus tidur nyenyak dan terjaga hanya untuk minum susu.

 

bjorn bjorn 2

3. BABY BJORN Synergy Carrier


Sangat berguna semasa bawak baby Aina keluar berjalan & shopping. Tak perlu bersesak2 bawak stroller naik lif atau escalator. Masa beli barang pun, kedua2 tangan free. Nak bawak barang kiri kanan pun senang. Baby Bjorn Synergy ni berbeza dari carrier yang lain. Sebab ada back support. So, masa jalan2 berjam2 pun, tak rasa penat. Baby boleh diletakkan menghadap dalam dan bila dah besar sikit, boleh menghadap ke luar. Selain tu, Synergy Carrier ni menggunakan fabrik yang mempunyai pengaliran udara yang bagus supaya baby & parents selesa & tidak panas.

 P1040104

Baby Aina selesa tidur rapat kat dada ayah dia..

 P1040093

Baby Aina tertidur lagi. Mak pulak berseronok shopping kat Bazaar Ramadhan Tasik Puteri. Kih Kih Kih

P1040074

4. BabyLove Diaper Bag

Inilah bag diaper yang kitorg bawa kehulu kehilir terutama bila kitorg keluar shopping bawak baby Aina. Memang dari awal cari beg sandang belakang supaya memudahkan pergerakan ‘bershopping’ sakan time sale. Kakaka.. Beg ni sentiasa lengkap dengan barang2 keperluan baby Aina supaya bila kelam kabut, tak payah pikir banyak. Angkat beg, terus letak dalam kereta.

Barang yang confirm ada dalam beg ni:

  • Satu persalinan pakaian baby Aina + kain barut
  • 2-3 set mittens dan booties (Kadang2 sebelah stokin Aina hilang terjatuh. Cian dia sejuukk!!)
  • Topi
  • Kain bedung
  • Pampers 5-6 keping + Napkin
  • Krim diaper rash
  • Baby wipes
  • ‘Changing mat’ kecil
  • Tisu
  • Shampoo mandi Head-To-Toe kecil
  • Poncho (Memudahkan penyusuan kalo Nursing Room penuh)

P1040067P1040068 

5. JEEP Diaper Bag

Beg ni digunakan masa aku berada di hospital dulu untuk letak barang2 baby Aina yang bakal dilahirkan. Beg ni masih lagi kitorg gunakan walaupun kitorg dah ada beg diaper BabyLove.

Kenapa?

Sebab beg ni dapat menampung lebih banyak barang. Walaupun tak sebesar beg pakaian balik kampung, tapi design beg ni yang banyak poket & ruang tengah yang luas memudahkan penyusunan barang baby. Beg ni pulak kitorg guna semasa balik ke rumah mak mertua, balik kampung dan masa pergi bercuti selama beberapa hari.

P1040071

Barang baby Aina siap disusun (Ayahnya yang kemas. Keh keh keh)

Sunday, September 4, 2011

Milestone Nur Aina- 3 bulan

Hari ni 4 September 2011. Cukup 3 bulan umur Nur Aina. Hehehe.. Sempat jugak aku siapkan collage untuk dia dalam masa sehari walaupun sekarang masih minggu raya.

Nur Aina 3 months collage

Pesanan buat Aina yang dikasihi.

“Aina, mak & ayah sangat2 menyayangi Aina. Jadi anak yang baik yea. Terima Kasih kerana menyinari hidup kami sejak Aina dalam perut mak lagi..”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...